Saya dah mengajar budak-budak tua sejak 2007. Sebelum tu di Kolej, habis MA, masuk mengajar IPT. Bidang apa ajar, kat mana mengajar, biarlah rahsia. Bukan apa tak mau malukan Universiti dan bukan niat nak malukan students. Tapi saya perlu luahkan perkara ni supaya saya rasa tenang dan boleh move on, haha.
Selama mengajar ni saya betul-betul tak tahu apa yang ada dalam kepala otak pelajar ni atau how their mind works.
Kadang-kadang hilang punca dan idea apa lagi nak buat atau usahakan supaya mereka ni faham, dan submit tugasan yang mencapai tahap dan kualiti selayaknya sebagai calon IPT. Entahlah, saja buat-buat tak faham ke atau memang betul-betul critical thinking skill mereka too low.
Saya kadang-kadang hilang punca, guna metod kasar/garang/tegas atau cuba berdiplomasi masih tidak berjaya. Itu yang saya katakan saya tak tau apa sebenarnya yang ada dalam fikiran mereka bila mereka masuk kelas atau bila mereka belajar atau bila mereka siapkan tugasan yang diberi.
Bila kita tanya ada soalan tak? Faham tak? Respon biasanya diam saja. Macam faham tapi hasil tugasan menunjukkan mereka tak faham langsung malah tak tau pun apa yang mereka buat sebenarnya. Kadang-kadang fikir salah aku ke tak bagi arahan dengan bagus? Salah aku ke cakap benda yang buat mereka tak faham tapi serius, ini yang buat saya hilang punca. What? What happened? What is wrong? Am I at fault here?
Kita beri arahan, bagi tugasan malah siap sediakan template lagi untuk mereka buat tugasan (academic formal writing of course). Kelakarkan untuk budak-budak tua peringkat IPT macam ni kita kena bagi template macam mana nak buat tugasan tu dari segi format. Kalau menulis tesis tu memang ada buku panduan, tapi ini template. Itu pun kesalahan ketara masih terusan berlaku.
The funny things is, selama saya mengajar ni, setiap kali hantar tugasan penulisan ni mereka ni tak tau apa itu justify, indent paragraph, double spacing, standard font yg digunakan atau saiz font patut guna untuk title, subtitle dan isi. Apa itu allcaps smallcaps, bold, underline, italic. format macam tu la… paling biasa, tak reti menulis dalam perenggan, kelakar kan? Takkan la dah sampai peringkat PENGAJIAN TINGGI masih tak tau guna komputer dan MSWord? Ya Allah, saya zaman belajar teknologi komputer ni baru berkembang. culture shock tau nak guna komputer, memang fobia. Tapi survive. Ingat lagi buat assignment guna typewriter. Salah, satu huruf je walau dh hampir ke barisan last, sanggup ronyok dan taip yang baru dengan determination takkan buat salah. Tapi bagi pelajar saya ni buat salah tu biasa dan bukannya apa-apa. It is nothing important.
Takkan lah saya kena ajar satu-satu benda remeh macam ni. Hal ni macam kanser tau, makin hari makin parah macam betul-betul begitu rendah ke minda kritis generasi muda sekarang ni bila masuk bab belajar secara kendiri? Tak ada nampak usaha, passion untuk buat yang terbaik, atau berlumba-lumba dengan rakan sebaya untuk hasilkan tugasan yang lebih baik. Mereka tak laparkan perhatian pensyarah dan mereka tak dahagakan ilmu. Segalanya asal boleh. Membaca jauh sekali (dan itu belum kira isu skil kopi pes. Bab ni sangat handal).
Kadang kesalahan ejaan, tatabahasa begitu jelas, tapi mereka ni berani submit tugasan macam ni. Tak semak kesalahan sebelum hantar. Perasan tak kadang-kadang dalam berita kita boleh jumpa spelling error. Saya tak taulah kalau hal ni relevan ke tidak tapi itulah yang saya nampak sedang berlaku dalam jiwa masyarakat muda ni. Saya betul-betul tak tau apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Kalaulah saya boleh capture dan share gambar-gambar, malang sekali saya fikir nanti boleh bocor rahsia so meluahkan sahajalah. Saya rasa setakat itu sajalah pengakuan saya. Sekian terima kasih.
– Madam Tazzabar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit