Pendapat Mengenai Online Learning Secara Umum

Assalamualaikum semua, sebabkan baru2 ni ada confession tentang online learning (OL) jadi saya nak cerita juga dan tambah mana2 yang perlu.

Sejak buat OL ni masing2 terkesan. Ibu bapa, pelajar dan guru2/ pensyarah. Tak semua berkemampuan, bertuah atau suka menipu.

Saya akan tulis ikut pengalaman saya sebagai pelajar universiti yang dah 2 semester menghadapi OL. Bagi saya OL ni ada pro and cons. Guru2/ pensyarah mesti kena pandai menghadapi dan menyelesaikan masalah.

1) Pelajar masuk kelas lambat.

Macam saya, ada pensyarah yang dah berikan masa untuk masuk awal 10 ke 30 minit sebelum kelas bermula. Ikut kesesuaian guru2/ pensyarah.

Jadinya tak adalah pelajar masuk kelas dah lambat 30 minit. Tapi kena faham juga yang kadang2 tu orang tak dapat masuk sebab ada masalah line takpun masalah memory full kalau guna phone.

Ada juga yang mungkin tiba2 masa nak masuk tu sakit perut pula, telefon/ laptop stuck, habis bateri, rosak, window shutting down sebab rosak/ over heating atau window update tu lah tak jadi masuk. Bila benda ni jadi memang tak dapat masuk atau lambat masuk.

2) Pelajar tak masuk langsung.

Kalau dah tahu pelajar tak masuk sebab ada masalah laptop/ phone atau tak ada line, sepatutnya guru2/ pensyarah kena record video pengajaran tu. Kalau tak beli google meet premium, boleh guna software yang lain untuk record tak pun suruh pelajar yang lebih mahir rekodkan.

Rekod video bukan saja dapat membantu pelajar yang tak dapat masuk kelas tapi memudahkan pelajar untuk memahami dan buat revision.

3) Pelajar tak beradab.

Macam saya ikut pensyarah, ada setengah pensyarah tak kisah pun pelajar makan, baring atau dekat luar asalkan fokus. Ini terletak pada guru2/ pensyarah sendiri untuk buat peraturan dan tentang etika.

Kalau pelajar tak ikut nasihat dan guru2/ pensyarah rasa sakit hati, lebih baik suruh saja pelajar tu off camera dengan mic. Itu lebih baik.

4) Pelajar tak on camera atau mic.

Ada banyak sebab kenapa pelajar tak on camera atau mic. Memang ada yang rosak atau ada masalah sistem. Kalau usik2 mungkin terus camera dengan mic tak berfungsi. Ada juga sebab masalah antivirus protecting sistem, yang ni kena ubah setting baru boleh guna camera/ mic.

Ada juga yang ada masalah keluarga mungkin kalau on akan bising atau dengar pergaduhan. Kadang2 tu bunyi persekitaran macam ayam, katak, kucing, anjing, renovation, bunyi kenderaan dan highway, bunyi adik beradik bising sebab tu lah orang off camera/ mic.

Kalau pelajar perempuan mungkin malas nak pakai tudung atau takut ternampak aurat keluarga. Mungkin juga ada pelajar yang pemalu atau penakut nak on camera/ mic sebab ada social anxiety. yang terakhir sebab bila ramai2 on camera dengan mic nanti video tu jadi buffering.

Ramai orang tak tahu tentang ni malah ada sesetengah pensyarah saya pun tak tahu. Bayangkan kalau 50 orang on camera/ mic nanti video stuck je.

5) Pelajar penipu dan tidur.

Bab ni susah sikit. Kita tak boleh nak agak pelajar tu buat apa. Memanglah ada guru2/ pensyarah yang suruh on camera/ mic sebab benda ni tapi guru2/ pensyarah perlu letak kepercayaan pada pelajar masing2.

Macam saya pernah saja dulu dengar sambil fokus tapi tiba2 saja tertidur sebab penat sangat sedangkan memang tak nak tidur. Ada juga pelajar yang suka buat 2 kerja. Sambil dengar sambil makan atau main game tapi sebenarnya fokus. Tapi yang betul2 penipu dan tak fokus pun ada juga.

6) Pelajar tak respon.

Yang ni perkara biasa. Mana2 pun ada pelajar yang tak respon mungkin sebab malas, pemalu, penakut, tak tahu, tak dengar dan mungkin juga ada yang malas nak ambil kisah langsung.

Tak semua pelajar tak beradab, ada saja yang baik malah ramai saja yang baik tapi sebenarnya lebih suka jadi pemerhati.

Kalau dah tahu sikap pelajar2 macam ni, guru2/ pensyarah mungkin kena ubah gaya soalan. Ataupun ubah gaya pengajaran. Gunakan google meet khas untuk mengajar tapi selepas tu bagi latihan di google form atau media lain.

Bagi saya guna google form lagi bagus sebab senang nak guna dan senang nak check jawapan. Saya ada pensyarah yang suruh jawab soalan di google form tapi kena tengok video case study di youtube dulu.

7) Pelajar tak cukup masa.

Macam yang kita tahu, guna software, apps atau online ni ada juga keburukannya.

Kadang2 tu tak boleh sebab line tak ada, sistem down, nak scan lama sebab camera rosak atau memory full, loading untuk upload tu lambat, phone/ laptop tiba2 rosak/ stuck/ update, file/document hilang, memory full dan sebagainya.

Jadinya guru2/ pensyarah patut lebih bertimbang rasa dan beri waktu yang secukupnya. Saya ada saja pensyarah yang baik sampai bagi masa terlebih dan ada juga pensyarah yang strict sangat.

8) Kelas/ video tambahan.

Banyak saya tengok ada guru2/ pensyarah yang perli2 bila pelajar2 tak pandai atau tak faham tapi tak nak tanya. macam saya kata tadi, ada saja pelajar yang malu, takut dan ada pelajar yang memang tak tahu apa yang dia tak faham atau tak tahu nak kena tanya apa.

Bagi saya guru2/ pensyarah patut buat kelas/ video tambahan step by step tentang cara2 nak guna apps, software, setting, kira2, formula, cara jawab latihan, assignment, exam, fyp ataupun membuat thesis.

Benda ni tak semuanya ada di inernet atau youtube, lagi2 kalau benda yang melibatkan pemarkahan dan ikut keinginan/ kehendak guru2/ pensyarah.

Saya ada saja pensyarah yang ajar ikut step by step tapi ramai pelajar dapat A dan ada pensyarah yang biarkan saja dan tak jawab apa yang pelajar tanya jadinya ramai pelajar failed.

9) Ahli kumpulan tak bekerjasama.

Kalau bab ni pula bagi saya guru2/ pensyarah sepatutnya lebihkan latihan/ assignment secara individu tapi kalau FYP atau group assignment tu memang tak boleh nak buat apa sebab memang ada saja kawan2 yang pemalu, pendiam, pemalas, tak pandai, ada masalah dan sebagainya.

Bagi saya ni sepatutnya terletak di bawah tanggungjawab ketua kumpulan dan juga rakan2 sekalian. Ketua patut bahagikan tugas,

Jangan hanya tanya siapa yang volunteer nak buat sebabnya kadang2 orang yang sama saja yang buat tapi yang lain senyap je, tak sama bahagian kerja (ada yang buat banyak, ada yang buat sikit, ada yang buat yang senang dan ada yang buat yang susah).

Berebut nak buat yang senang je, asyik orang yang tak pandai dapat buat soalan yang susah yang hasilnya jadi salah dan ada juga yang gila kuasa sampai tamak nak buat semua.

Bagi saya ketua atau kawan2 perlulah realistik. Jangan bagi soalan yang susah pada yang tak pandai nak buat. Soalan yang susah tu bagi pada yang pandai, takpun bagi 2 atau lebih orang yang buat ataupun sama2 tolong buat. Kalau soalan yang senang tu bolehlah seorang pun buat banyak2.

Lagi satu kalau kawan2 ada masalah jangan bagi soalan yang dia tak mampu nak buat dan jangan biarkan dia sorang2 tanpa tunjuk ajar langsung.

Tak perlu nak hina, kutuk atau perli dia kenapa dia tak tahu, tak faham atau tak belajar.

Kalau dah rasa pandai sangat, tolong ajarkan sebab tak semua pandai atau cepat paham walaupun dah tengok youtube sekalipun. Kalau ada kawan yang diam dan malu, jangan anggap dorang sombong tapi tanya dia.

Kalau boleh personal message dia dan tanya apa masalah dia. Ataupun lagi baik kalau guru2/ pensyarah boleh bahagikan tugas walaupun tu kerja berkumpulan.

~

Ini berdasarkan pendapat saya. Mungkin ada yang rasa tak puas hati tapi apa yang saya bagi tahu ni kenyataan. Bab tak cukup masa nak tidur, rehat dengan makan tu pun susah nak bagi tahu.

Kadang2 kita sendiri tak boleh nak ikut jadual yang kita sediakan jadinya tolong buat sekadar yang mampu dan jangan paksa diri sebabnya kesihatan lagi penting dari segala2nya.

– – (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *