Pendidikan S3ks Penting atau Tidak Kepada Kanak-Kanak di Bawah Umur 18?

Terima kasih IIUM CONFESSION kerana sudi siarkan cerita ini. Terlebih dahulu aku memohon maaf jika ada yang kurang faham sebab kebanyakan dalam cerita ini menggunakan Slang Sabahan.

Aku ingin menceritakan kisah tentang seorang sahabatku yang aku panggil H, malah sebelum aku publish cerita ini aku telah minta izin kepada dia terlebih dahulu.

Sebelum aku mulakan cerita biarlah aku kenalkan beberapa orang guru yang terlibat.

Cikgu A : Si pemangsa yang berjawatan, datang dari keluarga berpengaruh. Orang mengenalinya sebagai orang yang berperilaku baik.

Cikgu B : Individu yang berjawatan yang boleh dikatakan hidupnya lumayan tapi humble. Prihatin terhadap semua orang.

Cikgu C : Jenis jarang ambil port hal orang lain yang tidak berkaitan dengan dirinya kecuali jika keadaan terlalu serious.

Cikgu E, F : Individu biasa yang menunaikan tanggungjawab kerja mereka dengan sebaik mungkin.

Ok bolehlah sdh kita mulakan.. sebelum tu minta maaf dulu kalau ada perkataan yang digunakan ni agak sensitif tapi aku cuma menceritakan detail yang betul berdasarkan cerita si H.

#####

Perkara ini berlaku pada tahun 2018, H bekerja sebagai guru agama di salah sebuah sekolah ********* selama 2 tahun.

Walaupun masih fresh-fresh lg waktu dia bertugas, tapi dia rasa macam setiap perangai n ragam guru d sekolah tu bagi dia biasa n kenal betul. Cuma dia mula perasan perangai Cikgu A ni lain macam.

Ada satu masa tu dia ni di mejanya sedang duduk-duduk buat kerja. Jadi Cikgu A datang menyapa dia minta tolong tunjuk cara mau buat itu ini d laptopnya, H ni fikir ja biasalah orang
tua bukan juga tau sangat pasal benda alah tu.

H ni ambil laptop tu n Cikgu A ni berganding di sebelah dia. Jadi, masa si H ni tekan papan kekunci tu ini sambil bercakap bagitau blablabla, Cikgu A ni tiba-tiba pigi belai tangan dia,

Si H spontan tarik tangannya baru Cikgu A ni sentuh tu keyboard buat mcm yang si H ni kasi tunjuk. Si H ni mau juga marah tp dia positif dulu mungkin Cikgu A ni nda sengaja.

Sebab nda juga pernah dia nampak Cikgu A ni macam tu selama dia bekerja disitu. Sejak dari tu Cikgu A ni makin berani pula, mentang-mentang si H nda bersuara. Kadang-kadang kalau si H pergi print kertas, dia minta tolong printkan n dia akan curi-curi sentuh tangan si H.

Selalunya guru-guru ni ada beberapa waktu dorang free, jadi si H akan guna waktu tu untuk buat RPH (rancangan pengajaran harian). Dia suka duduk d bahagian ruang santai sambil melunjur kakinya di bawah meja, time tulah Cikgu A ni akan duduk depan dia bawa bercerita.

Masa si H tengah khusyuk buat kerja, dia p kuis kaki si H pakai rotan yang dia pakai. Si H terus duduk bersimpuh. Cikgu A ketawa-ketawa ja tengok reaksi si H. Masih lg si H positif dengan gayanya.

Bila makin lama dia tengok si H ni buat dono ja, makin kerap pula dia buat begitu. Si H ni bukan buat dono, tapi dia malas mau cetuskan suasana nda siuk di tempat kerja, tambahan pula Cikgu A tu yang tolong dia dapatkan kerja di sekolah tu. Jadi, paksa dia sabar-sabarkan hatinya.

Lagi satu, Cikgu A ni berani buat begitu masa tiada guru lain. Jadi, kalau dia bagitahu guru lain nanti susah dorang mau percaya sebab dia pun tiada bukti.

Sampai satu hari, masa tu dia mau print kerja bagi dengan budak. Datanglah cikgu A ni buat perkara yang sama lagi, benda tu buatkan si H nda tahan sampai dia menengking terus sama Cikgu A.

“Cikgu tau ka pegang-pegang ni haram?! Ni pencab*lan namanya!!jan mentang-mentang saya nda bersuara cikgu blh macam2!!”

Tersentak Cikgu A bila dia dengar si H ckp begitu. Sejak dari tu dia nda pernah kacau si H lagi, si H rasa lega walaupun dia tengok Cikgu A ni ada lain sikit melayan dia. Tapi dia nda peduli, daripda dia malar rasa nda siuk mau bekerja bagus dia berani bersuara.

Rupanya, benda tu nda berhenti setakat disitu saja.

Ada satu masa si H lambat sikit datang p sekolah, jadi masa dia datang dia hairan tengok ada beberapa cikgu berkerumun di meja Cikgu F. Dia pun terus tanya..

“Kenapa ni? ada kes budak bergaduh kah?”

Cikgu C :”Bukan pasal budak bergaduh tp pasal lain, melibatkan ibubapa.. ”

“Hah, kenapa?”

Cikgu E bercerita ada ibubapa yang mengadu dengan dia, anak-anak dorang di sentuh-sentuh dengan Cikgu A. Mulanya dia diamkan dulu sebab hanya sorang yang mengadu. Tapi bila ada beberapa orang yang mengadu, sampai-sampai ada ibubapa yang cakap..

“Saya mau benda ni jadi kes polis, biar dia tau rasa. Mana boleh dikasi biar, sel*ruh tub*h anak saya ni dia sudah sentuh bah!”

Terus si H ni berterus terang Cikgu A ni pun pernah buat begitu juga dengan dia. Dan terkeluarlah cerita, Cikgu E dan F pun sama juga pernah juga kena tapi sekali ja nda macam si H.

Ngam timing masa tu Cikgu A ni nda masuk sebab ada hal lain mau uruskan. Dorang plan mau kasi kumpul budak-budak perempuan ni pigi surau, untuk dorang tanyakan berapa orang lagi yang pernah jadi mangsa Cikgu A.

Jadi bila sudah selesai dorang kumpul n susun budak-budak dari tahun 1-6, dorang kunci surau tu. Beberapa orang cikgu termasuk si H yang kontrol keadaan d surau, manakala guru lain kawal keadaan di kelas.

Bermulalah sesi soal menyoal di dalam surau..

“Guru-guru mahu tanya tapi kamu mesti jawab dengan jujur, Sesiapa di antara kamu yang pernah kena sentuh-sentuh dengan Cikgu A?”

Terus budak-budak ni meribut, semua mau bercakap si itu si itu selalu jadi target jadi terpaksa dorang interogasi satu-satu kelas. Rupanya, Cikgu A ni dia ada target siapa yang dia suka sentuh-sentuh dalam setiap kelas.

Dalam ramai-ramai dari kelas tahun 1 sampai tahun 6 ni dia cari jenis lemah lembut bercakap.

Terutama jenis pendiam suara pun payah-payah mau keluar lagilah dia suka, n kebanyakan budak yang cantik, comel n putih-putih kulitnya. (perangai cam si** ketara betul pedo, emosi aku menulis)

Kemudian, dorang soal lagi apa dia pernah buat.

Beristighfar dorang bila budak-budak ni buka mulut, ada yang cerita sambil tunjuk perbuatan dia. Budak tu Tahun 2 kena suruh baca doa qunut, normallah budak-budakkan kalau membaca dorang tersekat-sekat.

Cikgu A marah-marah sambil rotannya tu dia p cucuk-cucuk dekat “private part” budak tu. Lepas budak tu cerita dia terus terduduk tutup mukanya.

Terus guru-guru nda habis fikir, apa kaitan nda dapat baca doa qunut dengan cucuk-cucuk disitu?

Budak lain cerita dia suka belai-belai d kepala, dipeluk dibahu, disentuh-sentuh paha dan lain-lain lagi. Budak thn 6 yang lagi besar sikit macam-macam dorang cerita pasal cikgu A (terlalu peribadi).

Ada budak tahun 4 tu dia jenis mulut petah bercakap, detail semua dia cerita. Dia cerita yang ada sorang dalam kelas tu selalu jadi mangsa, Jadi dorang akan perhatikan bila Cikgu A ni p duduk dekat mejanya.

Si H kenal sangat budak tu, sebab budak tu kecil ja, putih comel kalau bercakap pun suaranya nda kedengaran terlampau halus. Bila Cikgu A ni sudah keluar, terus dorang berkumpul bagitahu jan terlampau bagi muka dengan Cikgu A.

Dan budak tahun 4 yang bercerita ni badannya besar sikit daripda budak lain dalam kelas tu. Jadi ada sekali tu dia bercerita sama Cikgu A, dia cakap sentuh-sentuh nda boleh nanti mama dia marah.

Cikgu A ni ketawa terus p sentuh da*anya n budak tu terus tolak tangan cikgu A ni n lari p tempat kawan lain.

Ada lagi macam-macam cerita yang dorang berusaha korek. Last-last tu, dorang suruh budak-budak tu tutup mata n angkat tangan siapa yang pernah kena.

Dalam 65 orang yang ada masa tu, belas-belas ja yang nda angkat tangan. Terus guru-guru tu berpandangan sesama sendiri. Dorang pesan dengan budak-budak tu kalau perkara ni terjadi lagi tolong bagitahu segera dengan dorang.

Dipendekkan cerita, esoknya cikgu A ni masuk. Jadi, dorang berpakat-pakat siapa yang confront dengan Cikgu A cakap pasal benda ni. Cikgu C dan Cikgu E ambil keputusan untuk bersemuka dengan Cikgu A.

Selesai ja dorang tertunggu-tunggu apa respon dari Cikgu A, Hasilnya memang mengundang ketidakpuasan hati.

Boleh-boleh Cikgu A ni selamba ja cakap tu sentuhan sebab kasih sayang bukan benda suka-suka n banyak lagi alasan dia. Yang pasal budak tahun 4 tu kunun dia suka betul dengan budak tu sbb tu dia suka pegang-pegang, usap-usap. (bab1) yang nda boleh blah ayat dia :

“Alah budak-budak juga pun, kalau nada r*spon bukan boleh terans*ng” Cikgu C terus tunduk dengar dia cakap bgitu, Cikgu E terus yang kegelian mendengar ayatnya.

Disebabkan respon dia begitu, dorang serah pada pihak berwajib dulu untuk settle benda ni. Ibubapa yang mengadu tu dipanggil ke sekolah.

Perkara ini belum settle lagi, si H sangka yang Cikgu A ni santai-santai ja depan dorang. Tapi rupanya ada perkara lain yang dia buat.

Semasa budak-budak semua berkumpul di surau, lepas Solat Asar Cikgu A ni dia mengamuk depan budak-budak tu. Si H n guru-guru lain yang ada di sana tergamam terus dia buat begitu.

Siap dia ambil rotan panjang dhempasnya ke dinding. Habis dia mengamuk dengan budak-budak tu, budak perempuan yang mengadu tu dia suruh tinggal di surau.

Menangis-nangis tu budak perempuan dibuatnya, guru-guru lain nda dapat dengar detail sebab dorang pun nda berani masuk surau. Tapi kalau sudah sampai menangis-nangis dikerjakan confirm dia bagi amaran jan pernah mengadu itu dan ini pasal perangai dia.

Kalau nda buat benda tu kenapa juga mau mengamuk? dorang berabis cuba letakkan benda ni sebagai perkara private tapi dia mengamuk d sana n budak-budak lelaki tu tahu?

Untuk apa? Memperdengarkan aib dia? Supaya budak-budak lelaki tu belajar yang perbuatan tu dorang boleh buat juga?

Kenapa sampai jumpa budak-budak perempuan yang mengadu tu dikasi menangis? Dibagi amaran? Kenapa? Cakap santai tapi macam cacing kepanasan pula bila perangai terbongkar?

Lepas tu Cikgu A nda bagi guru-guru lain ada di bilik guru masa dia jumpa ibubapa tu. Dia saja yang berhadapan dengan dorang.

Si H ni try merisik-risik bangunan sebelah, yang dia sakit hati muka tu ibubapa bercerita dengan Cikgu A mcm nada apa-apa. Biasa ja ketawa mesra, padahal masa mengadu bukan main emosi.

Ngam-ngam Si H ini mengajar masa akhir budak tahun 3, ada sorang budak ni dia dari meja belakang. Terus dia malar panggil2 Si H n pindah ke meja depan. Lama betul dia perhatikan si H baru dia bercakap:

“Cikgu, sebenarnya saya tipu pasal tadi tu. Cikgu A nda pernah sentuh saya pun”

Si H yang dengar benda tu dia try ckp sama budak ni.

“Kenapa kamu angkat tangan tadi? Kenapa kamu cerita macam tu? Kamu kena jujur **** nda boleh tu ikut-ikut kawan lain. Tapi tadi kamu cerita banyak, kalau benda tu betul jujur ja dengan saya. Saya nda marah kamu”

Tapi budak tu diam saja n sampai waktu pulang.

perkara ini membuatkan kita terfikir.

#Kalau ada sepuluh orang perangai serupa macam Cikgu A, dan kemudian dia pergi mengamuk begitu depan budak-budak. Alamat Pemangsa lahanat macam Cikgu A ni nda akan pernah bertaubat, sebab lepas dia bagi amaran macam tu budak-budak tu akan takut.

Dorang akan jadi pendiam, memendam n nda akan ada yang berani bersuara lagi pasal Pemangsa lahanat macam Cikgu A.

#Di masa hadapan, kalau mereka sedang meningkat remaja n perkara itu terjadi lagi, dorang akan bungkam. Takut mau mengadu, lagi-lagi masa tu sudah remaja dorang malu takut menjatuhkan maruah keluarga. Dorang takut dicemuh n dihina masyarakat.

Sebenarnya, pemangsa lahanat cikgu A ini sudah menanamkan satu TRAUMA BERPANJANGAN dalam diri budak-budak tadi.

#Siapa kata pendidikan s3ks tidak wajar didedahkan kepada kanak-kanak? adakah kita merasa zaman sekarang ini masih sama dengan zaman dahulu?budak-budak hanya tahu bermain pondok-pondok? pernah dengar dalam berita budak tahun 6 mencabul perempuan tahun 4?

Bila ditanya, dia cakap cuma buat eksperim*n macam yang dia nampak dalam video d handphone. Zaman sekarang kalau budak-budak main kahwin-kahwin jangan hairan kalau dorang bukan sahaja bersanding tapi buat benda lain. nauzubillahiminzalik.

Sama seperti kata-kata Saidina Umar Al-Khatab :

“didiklah anak kamu untuk hidup pada zaman mereka kerana mereka bukan ditakdirkan untuk hidup pada zaman kamu”

Untuk guru-guru, bakal guru, ibubapa, bakal ibubapa, pakcik makcik, kakak, adik, abang, sepupu, sepapat, saudara atau sesiapa sahaja yang merasakan dia seorang MANUSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB:

Tolong dedahkan anak anda dengan pendidikan s3ks mengikut peringkat umur mereka, seperti ajarkan mereka untuk berani berteriak kalau private part mereka disentuh, ajar mereka tentang perkara-perkara yang perlu sekadarnya sahaja n TOLONG GUNAKAN BAHASA YANG SESUAI.

Pastikan juga pantau apa yang mereka sering lihat d socmed mahupun televisyen, Kadang-kadang kartun yang ditonton mereka itu ternyata ada double meaning yang kita sendiri pun nda tahu.

Semoga kisah yang saya ceritakan tadi kita sama-sama alert isu-isu macam ni. Suatu hari nanti kita juga akan mengalami hal macam ni sebab kita juga bakal ibubapa yang Insha Allah akan mendidik anak kita.

Kisah ni berlaku kira-kira 3 tahun yang lepas, si H sekarang sudah pindah ke tempat lain. Tapi Si pemangsa lahanat tu masih ada di sana. Semoga saja kalau perkara tu terjadi lagi kali ni si Pemangsa lahanat tu dapat balasan yang setimpal!

– Miss_Rosez (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *