Assalamualaikum readers :)
Before aku start confession aku ni, ingin aku selitkan sedikit intro pasal aku. Aku seorang perempuan bujang yang berhijrah ke KL demi menyara hidup. Rumah sewa area pantai dalam bersama 3 orang penghuni rumah yang lain.
Dalam bulan ni, pertama kali aku menghabiskan hujung minggu aku kat rumah sewa ni. Selalunya aku akan balik kampung. So, apa yg aku buat untuk mengisi hari minggu aku adalah dengan mengemas rumah. Minggu ni, cuma tinggal aku dengan sorang lagi housemate. Housemate ni stay sorang dalam master room. Start lepas subuh, aku settlekan bilik aku dulu. Basuh cadar, selimut, karpet dan kipas. Oh ye! Aku share bilik dengan sorang kakak ni. Kakak ni selalu balik kampung tiap-tiap minggu so aku bersendirian la dalam bilik ni. Aku suka dengan kakak ni sebab dia seorang yg pengemas. Barang dia takde la sepah sana sini so amat senang untuk aku kemas bilik.
Lebih kurang dalam pukul 9 lebih, aku tetiba ingin keluar so aku pon pergi la ke masjid jamek. Dapat shawl sehelai pon dah cukup. Saje nak jalan-jalan. Aku balik lebih kurang dalam 11 lebih dan sampai rumah dalam pukul 12. Aku dah plan nak cuci toilet dulu sebelum zohor. Dah lunch and zohor aku start kemas ruang tamu pula. Aku mulakan dengan vacuum lantai sebab dah terlalu banyak habuk kat bawah kerusi, rak tv dan ampaian. Ketua rumah sewa aku ni suka basuh shawl, stokin pakai tangan so bawah ampaian tu penuh laa dengan kain untuk jadikan alas air menitik.
Memandangkan kami jarang menyapu area situ, gigih jugak laa aku nak vacuum segala habuk. Then aku sambung vacuum kat hadapan bilik-bilik. Dah siap vacuum, aku sambung basuh alas kaki toilet pulak. Perhhh kotor gila. Lepas tu aku mop lantai pulak. Lantai kat rumah ni dah berabad tak mop. Takde sape pon cakna. Stres jugak kadang tapi nak buat macam mana kan. Beriya la sental untuk bagi hilang segala kotoran.
Agak penat la buat kerja rumah sorang-sorang. Nak harap housemate tu memang tak la. Buang sampah pon malas. Nak tolong kemas rumah apatah lagi. Dan-dan laa aku teringat mak aku seorang housewife yg terkial-kial buat kerja rumah sendirian dengan nak masak lagi. Timbul rasa menyesal sebab liat nak tolong mak dedulu. Ya Allah serius penat weh sampai sakit badan. Mak pernah cakap nanti dah kahwin baru tau seksa nak mengemas rumah ni.
Tak payah tunggu kahwin mak, sekarang pon dah rasa seksa kemas rumah sorang-sorang. Selama aku menyewa sini, aku la yg banyak kemas rumah ni. Susun pinggan mangkuk, lap dapur dan vacuum (depan bilik, ruang tamu & dapur). Kadang balik je dari kerja terus ambik penyapu untuk sapu dapur. Dapur tu penuh dengan rambut. Aku tak tau la aku terlebih rajin atau mereka ni terlalu pemalas. Diorang tak cakna pon kebersihan rumah ni. Setakat kemas bilik + cuci toilet je.
Rasa kesian sangat kat mak. Tu belom lagi mak-mak yg bekerja. Alahai apa yg terjadi kat aku ni merupakan hikmah dan pengajaran yg besar dalam hidup aku. Aku yg buat kerja sikit ni pon dah rasa sakit. Mak pulak macam mana kan? Allahuakbar!! Mak pernah mengadu letih kemas sorang-sorang dah macam orang gaji. Tapi apakan daya, aku terlalu ikutkan perasaan remaja aku kala itu. Pengorbanan seorang mak memang tak terkata.
Hargailah mak kita sementara masih ada. And sebagai manusia yg dah dewasa plus berkongsi rumah yg sama, apa salahnya kemas rumah bersama. Jalankan tanggungjawab masing-masing. Kan best dapat share pahala antara satu sama lain.
– Syer
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit