Nama aku Genesis. Aku ingin berkongsi tentang pengajaran yang aku dapat daripada ayahku.
Ayahku ini dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan.
Namun, disebabkan atas kelebihannya dalam bidang akademik, ayahku dapat melanjutkan pelajaran ke negara England dan seterusnya mendapat pekerjaan di syarikat-syarikat minyak terkenal.
Oleh sebab ini, kehidupan keluarga kami pada masa itu agak mewah.
Saya pada ketika itu masih kecil. Tidak pasti apa yang berlaku, ayahku memilih untuk meninggalkan syarikat itu. Dengar kata daripada ibuku, ayahku ada perselisihan faham dengan colleaguesnya.
Kemudian, ayahku memilih untuk bekerja di sebuah syarikat pembalakkan yang akhirnya bangkrap disebabkan kalah kes mahkamah. Akhirnya, ayahku membuka sebuah firma guaman sendiri.
Sepanjang aku bekerja di syarikat pembalakan, aku pernah beberapa kali mendengar desas desus bahawa ayahku mempunyai perempuan simpanan.
Sekiranya benar, saya tidak terkejut kerana gaji ayahku pada ketika itu agak lumayan.
Walaupun gaji lumayan, kami sering dibelikan barangan yang murah dan adakalanya barangan tersebut tidak berkualiti.
Pernah sekali ayahku membelikan abang aku sehelai seluar, seluar itu terkoyak ketika abang aku menyepak bola.
Semenjak ayahku membuka firma guamannya sendiri, pendapatannya tidak tetap, adakalanya ada, adakalanya tiada.
Semenjak daripada itu, kehidupan kami sekeluarga berubah. Ibuku ada menyuarakan permintaan untuk bekerja namun dibantah oleh ayahku dengan alasan tiada yang menjaga kami dan tidak membenarkan ibuku memandu keretanya.
Ibu aku pernah meminta agar ayahku menukarkan nama kenderaan itu atas nama ibuku tetapi ayahku tidak mengizinkan.
Mungkin benar kata orang, kalau kita kedekut dengan isteri, rezeki kita akan sempit. Itulah terjadi sehingga kini. Keadaan keluarga kami daripada ada rumah sendiri kini terpaksa menyewa.
Pada tahun 2005, ibu dan ayahku berpisah tetapi kembali semula dengan alasannya “sakit” tetapi sebenarnya ayahku ingin menjual rumah yang kami diami pada ketika itu.
Ayahku terpaksa menjual rumah atas faktor kewangan dan melangsaikan hutangnya. Ketika ayahku menerima wang epf pada 2008, ayahku tidak pernah memberikan ibuku wang daripada epfnya walau satu sen pun.
Kini, ayahku tiada harta. Sering kali aku berkata kepada ayahku untuk fokus dengan business lain tapi ayah enggan.
Sepanjang aku membesar, ayahku lebih suka menyendiri. Tengok tv sendiri. Makan sendiri. Ayah hanya akan melayan anaknya bila dia mahu sahaja.
Sikap ayahku bukan sahaja suka menyendiri tetapi pemarah dan bukan penyabar. Ayahku sering marah ketika kami makan di luar. Kami selalu malu dengan sikap ayahku.
Pernah sekali, dia bawa kami adik beradik makan di sebuah restoran yang konsepnya seperti Seoul Garden. Pada ketika itu, ayahku menengking pekerja di situ kerana pekerja di situ menegurnya untuk membayar sekiranya ingin makan.
Ayahku juga suka mengular untuk berbincang tentang hal politik dan dia sering minum di kedai kopi secara percuma. Sikapnya ini menyebabkan ayahku dijauhi beberapa kenalannya.
Aku menjadi saksi melihat kenalannya cuba menjauhkan diri daripadanya. Oleh itu, kami lebih rapat dengan ibu sehingga kini kerana sikap ibuku amatlah bertentangan dengan ayahku.
Beberapa pengajaran yang aku pelajari:
1. Jangan kedekut dengan pasangan/keluarga kerana rezeki yang Tuhan berikan kepada kita adalah untuk kita kongsikan bersama mereka. Jika Tuhan telah tarik rezeki kita, selama-lamanya kita akan hidup serba kekurangan.
2. Jangan layan pasangan kita teruk. Walaupun ayahku tidak pernah memukul ibuku secara fizikal tetapi ayahku menyeksa ibuku dari segi emosi dan mental.
Ayahku jarang memberikan ibuku wang saku bulanan walaupun dia tahu ibuku tiada sumber kewangan. Sejak kami adik beradik mempunyai kewangan sendiri, kamilah yang memberikan ibu kami wang belanja.
3. Rapatkan hubungan kekeluargaan sejak anak masih kecil.
Disebabkan ayahku ini hanya muncul bila dia mahu, kami akan terasa janggal untuk bergurau dengan ayah kami. Kami lebih rapat dengan ibu dan kami lebih menghargai kehadiran ibu.
4. Jangan kahwin kalau belum bersedia. Sepanjang aku membesar, aku kurang setuju dengan cara layanan ayahku terhadap ibuku. Aku sangat berharap agar aku tidak dipertemukan dengan lelaki seperti ayahku.
Mungkin pada zaman dahulu, perkahwinan itu wajib. Sekiranya anda ingin berkahwin, segala tabiat buruk hendaklah diubah. Adakah anda ingin anak perempuan/anak lelaki anda berkahwin dengan orang seperti anda?
5. Jangan suka burukkan orang atau menceritakan kehidupan orang secara negatif terutamanya kepada anak.
Ketika aku ayahku mengambil aku dari sekolah, ayahku sering menceritakan kehidupan buruk orang lain untuk elak perkara yang sama terjadi kepada kita. Jangan cari musuh. Kelak kita tiada kawan.
– Genesis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit