Pengajaran Besar Untuk Pak Lang Dan Maksu

Hai assalamualaikum semua, aku nak kongsi sebuah cerita real punya yang terjadi dalam keluarga Mama aku, entah bagi aku teruk dan aku sendiri tak sangka benda ni berlaku sampai macam tu sekali dekat hidup Maksu dan Pak Lang aku yang membuatkan masing-masing berubah.

Maksu aku ni baik sangat tau lagi lagi dengan kami anak anak saudara dia. Apa je nak kami dapat. Cuma Maksu ni rezeki dia kahwin lewat sikit sebab dia berkorban untuk jaga arwah Atuk sakit dulu. Sanggup dia berkorban sampai berhenti kerja di Shah Alam dan berpindah balik ke kampung. Dah stable tau hidup Maksu dan kira berkerjayalah bukan calang-calang company juga dia kerja tu.

Tapi apakan daya. Kehendak Takdir. Maksu memang Suka bergurau dan akulah anak saudara dia yang paling rapat. Jarak umur kami cuma 8 tahun. Maksu 32 tahun dan aku 24 tahun. Sebelum kejadian tu maksu aku memang seorang yang lemah lembut dan selalu beralah untuk adik beradik lain.

Dalam fasa aku mencari kerja tetap ni, aku tinggal sekejap dekat rumah nenek. Bukan nak busy body, aku tak ambik tahu pun sebenarnya tapi benda tu dah pun terjadi dan aku tetap akan tahu Sebab Maksu dan mama dah cerita semuanya dekat aku. Ada perkara perkara yang berlaku sendiri depan mata aku jugak. Itu yang membuatkan aku interesting lagi nak share dekat IIUMC Confession ni.

Okeylah, Mama aku ni anak yang sulung dan ada 4 orang adik beradik lain lagi, Mak Ngah, Pak Lang dan Maksu. Pak Lang ni sorang-sorangnya anak lelaki dalam rumah nenek tu.

Pak Lang aku ni bengis Tau orangnya, berbadan gempal dan berjambang pulak tu. Garang dia tak payah cakaplah. Kalau anak-anak sedara dia ni buat Salah habislah di maki hamunnya. Maksu lah tukang pujuk kami. Bawak jalan-jalan laa main taman. Tu Cerita masa kecik aku dulu. Haha.

Sambung balik Cerita ni ada satu tragedilah yang membuatkan semua orang dalam rumah tu berubah dan korang pun boleh jadikan iktibar dengan apa yang berlaku ni. Kisah ni terjadi 3 tahun yang lepas.

Aku Fiqa (bukan nama sebenar). Pak Lang aku ni dia kahwin lambat juga. Masa tu umur Pak Lang dah 33 tahun dan Mak Lalang aku pula masa tu umur dia 23 tahun, muda setahun pada aku sekarang ni la. Mana diorang jumpa aku tak tahulah. Boleh berkenan pulak kan.

Rupanya Mak Lalang aku dah tak nak sambung belajar lagi, pilih nak kahwin terus masa umur dia 19 tahun. Rezeki Pak Lang dapat isteri lebih muda. Masa tu Pak Lang aku dia berniaga carwash dekat bandar. Kira okeylah kan ada kerja tetap business sendiri nak menyara keluarga dia.

Aku perasan juga perangai Mak Lalang ni. (akak ipar maksu) la kan. Tapi dari segi rupa Paras maksu memang nampak lagi muda dari Mak Lalang sebab rupa Paras mak Lalang lepas kahwin nampak lagi matang. Okey sambung balik Bab perangai Mak Lalang. Dia macam “sesuatu sangat” ayat orang sekarang. Okeylah Fiqa cerita lebih details lagi.

Pak Lang ni, dia kene pindah masuk rumah nenek selepas pemergian arwah Atuk Tau, untuk jaga nenek tapi nya Mak Lalang tak nak ikut, dia kata nak hidup berdikari. Dan nak terus stay dekat bandar. Orang baru lepas berkahwin kan.

Dia cakap “maksu kan ada untuk jaga nenek”. Alasan dia. Walhal itu tanggungjawab utama anak lelaki yang kene galas sampai bila-bila. Betul tak? Akak akak lain dah bersuami dan ada hidup sendiri.

Herm Lepas Pak Lang discuss dengan maksu, maksu setuju je la sebab maksu memang dah fikir semua ni untuk terus menetap dengan nenek kan. So tak Jadi masalah pun pada maksu sebenarnya. Pak Lang cakap nanti bulanan dia akan hantar duit belanja dekat maksu.

Maksu tak hairan pun pasal duit sebab maksu pun kerja dengan kawan dia, Jadi kerani account dekat bengkel kereta. Abang kawan maksu tu bos dekat bengkel tu. Bab duit no hal laa pada maksu. So mereka tak jadilah untuk berpindah masa tu untuk jaga nenek. Dah jaga nenek, rezeki maksu makin mencurah-curah.

Tapi itulah tak lama pun pada tu Pak Lang dengan Mak Lalang menyewa dekat bandar tu, dalam 5 atau 6 bulan je lepas pemergian arwah Atuk. Dorang berpindah balik ke kampung semula disebabkan krisis kewangan. Tak silap Pak Lang business carwash tu tak ada sambutan.

Tak Tau lah juga detail pasal ni. Cuma fiqa tahu bayaran duit rumah sewa dah tertunggak berapa bulan dan Pak Lang tak dapat nak langsaikan. Pak Lang ada jer mintak duit pinjam dekat Mama, Mak ngah dan Maksu. Cuma Maksu jela yang boleh bagi apa adanya. Sebab Mama dengan Mak ngah cuma Suri rumah saja.

Bila Pak Lang dengan Mak Lalang dah berpindah ke rumah nenek. Selalu ada je masalah lain. Mak Lalang Bab kerja rumah memang fail laaaa. Tapi Pak Lang tetap nak menangkan isteri dia walaupun dah tahu perangai isteri dia macam tu. Kerja rumah nenek yang settle kan walaupun nenek pun berkerja juga. Nenek berniaga dekat pasar besar macam sayur kangkung pucuk paku nenek cari dekat kebun atau ladang.

Nak harapkan maksu, dia bekerja melainkan hari cuti jela boleh tolong buatkan. Mak lalang ni herm duduk dalam bilik 24 jam tak tahu buat apa. Keluar masa makan dengan mandi je. Tengahhari pun tak masak. Keluar bilik terus buka sajian atas meja apa yang ada. Nenek juga yang kene masak semua tu.

Mama dengan Mak ngah ada lah juga tegur Pak Lang pasal sikap Mak Lalang tapi apa yang jadi sebaliknya dorang pulak kene marah. Sampai balik rumah nenek pun sekejap jer dah tak tidur rumah nenek dek kerana terasa hati. Nenek masa tu ikutkan jela kata-kata anak lelaki dia tu.

Pada Fiqa apa salahnya kalau sebagai akak nak menegur satu satu adik lelakinya untuk bagi yang terbaik. Malah terpalik dekat muka sendiri semula. Cuma Fiqa perasan yang Pak Lang dia memang baik sangat -sangat dengan mak su. Sebab maksu banyak bagi pinjam duit dekat Pak Lang.

Pak Lang ni duduk kampung dia dah tak de kerja tetap. Cuma pergi kebun dan menjala ikan dekat sungai itu jela dia boleh buat Tapi yang Fiqa perasan dia suka bermewah siap pakai kereta maksu ikut suka dia bawak Mak Lalang pergi jalan jalan.

Pak Lang ada juga bodek maksu Tau untuk kongsi bayar bulan-bulan nak beli kereta baru model bezza. yang maksu ni pergi kerja pakai Honda ex5 arwah Atuk je. Mentang-mentanglah dia seorang je anak lelaki dalam rumah tu. Nak demand lebih. Part tu maksu tolak dia jujur cakap dekat Pak Lang yang dia tak mampu. Kecewa jugaklah reaksi muka Pak Lang tu.

Lepastu dapat tahu yang Mak Lalang mengandung. Maksu Layan baik punya. Semua kelengkapan baby dia beli semua. Semua yang baru. Apa je yang Mak Lalang order mesti dapat dari maksu. Cakap je dapat. Maksu memang pemurah dan tak berkira langsung. Kita orang ni cuma mampu tengok jela. Bagitahu pun maksu ni jenis fikir positive. “Malas nak beriya nanti jadi gaduh pula” katanya.

Masalahnya maksu pun berlembut sangat ikut jer ape yang diorang nak. Baik sangat dengan diorang tu sampai kene pijak dan dia orang ambik kesempatan pun tak sedar. Mahal jugak kot barang-barang baby tu. Hermmmm entahlah kadang-kadang geram juga, berbuat baik pun berpada-pada lah Kan?.. okey kita sambung pasal relay maksu.

Maksu ni dia ada orang minat dekat dia lama dah pun cuma lelaki tu muda 2 tahun dari maksu. Bolehlah nak katakan baik cuma kat depan je la. Maksu ni tak nak pun mula-mula tu tapi lelaki yang beriya sangat. Aku namakan dia Sam (bukan nama betul yea).

Sam ni selalu datang kacau dekat tempat kerja maksu la sebab dia memang crush gila dekat Maksu. Siap Hantar bunga hantar makanan sampai jadi buah mulut orang, budak budak bengkel dan sampai Boss maksu tu sendiri marah cakap dekat budak tu jangan ganggu maksu kerja lagi.

Maksu ni dengan sikap dia ramai je yang suka, tapi maksu ni jenis fikir keluarga yang dia selalu utamakan. Siapa je tak suka sikap rajin maksu ni. Sampai Boss maksu pun ada hard feeling tau dekat maksu. Tapi maksu tak layan ataupun maksu ni tak tahu pun.

Sebenarnya maksu ni ada jugaklah kisah silam pasal cinta dia dulu-dulu sebab tu dia susah nak terima lelaki lain dalam hidup dia. Maksu ni setia orangnya cuma cinta yang dulunya tu tak kesampaian. Trauma ke ape tak tahulah. Okey kita sambung lagi pasal relay terbaru yang bakal mengubah hidup Maksu.

Sam ni kira macam senang laaa tapi dengan hasil usaha mak bapak dia, bukan usaha dia sendiri. Mewah pakai vios yang dah modified punya. Tapi dia bersungguh betul nak ke maksu aku. Siap datang rumah nenek nak meminang lagi.

Mujurlah masa tu Maksu aku tak de dekat rumah. Dia kerja. Dah la datang mengejut tau. Tapi apa Pak Lang aku buat, memandai mandai je, dia boleh pulak terima dan mintak lelaki datang meminang next week. Dia cakap dia boleh pujuk maksu tu senang jer nak settle. Cuma bagi masa je. Hantaran pun Pak lang aku yang tetapkan.

Maksu aku betul-betul tak tahu apa-apa. Main sedap je dia cakap macam tu. Maksu suka ke tak dia tak fikir langsung. Si Sam tu dah lah tak ada kerja. Duk melepak tak tentu arwah bergaul dengan budak-budak kampung. Memang sakit hati bila aku dapat tahu perkara tu.

Sebenarnya akulah yang Whatsapp maksu aku bagitahu segala hal secara dalam diam diam. Lepas maksu tahu, maksu terus tak balik rumah. Maksu memang tak suka budak lelaki tu. Duk Paksa-paksa kan dah kenapa entah dengan Pak Lang ni .

Tapi tula duk pujuk punya pujuk maksu tu, Maksu ni memanglah kalau guna nama “Mak” dia Jadi lemah. Nampak je maksu ni macam tegas garang keras hati tapi tu lah. Hati dia lembut juga akhirnya.

Pak Lang cakap lah hal yang sebenar apa yang jadi, dia cakap “kau tu dah berumur 30 dah, dah ada orang nak tu terima je la Jangan nak memilih sangat. Cakap je berapa hantaran yang kau nak ?. Budak Sam tu boleh bagi”. Masalahnya ni bukan pasal duit. Pasal Hati dan perasaan. Kata hati aku lah Tapi tak berani nak cakap depan Pak Lang. Tak pasal pasal kene pelempang free nanti.

Tambah lagi, Pak Lang guna nama arwah atuk. Lagilah buat maksu sedih masa berbincang tu sebab maksu memang rapat sangat dengan arwah atuk. Pak Lang guna kelemahan maksu dekat situ. Siap ugut lagi tu buat kami semua terkejut.

Pak Lang cakap, “kau kalau tak kahwin dengan Sam tu, aku takkan Jadi Wali kau kalau kau nak kahwin dengan orang lain “. Tergamam Aku dengan kata-kata Pak Lang. Aku ni cuma mampu mendengar jela tak boleh bersuara walaupun sakit gila hati aku.

Papa Mama, Mak ngah dengan Pak ngah pun tak sangka apa yang Pak Lang cakap dan buat masa tu memang melampau macam tak respect langsung dekat maksu. Ingat dia lelaki dia seorang jela yang boleh buat keputusan?!. Dia bercakap tu seolah olah dia kenal sangat si Sam tu macam mana.

Lama Tau Maksu fikir dan berdiam je tak mampu melawan. Tapi keputusan maksu aku ni pun mengejutkan kami semua juga. Dia cakap “okey”. Cuma dia minta tunda datang 2 minggu lagi untuk rombongan tu datang. Sebab dia tak dapat nak proceed cuti kerja.

Dulu terkenal dengan kata-kata cinta selepas nikah. Itulah yang Pak Lang aku mudah-mudah je dia nak terima si Sam tu. Ingat cinta tu boleh pupuk macam uli uli tepung, ayak ayak jagung tiba tiba Jadi bahulu?!. Sajalah buat bidalan sendiri.

Aku pun giling kepala dengan apa yang jadi. Aku tahu yang maksu perlukan masa sebenarnya untuk fikir. Tapi keadaan tu memang memaksa sangat. Nenek memang la suka kononnya nak dapat menantu baru lagi. Hermmm.

Sebenarnya lepas pada tu maksu ada je tanya Mama untuk minta pendapat, maksu cerita macam mana perangai Si Sam tu yang dia memang dah lama suka kacau maksu dekat tempat kerja apa semua lah maksu cerita. Dan dalam pada masa yang sama sebelum majlis tu berlangsung maksu ada juga jumpa Si Sam tu untuk Bertanya pasal hasrat dia tentang diri maksu.

Maksu aku ni kenal si Sam ni dari cerita orang sekeliling jugak. Dia mintak untuk Sam tu cari kerja tetap untuk menanggung diri dia dan masa depan.

Perempuan mana yang tak takutkan bakal suami dia tak de pekerjaan tetap. Ikutlahhhh kerja ladang sekali pun. Asalkan dia bekerja. Sampai bila jugakkan nak mengharapkan belas ihsan mak bapak dia tanggung hidup dia kan. Lepastu Si Sam tu terus berjanji akan berubah nampaklah beriya sangat tu nak dekat Maksu.

Maksu aku pun bijak juga. Mintak untuk ikat Tali pertunangan Selama 2 tahun. Katanya proses ta’aruf. Sebenarnya dia nak menguji juga lelaki tu dan dalam pada masa yang sama nak kenal lebih dalam siapa sebenarnya diri si Sam ni. Siapalah aku ni nak judge orang sesuka hati dan nak halang apa yang dah jadi ni kan?.

So dorang bertunang lah pada tarikh yang ditetapkan. Maksu pernah cakap lah. Bukan tentang masa dan usia yang perlu kita takutkan, tapi tentang bagaimana perjalanan kita untuk menetapkannya. Takdir tetap takdir. Tapi ia boleh berubah dengan DOA In Shaa Allah. Cepat ke lambat perjalanan tu yang membuatkan kita lebih sedar dan belajar.

So kene Jadi part 2 ke macam mana ni? Macam dah panjang sangat. Tapi tula tak habis lagi cerita nya. Sambung jela kan aku pun tengah free tak buat apa-apa ni. Huhu makin syok dengan apa yang jadi walaupun sakit hati aku tak habis lagi. Mujurlah maksu aku ni bijak bagi idea dan si Sam tu boleh ikut untuk bertunang 2 tahun.

Dalam perkenalan dan pertunangan Maksu aku dengan si Sam ni perkara tu nampak smooth je macam tak de masalah. Maksu pun tetap busy dengan kerja dia. Si Sam tu dah mula cari kerja. Dia dapat kerja jadi driver Lori kontena.

Oh lupa nak cakap ada lagi satu perjanjian yang Maksu buat dengan Sam segala duit hantaran tu semua kena dari usaha Sam sendiri. Tak perlulah guna duit mak ayah diakan. 2 tahun tu kira cukup untuk kumpul kalau betul betul Sam nak kahwin dengan maksu. Sam pun ikut je la.

Kita berbalik semula pada cerita Mak Lalang. Mak Lalang pun dah bersalin jadinya dekat rumah nenek dah Ade orang baru. Tapi tula perangai mak Lalang dah ada anak pun tetap tak berubah. Cuma nampaklah Pak Lang dah makin caring semenjak ada anak.

Soal anak pun dia yang uruskan. Mandi menyusu makan pakai semua Pak Lang uruskan. Nampaklah makin bertanggungjawab. Pak Lang dah makin kuat kerja nak menyara hidup keluarga dia. Pagi bantu nenek meniaga dekat pasar. Petang Jala ikan atau cari tanaman yang boleh dijual dekat kebun.

Mak Lalang jela tak berubah sama je sebelum dan selepas. Hal hal rumah ni memang dia tak ambik tahu langsung. Pak Lang tu bertahan jela sebab sayang kan. Tapi sampai bila?. Haaa kene baca cerita ni sampai habis. Mak Lalang ni baby menangis nak menyusu pun dia boleh biar je macam tu. Jiran jiran nenek bercakap lah juga bagitahu nenek.

Dari sini nenek baru mula sedar yang sikap menantu perempuan dia tu dah melampau. Nenek balik ke dari niaga dengar baby aku namakan Ayish lah menangis tak berhenti-henti nak susu la kot. Baby kan. Tak lapar perut kembung. Tapi dia boleh biar jer anaknya menangis macam tu.

Ingatkan orang muda ni bila orang tua cakap nak lah dengar dan belajar. Makin teruk. Dah kene tegur tu, dia tutup dengan menghempas pintu bilik kuat-kuat. Nenek Dah lah balik nak kene masak lagi, jaga Ayish lagi. Stress nenek aku dengan sikap menantu dia tu yang kurang ajar.

Sekarang baru sedar kalau tidak dia back up je menantu dia tu. Tak masak tak pe la. Itu tak pela ini tak pela. Maksu pukul 6 baru habis kerja. 6.30 belum tentu lagi sampai rumah. Kalau sampai awal maksu lah yang kene masak.

Malam malam, maksu ambik alih jaga Ayish. Dah menangis bising macam tu siapa jer tak kesian. Kadang-kadang Ayish terjaga tengah malam, maksu lah ambik dukung apa semua bergilir-gilir jaga dengan Pak Lang dan nenek. Mengharapkan menantu tu hermmm. Aku pun geram.

Ayish tu dah boleh berjalan tapi tetap kurang dapat kasih sayang seorang Ibu walaupun Ibu dia ada depan mata. Boleh je jaga dia. Tak pandai belajar la kan. Geli kononnya dengan tahi anak sendiri. Pemalas cakap jela pemalas senang cerita. Eksyen jer nak bergaya lebih. Pakaian baju raya tu pun maksu yang belikan. Tak sedar diri.

Haaaa ni lagi satu perbuatan pelik. Si Sam ni selalu je datang rumah waktu semua orang tak de. Nenek dengan Pak Lang pergi niaga. maksu kalau siang kerja kecuali ahad jer maksu cuti. Kalau nak jumpa maksu sekali pun kan. Takkan dia datang masa maksu tak de dekat rumah. Inilah sebenarnya tragedi yang ubah keluarga ni.

Mak Lalang kantoi dengan si Sam berdua duaan dalam bilik. Sebab Pak Lang habis niaga awal masa tu dan nak hantar nenek kat rumah. Dia tengok kereta si Sam ni ada dekat luar. Masa tu dia dah mula pelik sangat kenapa Ayish ni menangis macam tak de orang peduli pun. Rupanya itulah yang terjadi. Isteri kesayangan Pak Lang telah curang dan berbuat sesuatu di luar pemikiran kita semua.

Maksu yang tak tahu apa-apa kena paksa balik rumah segera tengok apa yang jadi. Pak lang call semua adik beradik yang lain juga tengok apa yang jadi. Haaaa baru puas hati sebab sebelum ni bila orang luar cakap Pak lang tak nak percaya. Ada jer jiran jiran berbunyi. Jiran yang kene marah balik. Nenek bercerita pun dia tak percaya. Biar dia tengok dengan mata kepala dia . Allah nak tunjukkan. Puas hati aku.

Sebenarnya aku dah tahu lama. Tapi aku taknak beriya. Bila aku cerita dekat maksu maksu cuma nak fikir positive je, cakap si Sam tu cuma nak tengok Ayish je. Dia takut juga. Takut Pak Lang ingatkan dia buat cerita semata-mata tak nak berkahwin dengan si Sam tu. Tu satu Helah maksu. Ini bila dah berlaku depan mata barulah Pak Lang sedar yang dia dah buat kesilapan yang besar sangat.

Akhirnya Pak Lang dengan Mak Lalang bercerai. Maksu pun ambik keputusan putus tunang dengan si Sam. Sekarang si boss maksu ada peluang nak dekatkan diri dengan maksu. Yang tu tak tahulah apa Jadi nanti.

Sebenarnya si Sam tak berkerja pun. Lori kontena tu dia pinjam je dari kawan dia sekadar nak meyakinkan diri maksu untuk berkahwin dengan dia. Kadang-kadang Dia ambik gambar Lori lepastu hantar dekat maksu konon kononnya dia tengah berkerja. Walhal Jadi kelindan jer itu pun sementara..

Ayish sekarang bawah jagaan Pak Lang sepenuhnya. Tak tahulah mak Lalang tu kahwin tak dengan si Sam tu. Pak Lang pun dah berubah demi diri Ayish. Mana-mana pergi pun dia bawak Ayish. Tak tinggalkan dekat rumah sendirian lagi. Pak Lang pun dah banyak berubah dah jadi yang lebih baik dan bertanggungjawab dari dulu.

Itulah cerita aku dari Fiqa. Pengalaman yang mendewasakan..

– Fiqa (Bukan Nama Sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *