Hai. Aku nak story mengenai rumah tangga adik aku. Aku nak minta pendapat sikit. Adik aku dah kahwin dengan husbandnya dekat 8 tahun. Anak 3 orang.
Adik aku kerja swasta dan suaminya kerja sendiri. Jadi boleh dikatakan, pendapatan suami adik aku ni kurang stabil utamanya fasa covid ni.
Untuk pengetahuan, mereka menyewa di tengah ibu kota. Faham saja kot kos hidup sana macam mana. So segala perbelanjaan rumah mereka akan bahagikan dua.
Sewa rumah, bil api air, sekolah dan transit anak2. Diorang nih tak ada astro apa semua. Layan internet saja memasing. So bil internet adik aku bayar untuk the whole house.
Kereta ada satu, yang mana kereta adik aku beli sebelum dia kahwin, jadi dia yang bayar full every month.
Husband adik aku ni, aku namakan AM saja la ye. AM ni ada personal loan yang mana dia ambil atas nama adik aku masa tahun kedua diorang kahwin. Bukan loan kahwin ye, loan untuk kerja si AM.
Ni tak ada masalah sebab memang AM bayar setiap bulan. Yang jadi masalah, adalah setiap hujung bulan, adik aku yang kena advance duit bayar semua perbelanjaan rumah. Yang mana, gaji adik aku dikira miskin bandar.
Sewa rumah, kereta, sekolah dan transit anak2, hutang loan AM, duit internet, bil api air semua adik aku kena advance dulu.
Nak dapat bahagian AM? Kena tunggu tengah bulan, kadang bayar langsam, kadang AM bayar half2. Adik aku ada hutang loan MARA lagi. Kiranya segala perbelanjaan wajib sekeluarga adik aku kena bayar.
Jadi, adik aku terpaksa buat 2-3 kerja dalam sehari. Online bisnes, bisnes melalui lazada & shopee, kerja hakiki dalam masa yang sama kena uruskan anak2.
Masa kerja adik aku agak flexible jadi kebanyakan anak2 dia yang urus. AM hanya confirm keluar duit setiap bulan hanya duit dapur dan pampers anak2, dan sikit2 makanan permintaan anak2.
Aku rasa macam tak stabil la perbelanjaan rumah diorang ni. Aku bukan busy body. Aku dapat tau semua benda ni setelah adik aku dan AM gaduh teruk haritu, sampai adik aku lari balik kampung. Masa tu baru aku tahu apa adik aku lalui.
AM sebenarnya seorang yang baik. Selalu ringan tulang tolong kerja rumah adik aku, jaga anak2, dan sentiasa gembirakan adik aku dengan caranya sendiri.
Dan AM juga disenangi oleh seluruh keluarga kami. Adik aku juga sayang AM. Cuma bebanan kewangan yang adik aku kena hadap sorang2 buatkan adik aku stress.
Kata saja bahagi dua, tapi nak dapat bahagian AM payah sungguh. Kena tunggu check clear la. Client bayar duit la. Aku faham bab ni. Aku kesiankan AM juga.
Oh ye, sebelum diorang berkahwin, AM kerja tetap dan elok. Tapi beberapa bulan kahwin, dia berhenti sebab nak bekerja sendiri sampai sekarang.
Ada juga adik aku cerita AM menggatal dengan customer2 adik aku dan juga client2 dia. Tapi tidaklah sampai curang. Adik aku maafkan saja sebab aku kenal adik aku.
Kalau dia nak buat balik boleh saja, adik aku lawa orangnya. Bagi aku la. Anak 3 body lawa lagi. Bukanlah taraf model instafemes artis semua tu, tapi ada rupa bagi aku. Aku sayang adik aku sorang ni. Aku ada sorang ni saja adik.
Oh ye, disebabkan benda yang aku ceritakan di atas ni, aku perasan, adik aku macam dah hilang hormat pada AM. Kadang depan aku dan ibu aku, dia bercakap kasar dengan AM.
Aku tahu AM malu, masa dulu aku ada tegur adik aku, tapi minah ni keras kepala, jadi aku ingat memang tu perangai dia. Padahal baru sekarang aku boleh connect the dot. Mungkin adik aku dah penat mental.
Bayangkan, masa pregnant adik aku teringin apa2 semua beli sendiri sebab kalau dia minta pada AM, AM akan cakap tak ada duit. Jadi adik aku sampai sekarang, dia teringin apa apa dia akan beli sendiri.
Perabot dalam rumah semua adik aku beli. Barang perkakasan dapur, sabun mandi, syampu anak3, berus gigi anak2, semua adik aku beli. Macam aku cakap tadi, AM hanya bagi duit untuk makanan dan pampers anak2 sahaja. Benda lain semua adik aku.
Benda jadi makin teruk lepas family mertua adik aku masuk campur. Ipar biras dia semua sound adik aku supaya jimat cermat supaya AM tak pinjam duit diorang dah. Rupanya selama ni diorang semua ingat adik aku selalu guna duit AM. Padahal, adik aku beli sendiri semuanya.
Aku tak tahu AM pinjam duit family dia untuk apa. Tapi mungkin AM ada cakap bagi alasan yang adik aku teringin itu ini. Entahlah. Aku boleh teka saja sebab adik aku cuma story sikit saja.
Adik aku cakap dia sakit hati sebab dia yang tunggang terbalik cari rezeki lebih nak bayar semua, last2 family mertua ingat dia dok menghabiskan beras saja.
Bab ni diorang laki bini dah settle sendiri. Kantoi la AM dok pinjam duit family dia. Alasan AM, kalau pinjam duit adik aku, adik aku selalu minta bayar balik.
Aku nak tegur AM supaya cari kerja elok sikit. Dan aku juga dah tegur adik aku supaya hormatkan suami dia. Kalau rasa takleh hormat pun, control la depan orang luar. Jaga air muka suami. Tapi entahlah, adik aku keras kepala. Bercerai? Bukan jalannya.
Aku tahu adik aku dan AM ok3 sahaja cuma nampak tak ada keharmonian dalam rumah tangga diorang. Aku taktau nak mula macam mana untuk nasihatkan diorang. Boleh ke korang2 bagi pendapat?
Aku minta maaf kalau penulisan aku serabut. Aku tak pandai nak mengarang neh.
– Wawa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit