Pendidikan Awal Kanak-kanak

Assalamualaikum wbt semua pembaca iiumc. Aku terbaca confessor perihal hala tuju selepas spm, (https://iiumc.com/hala-tuju-selepas-spm/).

So aku tersangat setuju dengan pendapat confessor tu. Oleh itu aku rasa terpanggil untuk meluahkan perasaan dan pengalaman aku. Iya aku salah seorang graduan pendidikan awal kanak-kanak.

Nama aku Ana, bukan nama sebenar. Masa mula-mula dapat tawaran universiti, siapa tak gembira kan dapat masuk UPSI keluar nanti boleh la jadi cikgu.

Habis satu kampung mak ayah aku cerita, siap buat solat kesyukuran lagi sebab aku dapat masuk U. Aku anak kampung, anak sulung pula.

Masa dapat tawaran aku tak faham istilah open market, zaman aku waktu tu internet tak la meluas sangat macam zaman sekarang, klik saja macam-macam info dapat.

Waktu itu handphone corby pun tak glamour lagi. Cerita boy over flowers pun tak disiarkan lagi. Disebabkan tak faham pergi tanya cikgu sekolah perihal open market ni.

Jawapan cikgu aku masa tu adalah ala jangan risau masuk UPSI confirm keluar dapat jadi cikgu tambah bidang awal kanak-kanak ni tengah panas.

Ok settle cerita sebelum masuk U, habis saja graduated ni lah permulaan masalah aku.

Bila teman sekampung aku dipanggil interview (dia bidang pendidikan khas) aku tidak dipanggil iv, 4/5 bulan lepas itu dia dipanggil kerja mula lah orang kampung bercerita pasal aku.

Macam-macam cerita aku dapat, tak lulus belajarlah, itu lah masuk U tak dapat kerja tak ada guna, tiap kali jumpa kat kedai macam-macam soalan ditanya.

Ya Allah sedih sangat rasa waktu tu, depress aku masa tu. Jadi aku ambil keputusan cari kerja kat KL. Walaupun aku kerja KL, bila aku balik kampung saja soalan yang sama ditanya. Perit nya rasa.

Benda paling sedih bila member tanya weh sepupu aku bidang IT dapat kerja Permata, tak minta ke?

SPP jangan cakaplah, aku check setiap masa tapi tak pernah kena panggil.

Berbalik kisah aku mula – mula kerja, aku kerja di Tadika gaji RM900 tempat tinggal disediakan.

Tadika itu kalau aku taip nama dia memang pembaca akan kenal. Tapi memikirkan hutang ptptn dan macam-macam komitmen aku kena settle jadi aku buat keputusan apply macam-macam kerja.

Disebabkan bidang aku pendidikan awal kanak-kanak agak susah aku nak dapatkan kerja yang baik, tapi alhamdulillah sekarang aku kerja tadika juga tapi di kampung, gaji pun di taraf minimum seperti kerajaan sarankan,

Aku memang berterima kasih sangat lah dekat bekas PM kita dulu perkenalkan gaji minimum.

Bila difikir-fikir aku rasa menyesal ambik bidang ini. Sebab itu kalau ada kawan aku cerita adik dia dapat tawaran bidang sama macam aku.

Aku akan nasihat macam-macam supaya tak jadi macam aku. Iya sebab bidang kami, gaji permulaan adalah sama tak kira awak budak lepasan SPM, Diploma atau Ijazah.

Aku tahu bukan bidang aku je bermasalah tapi mostly semua bidangla ada masalah kerja sebab kerja susah sekarang.

Kalau la belajar tanpa ptptn kan best. Tak ada la rasa tekanan sangat bila keluar tak ada kerja, tak ada la aku rasa menyesal macam ni, bolehla aku hargai ilmu tue sebaiknya.

Ouh ya samala aku dapat calon simpanan juga spa8 pada tahun 2015 tapi sampai sekarang spa8 tu simpan nama aku. Sayang sangat spa8 tu kat aku rasanya. Hahahaha.

– Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *