Penerimaan Masa Silam Seseorang

Apa pendapat korang tentang masa silam seseorang? Terima seadanya atau pun pandang serong seolah-olah orang tu hina dan tak ada masa depan dah.

Aku terbaca confession sebelum ni mengenai jaga peribadi seorang wanita dan ni adalah kisah aku. Hi semua. Nama aku Cheq. Wanita dan berumur awal 30an.

Aku wanita biasa yang bukan lah alim sangat tapi selalu nak berubah jadi lebih baik.

Aku agak tertekan kebelakangan ni. Buka media sosial rata-rata kawan sudah berpasangan, berkeluarga. Dan aku pulak masih di dalam konflik sama ada pasangan aku dapat terima aku seadanya atau pun tidak.

Aku dan si dia sudah agak lama berkenalan. Tapi masih belum dapat restu dari keluarganya. Pada mulanya semua nya ok. Tapi semua nya berubah sekelip mata.

Aku tahu ada silap nya dari aku. Dari dosa aku yang lepas. Tapi aku rasa semua orang layak diberi pilihan kedua tapi dalam situasi aku ni aku rasa kebiasannya orang akan nampak buruk nya adalah di side perempuan.

Salah ke kalau pasangan kau pernah berkapel sebelum kenal kau? Dan kau sendiri pun pernah ada pasangan sebelum dia.

Konflik bermula bila keluarga si dia tahu aku pernah berkapel dengan seseorang yang mereka kenal. Dan orang tu pula dengan bangga telah menjaja kisah dia dan ex dia tanpa peduli apa akan jadi pada aku.

Pasangan aku dan keluarganya mula curiga dan syak wasangka pada aku. Dan dari sebab itu aku di label kan seolah2 perempuan terok.

Aku tau korang mesti akan cakap ha tu lah. Jangan kapel, lain kali jaga diri. Kau perempuan. Tengok itu balasan sebab kau kapel dan percaya kan janji manis seorang lelaki.

Tapi aku tau korang sendiri tau, jarang2 seseorang tu dapat jaga batas mereka apabila kapel. Korang pergi la mall mana2 akan nampak kapel pegang tangan, suap2 makan, keluar malam, ringan2. Is it kau akan cakap semua perempuan tu kotor?

Hina sampai mereka tak layak nak dapat yang terbaik bila dorang sedar kesilapan lalu dorang? Dan masa lalu mak ayah kita, kita sendiri tak tahu life dorang zaman dulu macam mana. Tapi kita tak pandang hina apatah lagi nak pertikaikan.

Aku dihina padahal aku hanya tersasar sedikit. Biasalah zaman muda remaja. Bila dah sayang senang termakan pujuk rayu janji manis seorang lelaki.

Tapi aku tau jaga diri aku lagi. Maruah keluarga aku. Aku jaga mahkota aku untuk suami. Hanya kerana kisah silam semua musnah.

But why perempuan yang dipandang serong bukan lelaki yang kena?

Padahal lelaki yang mulakan semuanya. Padahal si hasad sudah pun berkeluarga. Tapi hanya kerana mulut puaka si hasad yang dengki, aku jadi putus harapan soal masa depan aku.

Why dia nak buka aib2 aku ye sedangkan dia sudah pun bahagia?

Aku tak nak berdendam tapi aku doa banyak2 supaya tuhan bagi balasan pada dia kerana dia dah menimbulkan fitnah dan buat aku seolah seorang perempuan yang tiada maruah. Kifarah itu ada.

Aku dan pasangan baik-baik saja. Walaupun keluarga nya memang tak dapat terima aku langsung. Aku buat apa pun semuanya seolah2 aku ni nak tunjuk baik.

Cuma ada masa dia akan ungkit dan persoal betul ke apa yang si hasad sudah kata. Kenapa perlu keluar seoalan macam tu seolah tak dapat terima aku seadanya.

Dan dia pun sama je kategori lelaki biasa. Yang bukan lah alim mana dan hanya aku yang tahu semua tu. Tapi aku simpan dalam2. Even keluarga dia sendiri tak tahu sikap sebenar anak mereka. Biarlah aku sorang dipandang serong.

Aku cukup bersabar dengan tomahan semua tu. Dan masih teruskan hubungan macam biasa. Sebab aku yakin, mungkin ni ujian aku sekarang.

Akan datang mungkin aku lah orang paling bahagia sekali. Dan dorang akan nampak sisi aku yang lain. Siapa aku sebenarnya dan siapa aku sekarang.

Aku tau rata2 kata tinggalkan dia. Cari orang lain. But benda tu susah bila kau dah sayang. Dah bertahun kami pertahankan hubungan tak kan kami nak mengalah seolah2 nak bagi si hasad dan tomahan keluarga nya berjaya.

Now aku hanya mampu berdoa banyak2 supaya keluarga dia dapat terima aku semula. Aku pun nak rasa bahagia. Aku tak nak sebab aku, keluarga dia berpecah. Aku nak buktikan aku boleh jadi terbaik bila masuk dalam keluarga mereka dan mereka silap judge diri aku.

Guys dekat sini aku nak remind pada para2 lelaki or wanita yang pernah putus hubungan di tengah jalan. Please tutup mulut kau rapat2. Hapuskan semua hasad kau dekat ex kau.

Jangan kau pernah jaja apa segala benda aib dia, apa kau buat, kemana kau pergi, sebab dalam masa sama kau sendiri buka aib kau.

Mungkin pasangan kau sekarang boleh terima kau seadanya. Or mungkin dorang tak tahu kisah kau langsung. Takkan kau nak cakap buruk pasal diri kau. Kau lah yang sorang nak nampak mulia.

But how about your ex? Hidup dia boleh musnah sebab tak semua orang boleh terima kisah silam dia.

Baik lelaki baik perempuan. Tapi dari apa yang aku alami. Aku study dari kisah2 orang lain, selalu wanita yang di hina. Aku hampir down sebab semua ni. Aku jadi depress.

Doakan aku dan si dia dapat bersatu satu hari nanti. Mungkin akan datang lagi dasyat ujian nya. Semoga aku kuat dan tabah. Dipermudah semua urusan aku. Aku cuma mahu bahagia sama macam orang lain.

Maaf kalau penulisan aku tunggang terbalik. Aku tengah kerja masa ni. Cuma aku nak tanya lagi sekali. Kalau korang jumpa orang yang ada kisah silam yang tak berapa baik, macam mana penerimaan korang?

– Cheq (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Dari cerita ko aku dapat faham perasaan perempuan walaupun aku yg baca ni laki tpi awak punya cerita sangat la best walaupun iyakisah benar 💪🏻

  2. Sama jgk dgn sya ni,apa2 semua dia cerita kisah silam dia..pernah disentuh..ex hsbnd dia x jaga dia dgn baik..mcm2 lg..tetapi aku terima dia seadaya..syg sgt dkt dia..tpi bila aku ckp rindu n syg dia..lpstu dia ckp nak bersendirian..emm kdg2 kta ni mcm nk kongsi tpi ssh nk bersama dgn dia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *