Assalamualaikum aku El, umur lewat 20an. Aku ni seorang anak angkat dijaga oleh nenek angkat aku.
Kisah yang aku nak cerita ni agak panjang dan aku minta maaf kalau membosankan tapi aku dah lama pendam seorang diri.
Aku dilahirkan dalam broken family. Aku diambil disaat aku dilahirkan 4 jam. Oh aku pun baru tahu aku ni actually anak luar nikah.
Keluarga angkat aku ni tak pernah terima aku langsung dalam hidup dorang sebab nenek aku ni selalu backup aku. Katanya aku ni spoilt brat, sebab nenek aku selalu lebihkan aku.
Salah aku ka sebab aku anak angkat dan nenek aku providekan aku tempat berteduh makan minum dan pelajaran. Takut sangat aku ambik harta mak dorang.
Aku dari kecik selalu didera, umur baru darjah 4 dah kena buat semua sendiri basuh baju iron baju sekolah semua sendiri. Kena pukul sampai aku sembunyi dalam pasu rumah jiran and jadi kes polis.
Masa aku darjah 5 aku selalu tak boleh tidur, makan minum sebab aku murung. Disebabkan kesihatan aku makin merosot, nenek aku bawa ke hospital dan doktor cakap aku ada depression. Darjah 5 dah kena makan ubat anti-kemurungan.
Aku nekad untuk bangun dari semua derita aku hadap dan usaha untuk keluar dari semua musibah aku. Aku berusaha belajar sampai kenperingkat degree. Masa aku degree berjuta kali aku give up dan nak quit.
Masa aku semester ke 3, aku terus ambik keputusan nak tangguh belajar sebab aku bergaduh teruk dengan keluarga aku sampai jadi kes polis.
Lepas 6 bulan, aku bangun balik dan push diri aku untuk berjaya. Pointer aku jatuh pun aku bangun balik. Gagal 2-3 subjek pun aku bangun balik. Finally aku berjaya habis degree aku pada umur 26 tahun.
Oh aku pun almost nak berkahwin before this, aku tau status aku as anak luar nikah tu pun sebab aku nak register perkahwinan mak ayah kandung aku. Sebab dorang kahwin dekat thailand dan aku pun nak berkahwin pada masa tu so perlukan wali.
Sepanjang proses di mahkamah shariah mak dan aku sangat la lepas tangan. Hakim tanya segala soalan pada ayah aku pun dia tak dapat jawab dengan betul.
Selepas hakim dah jatuhkan hukuman dan sahkan aku anak luar nikah. Ex aku bagitahu family dia dan mereka tak dapat terima.
Kami terpaksa berpisah disebabkan aku punya status dan familynya still tak accept aku. Selepas tu aku nekad untuk bangun dan nak buktikan pada semua orang yang walaupun status aku macam tu aku boleh berjaya jugak.
Aku habis degree, aku dapat pekerjaan di bank yang terkemuka. Ni la plot twist dia, masa aku start bekerja di kota raya kuala lumpur. Aku kenal seorang lelaki di dating apps dan bercinta selama 2 tahun.
Dia sangatla abusive physically and mentally dan suka maki hamun. Dia pun ada past dia yang buruk dan aku kenal dia pada masa dia tengah tak ok. Setakat maki hamun hina aku anak ha*r*m tu takda apa bagi dia sebab aku pun sendiri selalu maki dia jugak.
Dia torture aku pukul aku maki aku bila aku kantoi dengan dia text dengan lelaki lain. Sedangkan aku buat macam tu sebab nak lari daripada dia tapi dia selalu halang aku. Harini pukul esok janji nak berubah taknak buat dah. Dia pun selalu kantoi curang dengan aku.
Dia dah sampai ke tahap zina dan maksiat, selalu tidur dengan perempuan. Bertukar tukar perempuan. Sedangkan dengan aku pun dia tidur jugak.
Kami punya tahap bergaduh sehingga aku tak boleh tahan aku melawan dan guna pisau or gunting untuk protect diri aku.
Badan aku ni jangan cakap la bekas parut kena jahit sebab guna pisau or gunting.
Klimaks dia bila aku terjatuh terduduk sebab aku dapat taunaku dah pregnant, aku sedar pun sebab period aku dah lambat seminggu. Aku terus panic and check rupanya betul aku pregnant. Sebab period aku tak pernah lambat.
Aku menangis terduduk, aku terus bagitau nenek aku yang aku pregnant. Nenek aku tak bagi simpan sebab takut future aku gelap since aku pun anak luar nikah kan.
So aku buat keputusan untuk buang, pada awalnya dia janji nak bertanggungjawab dengan aku sama sama.
Tapi sebab nenek aku dah contact mak dia terus dia maki aku kata aku rosakkan hubungan dia dgn family, sebab mak dia mengamuk and bagitau dalam group whatsapp family mengenai aku dah pregnant.
Masa aku dapat tau aku pregnant dah 5 minggu, aku dapat tahu aku ada ketumbuhan ovarian cyst. Disebabkan ketumbuhan aku dan aku gugurkan kandungan. Ketumbuhan aku kena infection dan kena buang rahim aku sebelah.
Sepanjang aku tengah recover dari gugur tu, dia ada la teman aku untuk beberapa hari tapi lepas dia dah taktahan dengan aku sebab aku selalu mengamuk marah dia. Dia pun angkat kaki dari aku.
Aku jadi meroyan, gila menangis melalak dan asyik maki hamun hina dia dan dia salahkan dia dalam segala benda dah jadi dekat aku.
Aku buat keputusan untuk resign kerja dan balik ke kampung halaman aku. Kami bergaduh agak teruk dan dia tak habis habis ungkit aku yang rosakkan segalanya.
Sehinggalah baru baru ni aku jadi gila sebab aku rasa bersalah dengan apa yang aku dah buat. Aku tak boleh tidur tak lalu makan tak buat apa apa langsung terbaring atas katil.
Sebab teringat sakit yang aku dah hadap selama berpuluh tahun aku hidup. Aku ingat aku dapat keluar dari keluarga yang toxic, rupanya aku dah termasuk dalam mulut buaya.
Sekarang dia dah totally buang aku, tak bertanggungjawab dari hidup dia sebab aku maki dia segala benda. Aku pulak dah hampir jadi gila, tor*h tangan, almost nak suicide.
Aku jadi meroyan lepas aku gugur tu. Aku dah tak kisah hidup aku. Aku just rasa nak mat* ja sekarang dah hilang rasa nak hidup dalam dunia ni.
Jadi dekat sini aku nak minta tolong korang untuk doakan supaya aku cepat sembuh dan lupakan segala benda yang buruk terjadi dekat aku dari lahir hingga ke besar sekarang.
Si pendosa,
– El (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit