Pendapat Cik Asya

Assalamualaikum. Hye Asya again here! Confession ni saya tulis untuk memberi pendapat kepada confessor ‘jaga sebaik mungkin’. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Terima kasih untuk semua komen yang berkongsi pendapat pada kedua-dua post saya semalam, dalam beratus komen setiap satunya saya baca okey!

Yang mendoakan yang baik-baik untuk saya, amin dan terima kasih. Semoga Allah merahmati kalian. Yang memberi komen positif dan membina, dah saya add dan chat personal. Kut-kut boleh ngeteh sekali sebab duduk area shah alam. Hahaha. Saya akui saya masih terlalu muda, mungkin ada yang anggap saya mentah. Tapi tak semua orang muda itu ‘kosong’.

So berbalik kepada kisah cik confessor itu, sebenarnya isu sebegitu umpama sudah menjadi lumrah zaman sekarang. Walaupun saya masih terlalu muda, tapi saya sering memerhatikan benda yang terjadi disekeliling saya. Saya nampak sendiri, saya tahu dan saya faham. Sebenarnya kita sebagai perempuan lah yang kena ‘menjaga’, apa lagi yang masih bujang. tidak dinafikan lelaki yang berstatus suami orang lebih matang, mulut manis, lebih memahami dan lebih stabil. Tapi adalah tanggungjawab kita (perempuan) untuk menghindar dan menjauhkan diri daripada TERjatuh cinta kepada yang tidak sepatutnya. Mencegah lebih baik dari mengubati! So disini saya ingin berkongsi beberapa pendapat;

1. Jauhkan diri
Saya faham tidak mudah, tapi lebih baik luka sekarang daripada merana pada masa akan datang. Masih banyak pilihan, fikir perasaan isteri manager tu sama. Tak adil rasanya kalau hanya mendengar cerita sebelah pihak sahaja.

2. Berhenti berhubung
Cuba untuk tidak memberi respon apa-apa lagi terhadapnya. Walaupun sakit, walaupun rindu, tapi cubalah untuk move on demi kebaikan bersama. hikmahnya mungkin tak nampak sekarang, tapi in shaa Allah pada masa akan datang.

3. Sibukkan diri
Cuba sibukkan diri supaya tidak mengingatinya. Luangkan masa pergi basuh kereta ke, pasang youtube sambil belajar buat aktiviti senaman ke, pergi spa atau pun facial, tak pun pergi jogging je kat taman. Banyak lagi benda yang boleh kita buat untuk Isi masa lapang, jangan asyik sedih mengenang nasib!

4. Terima hakikat
Belajar terima hakikat bahawa kadang benda yang paling kita suka tu sebenarnya tak baik untuk kita. Sampai bila nak buat hubungan secara rahsia? Sampai bila nak rasa takut dan sentiasa bersembunyi? You not worth it! Jangan siksa diri dan perasaan sendiri. Semua orang berhak untuk happy.

5. Jaga solat
Ni merupakan elemen terpenting. Perbaiki solat bermakna kita sedang memperbaiki hidup kita. Belajar solat di awal waktu, cuba hafal lebih banyak doa serta sentiasa latih lidah dan hati untuk berzikir. Niat berubah kerana Allah, in shaa Allah segalanya dipermudahkan.

Ayuh move on cik confessor! Jangan biarkan diri awak terperangkap sendiri. Lebih banyak saat-saat indah yang boleh kita nikmati dalam hidup ni. Kita masih muda, tak perlu buang masa untuk berebut lelaki. Lupakan, lepaskan dan berkorbanlah dari sekarang. Letak tinggi maruah diri kita sebagai perempuan, dan perempuan yang baik tidak akan melukakan hati perempuan lain. Luaskan pergaulan, berkawan dengan lebih ramai orang. Perbaiki diri dan Allah akan hadirkan orang yang baik-baik disekeliling kita nanti, in shaa Allah. Saya doakan yang terbaik untuk awak!

– Asya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit