Assalamualaikum pembaca iium sekalian,
Aku pun nak cerita pengalaman aku sebagai salah seorang anak daripada adik beradik yang ramai. Adik beradik aku ada 7 orang. Ramai ke tak tu? Ramai lah kot. Keluarga sederhana, tak kaya, takde lah susah. Tapi mak aku jenis menyimpan, boleh la juga kata kedekut dengan anak-anak walaupun duit banyak. Mak aku memang garang, suara memetir-metir. Semua benda nak marah, kekadang benda simple pun nak memetir dan menengking. Bila aku jauh dari mak aku, aku tak cepat naik darah and takdelah marah-marah. Tapi bila aku balik rumah aku pun mula je senang nak tengking-tengking orang. Kalau korang berada dekat or surrounded by orang-orang macam ni, especially membesar dengan persekitaran ni, negative vibes tu senang nak hinggap kat badan korang. Aku kalau boleh taknak membebel and menengking2 orang, aku rasa aku ada masalah anger management sebab membesar dalam household yang senang naik marah and cepat snap even benda kecik. Kekadang bila aku berjaya kawal perasaan marah aku, aku pat la diri sendiri cakap good job berjaya kawal marah aku.
Abah pulak memang pemurah, selagi ada duit, apa anak nak insyaAllah boleh dapat. Abah cepat snap, tak boleh dengar budak menangis dia cepat nak marah. Aku absorb benda ni. Aku lack of empathy disebabkan membesar dalam suasana ni. Bila budak menangis aku tak rasa kesian tapi aku cepat rasa marah. Aku sedih rasa macam tu, sometimes I think I need help. Tapi syukur sekarang aku duduk jauh dari family aku, orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Ni yang terjadi kat aku. Aku banyak belajar benda baru, to build real relationship dengan orang, aku dikurniakan dengan suami yang penyabar dan betul-betul sayangkan aku. Syukur Alhamdulillah.
Aku bukan nak salahkan parents aku 100% tapi aku rasa parents aku have too much on their plates. Tu pun mak aku pernah cakap sebenarnya dia nak anak lagi. Korang cuba bayangkan? Aku ni pun rasa aku tak dapat kasih sayang yang cukup. Kalau tambah anak lagi? Aku rasa aku duduk jauh ni pun salah satu alasan adalah sebab aku yang nak bawa diri jauh-jauh, aku nak cuba build diri aku tanpa pengaruh orang lain. I had no personality until I met my husband. Mungkin sebab dia betul-betul sayangkan aku, dia banyak keluarkan the good thing in me yang selama ni aku tak rasa aku ada. Aku takde self confident, aku takde empathy, aku takde hobby (sebab mak aku selalu cakap hobby aku membuang masa dan duit). Jadi aku lupakan semuanya. I had no identity at all.
Aku tak tau apa aku nak dalam hidup, tak tau arah tujuan. Aku ikut je apa yang orang halakan kat aku. Aku juga mencari-cari kasih dan sayang di luar rumah, aku tak cukup kasih sayang so aku cari kasih sayang dari lelaki (jangan ikut ni adik-adik lol), i yearned for love. Tapi sayang parents aku tak nampak semua tu. Busy dengan adik-beradik yang lain and banyak lagi perkara penting yang lain yang nak difikirkan. Tapi mak aku benci bf aku masa tu, sorry my ex (alasan tak munasabah dia benci). Tapi berkat mak jugak aku jumpa husband aku sekarang ni alhamdulillah. Mak aku juga aturkan aku supaya aku bercinta dengan orang lain. She was totally in control of my life. Tapi masa ni aku buat tak endah pasal dia suruh bercinta dengan orang tu.
Tapi apa aku nak cerita ni pasal perasaan sebagai salah seorang anak daripada adik beradik yang ramai. Of course pasal pilih kasih. Dalam adik beradik yang 7 orang ni, semua orang tau ada 2 anak yang paling tak disayangi oleh mak. Aku and salah seorang adik aku. Kekadang aku rasa aku ni ada mental illness sebab trauma dari kecik asyik diperlakukan secara tak adil and asyik kena marah and tengking2. Sampai la umur aku sekarang hampir 30 tahun, aku masih dapat nightmare malam-malam pasal kejadian-kejadian yang menyedihkan aku sebagai anak yang tak disayangi, nak katakan my past experience memang bagi kesan sangat mendalam kat aku.
And setiap kali mimpi tu mesti rasa tu menusuk jantung, sangat real. Contoh mak aku belikan something untuk salah seorang adik beradik and bila aku nak tengok, tangan aku ditepis dan ditampar. Then ada lagi aku mimpi parents aku tak datang di majlis penting aku, lebih rela duduk rumah je. Aku jugak trauma and takut nak ada anak ramai-ramai sebab aku taknak anak aku rasa apa aku rasa, tak disayangi and tak diendahkan sebab anak lain ramai yang kena tengok. Aku nak anak lagi tapi aku rasa aku masih tak sihat mentally. Sorang aku masih boleh handle, tapi aku nak jadi mak yang bertanggungjawab. Aku taknak setakat lahirkan baby, bagi susu, cukup makan pakai, hantar pegi sekolah. Aku taknak besarkan orang, aku nak lahirkan insan-insan yang berguna.
Aku juga dahaga kasih sayang. Aku perlukan pelukan, gurau tawa, ciuman, kata-kata semangat dan kata-kata bahawa mak dan ayah aku bangga dengan aku. Tapi aku bersyukur walaupun mak aku pilih kasih, hubungan kitorang adik beradik sangat baik, takde yang dengki dengan satu sama lain. Bila mak aku mengadu-adu pasal anak yang lain, adik beradik aku tak pernah tambah-tambah cerita. aku sayang adik-beradik aku. Sekarang aku duduk jauh dari keluarga aku. Jauh sangat. Kekadang raya ke apa ke tak dapat balik, tapi keluarga aku tak pernah kisah nak tanya khabar berita aku. Kekdang aku pelik, mak dgn abah nak ramai anak tapi untuk apa kalau bukan untuk sayang anak-anak? Lahirkan anak ramai-ramai tapi tak dapat kasih sayang yang cukup. Aku tak faham.
Kekadang aku call mak aku, video call mostly dia cakap acuh tak acuh then tengok tv sambil aku tengok muka dia yang tengah tengok tv tu. And aku juga dah nampak ciri-ciri pilih kasih kat cucu-cucu. Kalaula Islam tak ajar untuk hormati ibu bapa, aku rasa dah lama aku putuskan hubungan sebab aku taknak anak aku berhubungan dengan orang macam ni. Sekadar sebab ada hubungan kekeluargaan tapi rasa kasih sayang tu tak ada. Nanti kesian anak aku. Aku nak besarkan dia dengan penuh kasih sayang, taknak buat dia rasa dipilih2 kasih. And nak ajar dia untuk menghargai orang. Sebab aku membesar tak diajar untuk dihargai dan menghargai. Aku tak kisah kawan datang dan pergi, aku takde bestfriend. Hanyalah suami aku je.
Syukur suami aku baik sangat, dia yang ajar aku untuk menghargai dan dihargai. Thank you sayang. Aku percaya Allah kurniakan suami aku untuk aku sebab Allah tau suami aku boleh bagi kasih sayang yang cukup untuk aku, topup kasih sayang yang aku xdapat selama ni daripada parents aku, walaupun lain kot kasih sayang daripada spouse and parents kan. Allah kan Maha Adil. Walaubagaimanapun, aku masih respect parents aku, aku buang jauh-jauh perasaan yang tak best tu. Kalau balik rumah parents aku, aku masih buat macam biasa tapi aku memang terasa jauh daripada parents aku. Kekadang aku rasa diorang tak kenal pun aku siapa. Tapi tu lah aku ni tetapla cuba nak impress diorang sampai kekadang aku terluka balik sebab diorang tetap tak nampak.
So untuk orang-orang yang anak ramai tu, please take good care of your children. Jangan banding-bandingkan mereka. Buatla banyak-banyak bonding time dengan diorang, 1 to 1 time dengan diorang. Jangan cakap takde masa! Masa korang decide nak anak ramai tu kenapa tak fikir yang masa korang terhad? Anak-anak belajar banyak benda daripada rumah. That’s where everything starts. Jangan ingat anak baby tu je yang perlukan perhatian korang, anak yang dah besar-besar tu pun perlukan ciuman dan pelukan dan perhatian juga. Janganlah biar anak tu rasa macam diorang takde mak bapak. No one deserves to be born unwanted! Doakan aku jadi mak yang baik, I’m trying my best here.
Aku yang tetap sayangkan mak dan abah
– Aku yang tersakiti
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit