Assalamualaikum, selamat sejahtera. Didoakan semoga semua pembaca sihat belaka. Jaga kesihatan ye semua terutama di musim wabak pandemik melanda negara ni.
Intro sikit, namaku Inara (bukan nama sebenar), berumur lewat 20 an dan bekerja di sektor swasta.
Aku hanya nak minta pandangan dan nasihat ataupun motivasi daripada pembaca la mengenai isu Inara dan buat semua yang pernah menjadi tempat persinggahan oleh seseorang.
Semoga setiap ujian yang diberi menjadi pengajaran untuk kita lebih memperbaiki diri, bersabar dan bersyukur.
Inara berkenalan dengan Halim (bukan nama sebenar) selama 6 tahun sejak di universiti. Dia pernah ‘crush’ dengan Inara, tapi Inara tak layan sangat sebab masa tu tak bersedia nak kahwin.
Selepas tamat belajar, aku pun ready la nak mencari bakal pasangan. Pada masa tu, Halim pun bertanya khabar dan menyuarakan hasratnya untuk menikahi aku.
Sebab masa tu Inara pun tiada sesiapa rakan istimewa dan mengenali Halim sebagai lelaki yang baik, kami pun bertunang lebih kurang setahun.
Sepanjang tempoh pertunangan, akhirnya Inara dapat membuka hati untuk Halim dan sayangkan Halim. Inara dan Halim jarang berhubung sebab Halim ni ‘busy’ bekerja.
Halim ni anak sulung, dia sangat bertanggungjawab dengan keluarganya, taat beragama tetapi semasa kami berkenalan, Halim jarang bercerita mengenai diri dan keluarganya. Dia jenis ‘private person’ la.
Kami berkenalan setahun, Halim berjanji untuk menikahi Inara.
Halim juga pernah datang ke rumah berjumpa dengan ibu bapa Inara untuk meminta izin mengahwini Inara.
Namun semasa perkenalan dengan Inara sebelum mereka nak berkahwin, banyak juga alasan yang dia beri iaitu,
1) Mengenai hantaran kahwin. Halim katanya nak kumpul 25k kerana menurutnya family Halim jenis suka perkahwinan anaknya yang ‘grand’ sikit.
2) PKP menyebabkan kesukaran untuk dia balik ke semenanjung berjumpa Inara dan keluarga kerana Halim bertugas di Sarawak. Macam-macam yang dijanjikan Halim untuk masa depan mereka.
Memang topik perbualan Halim dan Inara pun banyak berkisar masa depan yang indah, ekonomi yang baik dan untuk sama-sama meraih redha Illahi.
Mulanya Halim berjanji berkahwin dalam tempoh setahun, selepas itu dua tahun. Inara hanya sabar menanti. Inara tak terlalu mengharap sangat dia berjodoh dengan Halim, takut dia kecewa.
Dia hanya berdoa di samping membuat solat istikharah. Inara juga sanggup menanti selama dua tahun kerana baginya Halim mampu menjadi suami yang baik, sebab itu dia sanggup menunggu.
Namun begitu, takdir Illahi, Halim kehilangan ibunya. Halim ni sebenarnya anak yang taat, semasa hayat ibunya, dialah yang selalu menjaga ibunya dengan baik.
Namun selepas ibunya meninggal, Halim ni mengalami kemurungan yang amat teruk. Dia menangis hampir setiap malam dan selalu memikirkan nasib arwah ibunya di alam barzakh.
Paling sadis sekali, Halim memberitahu Inara yang dia sudah tiada keinginan untuk berkahwin kerana fikirannya kosong dan terlalu bersedih mengenangkan pemergiaan ibunya.
Halim akan mengambil masa yang terlalu lama untuk pulih dan lebih memilih bersendirian serta menjaga ahli keluarganya.
Walaupun Inara memujuk dan sanggup mengubati kesedihan Halim selepas berkahwin, namun Halim tetap dengan pendiriannya untuk tidak menikahi Inara lagi. Inara sedih.
Banyak kali dia menangis dalam sujudnya. Terkilan dengan sikap Halim yang melarangnya lagi menunggu untuk bernikah kerana Halim sekarang mahu sendiri.
Inara ada tanya Halim, dia ada ‘someone’ tak? Tetapi Halim berkata dia tidak ada sesiapa pun. Inara pun boleh nampak Halim tiada sesiapa teman istimewa lain.
Halim sudah jarang bertanyakan keadaan Inara. Inara selalu bertanyakan keadaan dan memberi semangat kepada Halim, namun Halim tidak memberikan sebarang respon dan mula menjauh.
Mengapalah Halim banyak kali berjanji menikah kalau dia tidak mampu tunaikan janji?
Mengapalah Halim senang-senang memutuskan hubungan mereka? Mengapalah Halim memilih untuk hidup bersendirian?
Wajarkah Inara bertahan lagi apabila secara jelas sudah tiada kepastian dan Halim meminta Inara menjauh dan berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga?
Terima kasih sudi baca dan berikan sebarang pandangan. Semoga Allah merahmati kita semua. Doakan Inara ya teman-teman.
– Inara yang Bingung (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit