Pendosa Yang Ingin Lekas Ke Syurga II

Untuk part I, (https://iiumc.com/pendosa-yang-ingin-lekas-ke-syurga/).

Terpampang perkataan “Negatif” di atas kertas Ujian H.I.V. Dadaku berdetak kencang ketika doktor memberikan keputusan ujian tersebut.

Mana tidaknya, sesetengah manusia memerli pengakuanku pada bahagian pertama seolah-olah aku ini berpenyakit. Sedangkan aku bukanlah Si Songsang yang menggemari perlakuan anal. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Alhamdulillah, aku sedang dalam perjalanan hijra’ yang panjang dan menyedihkan. Tubuhku yang sudah kehilangan jiwa aku heret ke pelbagai arah untuk mencari penunjuk jalan untuk aku ke daerah cahaya.

Namun, Tuhan menimbulkan batu-batu yang besar menghempapku sehingga nafasku berubah menjadi tangisan sepi. Keluar daripada dakapan syaitan yang erat bukanlah hal gampang.

Fikiranku sudah diracuni bahawa dengan bau peluh jantan yang memberikanku nikmat sementara dan bayangan otot abdomen yang bentuknya bepetak enam yang aku lihat pada group telegram di mana berkumpul 10 ribu manusia songsang sukar di padam dari benak fikiranku.

Kebiasaan ini membuatkan fikiranku separa lumpuh untuk mengingat yang Maha Esa.

Namun, istilah menyerah kalah sepertinya sudah semakin hilang daripada kamus kehidupanku. Sesi terapi di hospital kerajaan berakhir indah.

Pakar yang sudah memegang kes aku selama tiga tahun memberitahu bahawa perkembangku kesihatan mentalku sudah menunjukkan perubahan yang positif Menurut beliau, keinginanku untuk mati sudah perlahan-lahan terkubur.

Setiap perkataanku yang diteliti kembali ke satu lorong iaitu “Hijra”. Kada janji temu yang aku genggam rela menakung air mata yang sejak dari tadi tumpah.

Aku memandang ke kiri dan ke kanan untuk melihat jika ada yang sedang memerhatikanku menangis. Namun, manusia di hospital ini sedang berjuang dalam permainan takdir mereka sendiri.

Masjid bukanlah menjadi pilihan pertamaku untuk mencari tangan yang sudi menyambut dan menutup luka-lukaku yang selamanya berdarah.

Teringat kata-kata warga maya yang menyuruhku berhijrah secara fizikal dan meninggalkan tanah yang membuka untuk aku kembali mencari neraka.

Tetapi, permintaan tersebut sukar untuk dipenuhi. Aku merupakan pegawai kerajaan yang masih lagi belum disahkan jawatan (masih berbaki 6 bulan sebelum aku menandatangani skim pencen). Jadi, aku tidak boleh sesuka hati berpindah ke tempat baharu.

Aku juga diamanahkan untuk tinggal di rumah yang bernamakan arwah abah. Bukan mencari pelbagai alasan. Ini merupakan realiti yang aku tidak boleh berhijrah dalam masa terdekat.

Untuk pengetahuan kalian, ketika aku menulis kisahku untuk bahagian ini, aku baru sahaja sedar bahawa sudah seminggu aku tidak ke sauna g4y. Sedangkan beberapa lelaki sudah menunggu untuk menyetubuhiku.

Aku menjauhkan diri dan beralih ke satu kawasan yang lebih tenang iaitu Kubur Abah dan Ibu.

Petang semalam, aku menyarungkan baju yang sama ketika ke sauna g4y untuk mencari ketenangan. Masih segar bau dosa yang melekat di balik fabrik licin baju tersebut.

Perjalananku ke kubur berat kerana setiap tapak diteruskan dengan penyesalan yang menbanjiri tanah perkuburan dengan air mata anak yang ingin menjadi seorang yang soleh.

Salam yang diberikan kepada orang tuaku tersekat-sekat kerana hanya kedengaran nafasku yang sedang menangis.

Bacaan Yassin di hadapan kubur orang tuaku hanya mampu dibacakan di dalam hati kerana suaraku tidak mampu dikeluarkan. Satu jam setengah perbualanku penuh tangisan.

Segala bentuk pengakuan aku tuang dan setiap satunya diakhiri dengan perkataan “PENAT”. Namun, Allah Maha Pemurah dan Maha Mengasihani, aku diberikan ketenangan yang maksimum pada setengah jam akhir sebelum pulang.

Komunikasi yang tidak dijawab oleh mereka secara verbal diteruskan dengan momen-momen bersama anak didikku.

Ya, aku merupakan seorang pensyarah yang hidupnya dikelilingi oleh manusia dewasa yang setiap satunya mengheret trauma yang cuba disembunyikan dengan plaster.

Aku meneruskan perbualan mengenai anak didikku yang memberikan surat untuk terus kuat setelah mereka sedar dan mampu melihat riak wajahku yang terluka.

Sedikit senyuman juga aku sedekahkan kepada orang tuaku menceritakan menteeku yang sudah berjaya dan kejayaan tersebut dikatakan olehnya datang daripada wang sedekahku membayar pengajian semesternya.

Dan inilah tangan-tangan yang perlahan-lahan memautku untuk kembali kuat.

Usahaku untuk mencari seseorang yang membimbingku berakhir tragis. Kebanyakan mereka yang aku capai melalui media sosial jijik dengan keadaanku.

Banyak juga tidak sanggup untuk membantu kerana combo penyakit mental dan perlakuan songsang bukan mudah untuk dibantu.

Namun, mereka mengakhiri ucapan mereka dengan sebaris doa. Ujian berbentuk silaturahim ini sudah menghantuiku sejak dari kecil.

Aku sering dipulau dan ditinggalkan. Tanganku juga ingin menekan butang nyahsekat mereka yang berada dalam kalangan manusia songsang untuk mengadu deritaku.

Tetapi, aku tidak ingin kembali dalam lingkungan yang sama.

Ya, aku sudah membuang kesemua nombor telefon mereka yang terlibat dalam dunia songsang, aku sudah keluar daripada telegram istimewa berkumpul lelaki-lekaki gersang beron4ni setiap hari melalui video,

Aku juga sudah keluar daripada kumpulan songsang menggunakan tiket taubat tetapi 99% daripada mereka berada kumpulan on4ni dan setia menonton video-video tidak senonoh.

Namun, aku sering terserempak seorang pensyarah senior yang fisiknya seperti ayah.

Dan sudah dua hari aku bercerita tentang masalah kesihatan mentalku kepada ayahanda (dia membenarkanku memanggilkan menggunakan gelaran tersebut kerana aku tiada bapa sebagai tempat mengadu).

Soal gaya hidup songsang yang aku sudah tinggalkan aku masih sembunyikan daripada ayahanda. Cara aku merawat diriku untuk saat ini cuma menjaga solat 5 waktu, berusaha untuk mendapatkan Dhuha, Taubat dan Tahajud setiap hari,

Menonton video-video kisah hijrah manusia lain di Youtube, mendengarkan lagu Anak Soleh oleh Rabanni dan Ya Ummi oleh Ahmed Bukthiar ketika syaitan menanam benih-benih songsang dan bunuh diri dalam fikiranku.

Sebagai seorang hamba yang dilahirkan darahnya penuh tragedi, aku percaya pengakhiranku sudah ditulis penuh kebahagian di Jannah.

Dan aku tidak sabar untuk berkumpul semula bersama-sama ayah dan ibu yang sedang menungguku di telaga Al-Kautsar..

– Hud (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *