Ya, memang ada confession aku sebelum ni mengatakan “Pendidikan tinggi masih relevan?”. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/pendidikan-tinggi-masih-relevan-kah/).
Dan sama ada faham atau tidak apa yang ingin disampaikan. Nak hentam atau bersetuju, terpulang kepada diri masing-masing. Terpulanglah mengikut cara berfikir dan cita rasa masing-masing. Tapi, aku sebenarnya nak jelaskan tentang kepentingan pendidikan kepada kita.
Memanglah betul, ramai saja boleh berjaya tanpa perlu ada pendidikan tinggi. Dan nak berjaya dalam perniagaan pun, tak mesti perlukan diploma, ijazah, master mahupun PhD.
Ramai saja yang bekerja dari bawah, lama-kelamaan sedikit demi sedikit naik pangkat. Lepas habis SPM, terus kerja. Masuk kerja umur 18 atau 19 tahun. Umur 28 sudah ada pangkat. Sudah beli kereta, rumah, dan sudah berumah tangga. Pokoknya adalah usaha dan kesungguhan.
Untuk generasi lama tiada masalah, ada SRP atau kelulusan sekolah rendah pun, kerja stabil. Tapi rata-rata mereka hari ini berumur 50, dan 40an.
Tapi, realiti hari ini sektor perkilangan dan perindustrian hari ini sudah tidak sebaik dulu. Banyak hari ni sektor swasta dan perkilangan lebih cenderung ambil kakitangan kontrak berbanding ‘permanent’.
Kalau pergi ke kebanyakan kilang pun, 3 daripada 10 pekerja saja yang berstatus ‘permanent’. Lainnya berstatus kontrak, diambil melalui ejen. Staf ‘permanent’ kan banyak benefit dan kenaikan gaji perlu dibayar okeh syarikat atau kilang.
Tak apa lah, aku tak nak sentuh sangat soal rezeki atau kerja. Tapi, yang paling membimbangkan hari ni adalah racun dan penipuan, sama ada dalam kehidupan atau dalam perniagaan.
Punyalah banyak hari ini produk sampah dan berbahaya kepada kesihatan dijual secara terbuka dan besar-besaran. Bahkan sudah jadi trend, dan ramai followers dan viewers. Nak pula yang jadi pelopor dan penjual itu adalah orang agak terkenal dan instafamous.
Ada juga yang ada pendidikan sains pun, turut terlibat dalam bisnes tu. Walhal bukan tak tahu bahaya atau kesan sampingan produk itu.
Itu belum lagi yang mengaku bergelar doktor, tapi join gerakan anti-vaksin, galakkan homebirth.
Yang pelik, mengaku ada pendidikan tinggi pun join sekali benda ni. Yang acah-acah ustaz pun join, siap cakap perubatan moden ni yahudi lagi. Maka, lihatlah penyakit yang sudah pupus masuknya era 1980an, kini sudah kembali. Budak-budak hari ini pun banyak didatangi penyakit.
Belum cerita tang vape lagi. Kononnya nak galakkan berhenti merokok. Yelah, rokok itu ada tembakau, nikotin. Vape ni hanya flavour dan air saja, tapi lupa dalam vape pun ada nikotin. Tapi, tetap ada bahan berbahaya, dan sekiranya masuk ke dalam paru-paru, dan faham sendirilah apa akibatnya.
Tapi, yang tak merokok pun layan vape, sebab trend. Yang perempuan pun dah ramai kaki vape. Jual vape dah macam jual phone kat kedai, lain spec, size bateri, harga, design dan lain-lainya. Dan jadi sumber perniagaan anak-anak muda hari ni.
Ya aku faham, kita dalam kesempitan untuk hidup, dan perlu berniaga benda-benda yang menguntungkan dan ramai customer. Tapi, ini perniagaan yang tiada etika.
Tu belum cerita membiaknya golongan scammer, dan bermacam-macam spesies scammer hari ini. Mangsanya – yang naif dan hanya nak duit dengan cara cepat dan mudah. Maka, beranganlah mereka kononnya akan dapat pulangan lumayan dan boleh tertunai apa yang mereka impikan.
Tak fikir panjang dan mengkaji, akibatnya lebur berpuluh-puluh ribu ringgit. Hutang keliling pinggang, pinjam dari saudara-mara, kawan-kawan. Pinjam ah long pun ada. Menyesal tak sudah.
Kejam kan? Orang yang sudah tersepit, semakin tersepit. Yang kepala perompaknya sudah melarikan diri, dan berjoli sakan dengan wang mereka tipu itu. Yang teruknya, masih dalam pengajian pun, sanggup berhenti belajar semata-mata nak join MLM.
Kononnya terpengaruh dengan ayat upline mereka, “Kau ada degree nanti, belum tentu ada kerja. Meh ikut abang, kau boleh lagi kaya dari orang lain. Ini nak kaya cara smart.” Mak bapak pun kabur juga dengan duit, biarkan saja masa depan anak mereka begitu.
Bila sebut tentang etika atau moral, mereka ini hanya faham, “Aku hanya berniaga saja. Tak merompak, tak mencuri, tak ambil rasuah, tak main judi.” Sama lah macam mentaliti orang kita, babi itu haram, makan duit rasuah tak haram.
Banyak lagi lah kalau nak senaraikan. Cukuplah dulu yang ni, yang lain kalian tolonglah tambahkan. Cuma, kenapa kita tekankan ilmu dan pendidikan kepada masyarakat. Kata nak jadi negara maju kan?
Jadilah diri kita yang sepatutnya, berpandukan agama dan moral. Jangan ikut trend atau gaya hidup, kena ianya boleh berubah mengikut masa. Dan kita akan kecewa dan menyesal nanti.
– Che Mat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit