Pengajaran Daripada Kesilapan Orang Tua

Salam.

Aku terpanggil nak buat confession bila baca tajuk saudari yg bertajuk, ‘Jangan Jadi Macam Mak Bapak Aku’.
Aku tak de masalah dengan bab diberi layanan lebih atau kurang dari mak ayah aku. Tapi ada satu perkara yang aku sangat terkilan sehingga sekarang ialah mak ayah aku tak pernah concern pasal sembahyang kami adik beradik.

Kakak dengan abang aku, dari mereka darjah 3 sampai sekolah menengah, diorg sekolah arab (sekolah agama swasta) which is sememangnya menitikberatkan soal agama especially bab sembahyang. Aku je lain sikit. Sekolah arab sampai darjah 4 sebab lepas tu ada masalah yang tak penting pun untuk aku ceritakan. Tapi tak beerti aku berhenti belajar pasal agama di takat tu. Aku sekolah agama sampai darjah khas ok. (Dah blh agak aku dari negeri mana kan?)

Kalau dilihat dari mata kasar, kami bertiga ni memang cukup dari didikan agamanya. Tapi, sebenarnya, kami jarang solat diluar waktu sekolah. Mak bapak aku pun tak pernah tanya dah solat ke belum, apatah lagi nak marah kalau kami tak solat. Aku dapat kesedaran bahawa solat itu penting, masa umur aku 15 tahun. See. Aku ada 3 tahun tinggal solat! (Alhamdulillah Allah still bagi aku hidayah itu)

Now, bila masing-masing dah besar, bapak aku selalu meluahkan rasa kat aku, yang mana, abang dan kakak aku malas nak solat. Bapak aku kata, “Ayah dah bagi sekolah cukup, takkan tu tak boleh fikir?” See. Ayah aku hanya menganggap yang didikan solat itu boleh dapat disekolah sahaja. Ayah aku silap. Kami tak pernah disuruh solat. Tak pernah dimarah sebab tak solat. Malah tak pernah sembahyang berjemaah di rumah.

Aku nak balas ayat ayah aku tu. Tapi aku tak mahu dia rs bersalah atau menyalahkan dia. Ya, memang mak ayah kami tak pernah menitikberatkan soal solat pada kami sedari kecil, tapi itu tidak boleh menjadi sebab untuk kita yang meningkat dewasa ni terus untuk tidak solat kan?

Now, kakak abang aku dah kahwin. Dah ada anak pun. Anak kakak aku rapat dengan aku (sebab kakak aku tinggal dekat dengan rumah mak ayah aku). Aku lah yang selalu marah, pesan kat anak kakak aku ni suruh solat. Lagipun dia dah 7 tahun. Nabi dulu kata, umur mcm ni dh blh dirotan kalau tak solat. Tapi, marah mcm mana pun aku kat anak sedara aku ni, kalau mak ayah dia tak solat, tak pesan kat dia bangun subuh untuk solat, pergi shopping complex tak lupa pegi solat, still xkemana kan? Lagipun, aku ni belum kahwin, secara khususnya tak tahu nak didik anak (tu yang selalu org dah kahwin cakap kat aku). Tapi, aku selalu pesan kat anak sedara aku ni suruh solat depan mak ayah dia. Harapnya mak ayah dia terasa la. Tu je cara paling halus aku boleh buat.

The main point yg aku nk bagitau, pendidikan ini adalah bersifat berterusan tak kira umur, masa, tempat mahupun siapa. Korang yang dah atau otw nak berumah tangga, didiklah anak sebaiknya especially bab agama. Ya, aku tahu aku belum kahwin dan mungkin ada yang kata aku tak layak nak bercerita tentang didikan anak-anak. Tapi, aku bercakap bagi pihak anak yang rasa kalau dari kecil kami diberi kesedaran, mungkin kami takkan terus buat silap. Satu lagi, cikgu, sememangnya tugasnya mendidik, tapi didikannya hanya terbatas di waktu sekolah. Selebihnya, tugas ibu bapa. Kita duk hantar anak-anak pergi tuisyen, kelas menari, atau pape jela, tapi kita tak pernah concern bab agama. Solat itu tiang agama. Kalau solat pun masih tak boleh cukup, macam mana nak cukup part yang lain?
Berat sungguh tanggungjawab sebagai ibu bapa ni. Takut pulak rasa nak kahwin!

Semoga kita sama-sama dapat menjadi manusia hebat disisi-Nya!

– Si Anon Ni Mus

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit