Assalamualaikum. Aku ucapkan terima kasih admin sebab sudi siarkan luahan aku ni.
Tiba-tiba terdetik dalam hati aku nak kongsikan pengalaman hidup aku dengan korang semua. Aku ni bukanlah baik mana pun. Suka update status kat media sosial kata-kata nasihat, bab agama dan sebagainya. Niat aku untuk ingatkan diri aku sendiri sambil ajak orang lain sama la kan. Satu hari kawan baik aku cerita kat aku ada orang lain mengata aku sebab selalu update status kat media sosial. Tapi aku buat tak kisah je lah walaupun dalam hati terguris jugak sikit belakang kita orang mengata kita. Hahaha. Takpe la orang salurkan pahala kat kita kan.
Kalau korang tengok kat fb, twitter, instagram kan banyak page yang bagi nasihat tapi guna ayat yang sentap, sarkastik. Aku mula terpengaruh ikut jugak share benda-benda macam tu. Lama-lama orang pun menyampah la dengan aku. Huhu. Lepas tu aku diuji. Aku nak bertunang pun ada masalah datang. Arwah ayah aku sakit. Lepas tu aku nak nikah pun ada masalah datang lagi. Arwah ayah aku sakit lagi sekali. Dalam masa arwah ayah aku memang ada penyakit tu dapat tau dari ustaz yang ubat arwah ayah aku tu, ayah aku ada terkena buatan orang. Orang dengki dengan arwah ayah aku. Ustaz tu la yang bagitau. Tapi siapa yang hantar tu dirahsiakan dari kami. Sebabnya nak elakkan dari berdendam. Akhirnya arwah ayah aku meninggal dunia. Lepas tu bernikahlah aku tanpa arwah ayah di sisi.
Start daripada apa yang dah berlaku tu aku mula muhasabah balik diri aku. Ye memang ajal maut tu dah memang Allah tetapkan. Dah sampai masanya arwah ayah aku pergi. Pasal orang hantar kat arwah ayah aku tu aku tak nak komen. Biarlah itu urusan dia dengan Allah. Aku cuma doakan arwah ayah aku tenang kat sana, diampunkan segala dosa, ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Bagi aku arwah ayah aku pergi dulu sebab memang dah sampai masa ajal arwah ayah aku. Tapi dalam masa yang sama aku mula terfikir. Selama ni mungkin aku ralit update status macam-macam, mungkin aku tak sedar aku dah buat orang terluka hati. Niat aku nak ingatkan diri aku, sambil ajak orang lain jadi baik tapi mungkin bila aku share ayat-ayat dari page yang sentap, sarkastik semua tu buat orang lain marah, tersinggung dengan aku. Lepas tu aku pun berhenti dari update status, share macam-macam lagi. Jarang dah aku main benda-benda tu. Kalau bukak pun aku baca je apa yang keluar kat newsfeed, tak berani dah nak update sangat.
Lepas tu aku pun mintak maaf la kat semua orang. Aku takut kalau aku meninggal dunia orang tak ampunkan dosa aku. Ustaz cakap kalau dosa kita dengan Allah boleh bertaubat mintak ampun. Tapi kalau dosa kita sesama manusia, selagi kita tak mintak maaf kita tanggunglah dosa tu. Tapi bila aku dah cuba berubah, dah cuba nak perbaiki kesalahan aku bukan semua orang mampu terima aku balik. Biasa la contoh macam banduan bila keluar penjara. Walaupun dia dah berubah tetap ada segelintir orang yang akan menilai dia buruk jugak. Tapi aku bersyukur masih ada yang menerima aku, masih sudi bersama aku lagi. Terima kasih banyak-banyak.
Korang ambiklah pengajaran dari pengalaman hidup aku. Yang mana buruk tu tak payah lah ikut. Jaga percakapan kita walaupun kat media sosial. Lebih baik diam dari terlampau banyak berkata-kata. Tapi tengok keadaan lah. Kalau percakapan kita tu benda-benda yang baik, korang cakap lah. Tak payah lah diam. Tapi kalau percakapan kita tu boleh buat orang tersinggung lebih baik kita diam. Bukan senang tau nak jaga lidah kita. Kan ada pepatah kerana mulut badan binasa. Hehe. Sekian.
– Insan berdosa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit