Penderaan Emosi Anak

Aku ibu kepada 3 orang anak. Dua daripadanya bersekolah rendah. Yang bongsu masih bayi. Alhamdulillah, keluarga kami bahagia setakat ni.

Apa yang aku nak share ni, kisah kawan2 anakku. Yang padaku, agak disturbing.

Anak keduaku, Fify, 9 tahun memang suka bercerita perihal kawan-kawannya. Dia akan cerita seolah2 kita memang kenal kawannya.

Usai solat maghrib tadi, Fify datang padaku. Katanya, “Ibu, kawan Fify (ku namakan sebagai Lisa) nak pindah. Dia nak pindah sebab nak ikut suami baru mama dia”.

Aku tertarik dengan cerita tu. Terus ku bertanya, “Nak pindah ke mana?”.

Jawab Fify, “Tak tahu ibu. Dia kata, dia tak tahu nak ikut atau tak mama dia, sebab dia takut nanti dia kurang dapat kasih sayang dari mama dia”.

Allah, tersentap jiwaku. Rupanya, Lisa ada 2 orang abang yang dah bersekolah menengah.

Bila ku tanya kan sekarang Lisa tinggal dengan siapa, rupanya ibu bapa Lisa masih suami isteri. Dan ibunya telah rancang untuk kahwin lain. Allah… Dugaan apa lah anak.

Dan Lisa tergamam bila tengok dalam whatsapp ibunya panggil lelaki tu ‘sayang’. Menurut anakku, Lisa sangat sedih dan tak tahu nak buat apa. Dia buntu.

Allah, anak baru 9 tahun dah perlu bersedih memikirkan hal ni. Ya lah, bayangkan terpaksa hidup dengan orang yang asing.

Dan pembaca sekalian, ini bukan kes terpencil ya. Dah banyak confession sebelum ni dari pihak anak yang bercerita perasaan mereka. Di dalam circle anak2 aku pun banyak begini.

Anak sulung yang baru menginjak awal remaja, selalu menceritakan kisah kawannya yang amat sensitif. Selalu menangis. Rupanya, kes yang sama.

Ibunya telah berkahwin lain dan mengikut suami baru ke Pantai Timur (kami di utara). Anak2 menanggung rindu kepada ibu yang teramat.

Menurut anakku, ibu kawannya juga telah menjalinkan hubungan dengan suami baru semasa masih isteri bapanya.

Aku cuma mampu berdoa, agar Allah pelihara jiwa dan emosi anak anak ini. Mereka tidak bersalah. Ibu dan bapa patut bertanggungjawab dengan menjaga tangkung emosi anak2.

Memang terjadi dalam keluargaku sendiri, suami yang berkahwin lain, dan tidak adil.

Lebih menjaga anak bersama isteri kedua berbanding anak bersama isteri pertama. Yang menjadi mangsa, anak2. Kurang kasih sayang. Mula menyendiri. Hilang keceriaan.

Untuk apa dicari bahagia dengan yang lain, sedang kan kebahagiaan di depan mata dikorbankan? Anak2 yang menanggung akibat kebodohan dan nafsu orang tua.

– Ibu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *