Pendinding Gangguan Jin

Assalamualaikum semua. Saya salah salah seorang dari penggemar IIUM Confession. Haritu saya ada terbaca confession di sini berkaitan seorang pelajar perempuan dari universiti tempatan yang terkena gangguan.

Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman pengamalan saya semasa berhadapan dengan gangguan ini.

Pertama, saya bukanlah yang pakar dalam bidang ini. Tetapi saya rasa perlu untuk berkongsi kerana kebanyakan yang bertanya saya soal gangguan ini adalah dalam kalangan orang perempuan.

Kali pertama dalam hidup saya kena gangguan ni masa belajar. Tahun pertama semasa universiti, boleh kata melarat juga sampai tahun kedua.

Saya tak nak fokus pada penceritaan bagaimana diganggu, tapi saya nak fokus pada pengalaman amalan saya pada waktu itu.

Untuk pengetahuan semua, saya sempat berubat dengan dua orang pengamal yang digelar dengan pengamal perubatan islam (pada hakikat saya tidak tahu bagaimana cara rawatan mereka, tapi jika ada ilmu tentang itu kita akan tahu beza).

Pengamal pertama kata, saya ada saka dari belah emak. Pengamal kedua kata, susuk telah masuk dalam badan saya (Alhamdulillah, keturunan saya tiada yang pakai susuk/saka).

Sepanjang mengalami gangguan, biasa seseorang akan jadi takut untuk tidur, atau mudah terjaga bila tidur. Dan mimpi buruk yang pelbagai lagi.

Kedua-dua dari mereka telah menyatakan pada saya bahawa mereka telah buang “benda” tu dalam tubuh saya. Saya hanya akur. Dan ada juga pada waktu tu mandi garam bukit dan sebagainya.

Tapi kesemuanya tidaklah memberi apa-apa kesan positif pada saya. Bahkan seolah ia pada tahap yang sama.

Pada satu tahap, saya dah rasa malas nak berubat dan putus asa. Saya hanya jaga solat wajib saya, solat sunat dan amalan sunat lain sikit-sikit, baca quran dan zikir umum lepas solat.

Tapi tiada perubahan. Selepas beberapa bulan, saya pergi kepada orang terdekat yang saya percayai mengamalkan perubatan islam.

Beliau menyatakan saya hanya terkena gangguan kerana beberapa faktor yang saya fikir semula memang logik dan betul jika saya akan diganggu.

Antaranya ialah, saya seorang pelajar yang buat part-time bekam. Hari-hari bermain dengan darah yang pelanggan yang saya tidak kenal latar belakang mereka. Silap saya, saya tiada pendinding dan berkemungkinan ada faktor lain juga.

Alhamdulillah. Beliau berikan saya satu zikir yang sangat hebat bagi saya. Dan saya amalkan juga amalan lain lagi. Antaranya:

1- Zikir La ilaha Illallah, Wahdahu Laa Syariikalah Lahul Mulk Walahul Hamd, Wahuwa ‘ala Kulli Syaiin Qodir.

(لا اله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير ).

Paling kurang 5-10 kali setiap kali lepas solat. Jika sudah terbiasa, banyakkan lagi. (Sikit-sikit dahulu takpa, tapi jangan tinggal).

2-Ayat kursi setiap kali lepas solat (saya wajibkan bagi saya sebagai pendinding).

3- Ayat seribu dinar.

4- Selawat kepada Nabi. Jika terasa berat ambil lafaz paling ringkas (اللهم صل على محمد).

Untuk selawat, saya baru tambah sebagai zikir khusus kerana fadilatnya terlalu hebat. Ada rezeki saya kongsi lain confession tentang kehebatan selawat.

Zikir ini ada zikir umum dan zikir khusus. Seeloknya, biarlah ada zikir khusus yang kita lazimi selalu. Dan zikir ini apabila ia sebati dalam diri, in shaa Allah kita akan lebih yakin.

Kesemua di atas saya konsisten lakukan sehingga hari ini. Alhamdulillah. Dan niatkan, minta pada Allah supaya ia boleh jadi pendinding untuk kita. Dengan izin Allah yakinlah.

Syeikh Wahid Abdul Salam Bali, seorang Ulamak hebat, pakar dalam bidang ruqyah syariah mencerita bahawa beliau pernah diberitahu oleh Jin, bahawa Jin tersebut akan memasuki tubuh beliau kerana beliau ingin merawat seorang pesakit.

Lalu syeikh nempersilakan ia masuk. Lalu Jin tersebut menangis dan berkata, pada hari ini, tidak ada mana-mana Jin yang dapat masuk ke dalam tubuhmu kerana kamu telah membaca zikir Laa ilaha Illallah Wahdahu Laa syarikalah…. Hingga akhir ayat.

Benarlah kata Rasulullah bahawa sesiapa yang membaca zikir ini pada waktu pagi dan petang akan terhindar daripada gangguan syaitan. (Boleh rujuk matan/teks hadis dalam web berautoriti/kitab).

Alhamdulillah zikir ini saya amalkan sampai sekarang. Dan dengan izin Allah, saya tidak mengalami lagi gangguan dan sudah berlalu beberapa tahun yang lepas.

Pesan akhir saya, bagj yang berhadapan dengan perkara ini sekarang, hindarilah muzik-muzik yang melalaikan.

Ingatlah, kelalaian akan membawa kita lebih jauh dari mengingati Allah, dan akan mendekatkan diri kita dengan apa yang disukai oleh jin dan syaitan.

Seeloknya hindarilah. Lazimi diri dengan zikir. Lazimi di sini saya spesifikkan dengan konsisten atau berterusan pengamalan, bukan hanya buat sehari atau seminggu lalu nak nampak kesan. Betulkan kefahaman kita.

Seorang Ulamak pernah ditanya, apakah amalan seseorang yang boleh menghindarkan dirinya daripada gangguan jin? beliau menjawab, lazimilah diri dengan zikir.

Sahabat, zikir dan zikir. Hebatnya kalamullah sehingga ditakuti makhluk yang menderhakai Allah. Dalam zikir, tadabbur dan fahamilah maknanya juga. Hiduplah dengan zikir sebagaimana kita perlukan air dalam hidup kita untuk hidup.

Semakin tinggi penghayatan, semakin tinggi keyakinan kita kepada Allah. Dan yakinlah, tidak ada kuasa yang lebih tinggi melainkan kuasa Allah Taala.

Itu sahaja perkongsian saya. Hanya biasa-biasa. Kalamullah kesemuanya ada keajaiban tersendiri pada bait ayatnya. Hanya kita tinggal untuk tadabbur atau hati kita terus leka dengan dunia.

Wallahua’lam. Maaf atas kekurangan. Jika ada lagi amalan lain, saya alukan sahabat berkongsi. Moga Allah beri syifaa untuk yang mencarinya sekarang. Mohon doanya untuk saya dan keluarga juga ya. Jazakumullah khairan kathira.Hanya berkongsi.

– Sha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *