Assalamualaikum. Akak ni nak ajar korang cara cara utk tinggal a.k.a menumpang di rumah orang samada adik beradik sedara mara selain dari mak ayah kita.
Akak menerima adik ipar perempuan tinggal di rumah selepas dia habis SPM. Kata mak mertua dia tak mau belajar lagi dah jadi disuruhnya bekerja dgn suami akak. Suami akak ni belajar tak der la tinggi tapi Alhamdulillah Allah bg dia rezeki dalam bidang peruncitan. Mungkin mula mula mak ayah mertua ni tak pernah terfikir suami akak ni boleh ada rezeki dalam bidang ni. Lepas kawin dan lepas dapat anak pertama, dia dapat semuanya.
Semenjak tu mak ayah mertua baru la rasa anak dia ni ada masa depan dan terus suruh adiknya tinggal dengan kami. Adik ni sangat di manjai oleh mak ayah dia sehingga satu apa pun tak pernah buat. Jadi mungkin diorang fikir bila duduk dengan kami (akak ni surirumah ye) cerah la masa depannya macam si abang ni walaupun setakat SPM.
Maka bermula episod kehidupan dia bersama kami. Omakkk aii… memang di ingat dia duduk dengan mak ayah dia agaknya.. satu apa pun tak tau nak buat. Bangun pagi.. duduk2.. ambil pinggan sarapan dan duduk lagi.. makan tengahari… duduk lagi.. makan petang.. pastu makan malam…
Hahaaa.. mesti korang kata kenapa akak tak suruh dia buat kerja… dia pun tak pernah masuk dapur.. jenguk akak ni haa… buat kerja rumah ni tak payah tuan rumah suruh kalau dah tau diri tu menumpang. Penyapu.. mop dll semuanya ada.. ambil la buat aja.. lagipun dapur akak ni kecik je.. kalau dia masuk.. dan tolong.. mau bergesel punggung.
Sebenarnya banyak kerja dia boleh buat kalau dia nak buat. Jadi perkara pertama akak nak bgtau.. kalau menumpang rumah orang jangan rasa diri tu tetamu pulak dah.. sentiasa nak tuan rumah bagi keistimewaan pada kita. Dan pada mertua2 pesan2 la pada anak kita tu suruh la dia buat apa yang patut jangan la sampai tuan rumah rasa meluat.
Semakin hari semakin tertekan hidup bila kami suami istero dah tak boleh nak bersembang lebih2 rasa diperhatikan. Yelah.. mmg betul apa yang kami fikirkan.. dia balik kampung cerita pada mak ayah dia… adoiiii…. stresss stress.. tiba tiba pak mertua tanya kami rumah yang kami baru tengok berhajat nak beli.. dah sah2 la dia bawa mulut. Abis tu kami kena sembang dalam bilik tidur la kalau gitu…. Satu hal lagi suami tak boleh la nak citer2 pasal kerja n pekerja dia kat rumah sbb nanti adik dia pergi cerita balik pada staff2 dia..
5 tahun oii.. kami duduk dalam keadaan mcm tu.. stress tak usah cerita la.. badan kami kurus kering.. selalu jatuh sakit.. sabar aja la… Akak bersyukur juga suami faham dengan keadaan akak bila diberinya pembantu rumah selepas kami berpindah rumah yang lebih besar dan bertambahnya bilangan anak. Tapi akhirnya pembantu rumah n adik ipar semakin bertambah berat badan, kami berdua kurus kering.
Semakin lama semakin bertambah bilangan ahli rumah.. sorang lagi adik ipar datang kerja dengan abang dia… Maka bila Jumaat malam je disuruh la abang dia ni hantar ke bustation untuk dia balik kampung. Yang heranya kenapa yang sorang lagi ni tak mau balik… Kesian suami akak.. balik kerja penat2 pastu kena berjaga sampai lewat sbb nak htr adik dia ke bustation untuk naik bas lewat malam.
Nak jadikan cerita mertua pun sama datang tinggal sama lebih sebulan bila pak mertua tak sihat. Jadi setiap kali nak ke hospital akak akan temankan mertua. Ye la.. bila ditanya apa doktor cakap.. dua2 cakap.. ntahla… jadi akak la masuk sama dlm bilik doktor bila2 ada appointmebt doktor. Maka bermula la episod melayan mertua.. takpelah.. itu kira tanggungjawab…
Tapi.. ada masa akak ni nak juga jumpa mak ayah akak.. jadi cabaran jugak la nak meninggalkan mereka mereka ni dirumah. Maka bermula la episod masam muka pakmertua.. Bersabar la banyak2..
Suami akak.. dia buat tak tak tau je.. pandai2 la akak handle semuanya. Maka apabila bertambah rasa sesak didada ni..Allah datangkan hidayah buat akak.. setiap malam akak solat hajat minta Allah bantu kami.. Tahajud.. dik oi.. tiap2 malam.. baca surah Yaasin.. hari2. minta tolong dari Allah ye..
Pabila 1 hari pakmertua akak jatuh sakit yang lebih teruk, maka adik ipar terpaksa balik ke kampung untuk bantu mak dia menguruskan ayahnya. Dengan rela hati dia balik kampung dengan beg besar..
Satu hal tentang mertua ni dia amat manjakan anak bongsu dia ni.. hinggakan hari ini adik ni dah berkahwin dan masih tggal dengan mertua.. tak perlu buat apa2 kerja rumah, tak tau masak.. sidai kain pun mak dia buat.. sbb dia nak kena jaga anak dia… belanja dalam rumah tak usah kata la.. pagi2 letak je duit atas meja.. suamj si adik ni akan pegi beli. Senang nye hidup.. kami ni duduk sendiri semua bergantung pada diri sendiri.
Akak nak pesan kat korang.. bukan semua benda yang mak ayah kita buat pada kita tu betul.. sebenarnya kita perbetulkan balik supaya ianya tak mendatangkan mudarat pada kita di masa hadapan. Korang bayangkan kalau mertua tu takde.. apa akan jadi pada adik tu nanti.. sikit2 kami boleh bantu.. tapi takkan lauk nasi pun kami nak kena supply kut.
Jadi ingatlah.. dalam hidup ni.. biarlah bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian. Alhamdulillah hidup kami lebih aman.. dan hingga sekarang akak masih bertahajud. Hidup kami mgkin tidak kaya mcm org lain tapi kami tetap bersyukur bila Allah bg kami anak2 yg soleh.. berpengetahuan agama lebih dari kami dan dpt menghafal Al Quran lebih jauh baik dari kami..
Dalam hidup jgn suka mengata orang.. sentiasa lihat kekurangan diri berbanding org lain terutama dalam hal Akhirat. Rezeki ini bukan la duit dan kekayaan semata2 tapi sebenarnya ketenangan hidup tu yang diperlukan. Carilah sebanyak ilmu.. jadikan anak2 sebagai aset pelaburan kita dia dunia dan akhirat. Akhir kata, akak doakan kita semua dalam lindungan Allah dan dimurahkan rezeki..
– Ummu Amr
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit