Assalamualaikum pembuka bicara, segulung penghargaan terima kasih kepada admin yang menyiarkan cerita ku..
Aku di besarkan dalam keluarga yang sederhana, ilmu agama cukup, makan minum alhamdulilah semuanya cukup.. Aku terpanggil utk berkongsi cerita ini sebab ada terbaca beberapa cerita mengenai solat..
Aku rendah diri mengaku aku seorang wanita yang tak menitik beratkn soal agama, aku tak solat, tak tutup aurat, puasa tu puasa juga tapi jarang sekali bersujud kepadaNya. Dalam kalangan adik-beradik aku adalah sangat berperangai sampah.. tak seperti mereka yang memang jaga solat..
Satu petang mama sedang melihat ceramah Ustaz Ebit liew dekat youtube, so aku join sekali.. hati anak mana yang tak tersentuh bila bercerita tentang kasih syg ibu dan ayah.. Aku sangat suka cara dakwah dan pendekatan yang di beri Ustaz Ebit liew, lembut dan mudah menjentik hati terutama utk golongan anak muda dan para belia..
“ Solatlah walau terpaksa, Allah sayang kita. Allah bagi kita tempat tinggal, makan minum pakaian yang sempurna, sihat tubuh badan. Perbaiki solat maka Allah akan memperbaiki hidup kita..” Ini antara bait2 kata yang sangat menyentuh qolbu ku.. Allahu.. nak nangis tapi cepat2 alih pandangan..
So mak tanya “masih pandai solat ke ?”
Aku tertampar seketika namun,
Aku menjawab dgn yakin YA!
“Masih boleh lagi mak” Balas ku basa2 basi..
Alhamdulilah, sedikit demi sedikit aku cuba usahakan solat… Aku buka buku panduan solat, aku perbetulkan bacaan solat.. tapi sampai sekarang aku belum menutup aurat dan masih free hair.. mohon doakn aku tutup aurat dgn sempurna. Ya Allah.. Adakah solat ku di terima?
Betul kata orang, hati manusia berbolak balik.. Sedang kita berubah ke arah kebaikan, kita di uji dengan rasa segan kepada kawan kita yang memang selama ini menjaga solat.. Aku segan nak solat jika roomate aku ada, dia anak haji, anak Hajah.. segannn… tak tau nak kata apa. Rasa rendah diri pun ada.. Allah semoga kau terus beri aku kekuatan untuk terus istiqomah mendekatiMu dan Kau hindari lah aku dari penyakit putus asa..
Hati cukup tenang selepas mula amalkan Solat, tengah berusaha utk mengejar solat penuh 5 waktu.. Doakan saya wahai readers.
Aku pendosa yang ingin ke SyurgaMu… layak kah Aku, kerana Syurga itu bukan percuma..
– Cik Misi
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit