Assalamualaikum semua. Saya Putih, umur 40an. Seronok baca confession di sini. Sejak work from home, bermacam kisah2 kelakar, sedih dan pengajaran dapat dibaca di sini.
Sebagai pembaca, ada kalanya saya kaitkan dengan pengalaman lalu – jatuh cinta, ditipu, rindu dan berjuang hidup sendiri.
Saya banyak belajar dari confession saudara saudari sekelian. Betapa ramai yang terlanjur dan cinta mati begitu sahaja. Allah, jadi takut saya nak keluar dating sebab tak terfikir ujian bercinta siapa yang tahu.
Saya juga antara yang tertipu dengan lelaki orang. Melalui FB, saya terjumpa nama penuh anaknya kerana lelaki ini ejaan namanya agak unik. Saya putuskan kerana tidak mahu menjadi kejam.
Seperti confession lain alasannya, nak bercerai. Mujurlah dia tidak membuat perkara buruk sepanjang kami keluar bersama.
Berkaitan lelaki yang tidak serius, tak dinafikan saya sedang diusik perasaan bila mana kawan sekerja mula senyum dan merenung. Siapa yang tidak berperasaan kan apabila sama-sama single dan berumur.
Allah, kalau dulu saya tegas pertahankan pendirian, sekarang keutamaan saya sudah bertukar. Saya takut jika tiada lagi dapat perhatian. Setiap hari saya gembira melihat keretanya. Dan kini sejak MCO, tidak dapat lagi melihat nya setiap hari.
Bila teringatkannya adakala saya menangis dan cuba membaca selawat dan pahala dihadiahkan kepadanya. Namun saya masih menyiapkan kerja-kerja yang diminta. Hinggalah pada satu hari saya lupa tugas penting dan deadline sangat hampir sedangkan saya belum siapkan tugas itu.
Saya hentikan kerja dan tunaikan solat Asar dan mohon bantuan Allah. Begitu juga solat magrib dan Isyak, cepat saje saya tunaikan tanpa lengah dan selesai solat saya membaca selawat, dan bertawasul menggunakan nama Allah.
Satu-satu pertolongan Allah datang. Saya belajar yang apabila susah, adu pada Allah dahulu sebelum orang lain. Percayalah, orang yang datang membantu adalah kerana dihantar Allah.
Akhirnya saya selesai menghantar tugasan setelah tidur jam 2.30am. Saya malu pada Allah yang saya utamakan lelaki itu berbanding perkara lain.
Tip-tip yang boleh dikongsi:
1. Apabila rindu, cuba selawat dan hadiahkan pada sesiapa yang kita rindu atau mereka yang buat salah. Hadiah selawat ini saya baca di salah satu confession yang dia dan ibunya hadiahkan selawat apabila ayahnya marah.
Selepas saya baca selawat, saya masih rindu pada si dia, tetapi esoknya saya persoalkan yang selawat saya lebih mahal dari nafsu rindu itu.
2. Saya juga baca di sini, tips dari saudara saudari yang kita perlu sayang diri kita dulu. Sekarang saya faham. Bila kita sayang diri kita, kita sayang maruah dan nilai iman yang Allah beri.
Contohnya di waktu MCO, pasti terlihat banyak video2 yang secara tak sengaja muncul di wall FB kita. Walau hati membara nak tengok, cuba la persoalkan tentang video itu, perlukan aku tengok, terkenal sangat ke mereka ini? Ini dapat kurang dari terdedah kepada video2 yang tidak elok
3. Mula kerja contohnya memasak dengan bismillah, niat kerana Allah dan minta dijauhkan perkara buruk dalam diri dan dari luar. Ini pun saya baca dari confession ini.
4. Cuba belakangkan kerja-kerja kita seketika apabila masuk waktu solat. Dan kita boleh meminta dengan bertwassul dengan nama Allah, contohnya Ya Syaafiie dan kemudian berdoa.
5. Dan akhirnya tak perlu kita terlalu memandang tinggi pada yang bukan muhrim yang kita rindu kan sangat. Kalau dia itu terlalu tinggi tempatnya, tidak lah dia melakukan perkara2 yang tidak mengikut syarak.
Sekian dari saya, sama-sama kita belajar dari pengalaman masing-masing.
– Putih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit