Pengajaran Hidup

Assalamualaikum wbt para pembaca sekelian,

Nama saya Nora (nama samaran). Selalu baca cerita2 di sini. Tergerak pulak hati menulis cerita sendiri. Pengalaman hidup saya yang mungkin ada di kalangan pembaca boleh jadikan ikhtibar (perkara yang tak baik) dan contoh teladan perkara yang baik)

Saya anak sulung dari 5 beradik. Memanglah menjadi harapan ibubapa untuk menjadi seorang yang berjaya.

Sedari kecil disuruh belajar rajin2 dan selalunya saya mendapat nombor pertama di dalam kelas sehinggalah berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama dan seterusnya ke luar negara.

Keluarga saya tidaklah kaya namun kami juga bukanlah keluarga susah. Ayah seorang guru manakala ibu pula suri rumahtangga tetapi ibu pandai berniaga seaneka barangan keperluan keluarga yang dibelinya dari Singapura (ini zaman 70an-80an kerana kami tinggal di Johor) dan juga barangan Siam yang dibeli di Kelantan, kampung ibu.

Dengan perniagaan ibulah kami adik-beradik merasa untuk makan lebih mewah dari biasa kerana gaji ayah sebagai guru lepasan zaman Jepun tidaklah sebesar mana. Dapat jugaklah ibu membantu ayah untuk beli kereta, Kalau tidak ayah cuma naik motor vespa sahaja.

Oleh yang demikian saya memang fokus belajar dan belajar untuk mendapatkan keputusan cemerlang dan seterusnya mendapatkan pekerjaan yang bagus.

Tak pernah terlintas untuk bercinta dengan mana2 lelaki sewaktu di usia belasan tahun. Saya pun memang jenis garang orangnya (disebabkan didikan ibu yang jugak agak garang) lagilah takut para lelaki untuk mendekati saya. Haha padan muka aku!

Sewaktu di tahun akhir di universiti di Amerika Syarikat, saya mula berjinak-jinak dgn alam percintaan yang saya kira ‘cinta monyet’ (walaupun usia pada waktu itu sudah 21 tahun) Si dia pun sama universiti dengan saya tetapi setelah pulang ke Malaysia, kami tiada apa2 perhubungan kerana saya sudah ‘jatuh cinta’ pula dengan lelaki yang saya gelarkan A.

Saya jumpa A sewaktu melawat kawan baik di New York sempena hari graduasi beliau. Ini semua berlaku sebulan sebelum saya balik ke Malaysia setelah tamat belajar di universiti.

Kawan baik saya berjanji nak bawak saya jalan2 di bandar New York tetapi tidak dapat menunaikan janji beliau kerana dia tidak tahu selepas majlis graduasinya beliau terus memulakan sesi kelas pengajian Sarjana yang beliau terima biasiswa dari universitinya sementelah beliau menjadi pelajar terbaik bidang yang diambilnya.

Maka tugasan menjadi tour guide itu diberikan kepada sahabatmya si A tadi. Mana mungkin saya nak keluar berdua dengan si A begitu sahaja. Maka, seorang lagi kawan turut serta; jadilah kami bertiga melawat bandar New York sehingga hari saya pulang ke negeri tempat saya belajar si A masih setia menemani.

Setelah saya pulang ke Malaysia, dalam masa sebulan saya sudah mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur. Berpisah sekali lagi dari keluarga di Johor. Duduk menumpang pula di rumah ibu saudara sepupu sebelah ayah. Saya bekerja si sektor pelaburan yang pada waktu itu agak asing bagi orang Melayu Islam. Oh saya lulusan Sarjana Muda Perniagaan pengkhususan Kewangan.

Di siniah bermulanya percintaan jarak jauh saya dengan si A yang masih belum tamat pengajiannya di New York. Zaman itu mana ada lagi handphone. Jauh sekali smartphone macam sekarang. Setiap malam sebelum saya masuk tidur, A akan menelefon saya dari Amerika ke telefon rumah makcik saya.

Sampaikan telefon itu akhirnya dipasangkan tali yang panjang supaya saya boleh tarik masuk ke bilik saya. Biasalah orang sedang angau bercinta. Berbelas ribu ringgit bil telefon si A hanya untuk melayan kemaruk cinta dengan saya. Kami meneruskan percintaan selepas A pulang ke Malaysia.

Dalam masa 2 tahun, kami akhirnya mengikat tali pertunangan. Punyalah seronok saya dah ada tunang, sehingga saya lupa diri. Terlalu mengperhambakan diri pada si A sampai baju2 dia saya offer basuhkan. Kebetulan rumah sewa A dengan rumah sewa saya satu jalan. Bukanlah dekat manapun, tapi perasaan sayang mengatasi segala2nya.

Bulan puasa si A datag bersahur di rumah sewa yang saya duduk dengan seorang lagi rakan wanita. Rajin pulak saya masak uuntuk A. (Ini ikhtibar pertama: dlm tempoh bercinta biarlah berpada2)

Tak sampai setahun kami bertunang, saya mula merasakan ada perubahan pd diri si A. Dia sudah tidak endahkan perasaan saya dan jarang menelefon saya seperti biasa. Selalunya dia yang ambil saya dari tempat kerja untuk pergi dinner bersama atau untuk hantar saya terus pulang ke rumah sewa saya.

Kini saya balik sendiri dengan alasan dia ada overtime. Kebetulan pada waktu itu datuk saya sedang tenat sakit tua. Jadi saya pun sibuk pulang menziarah orang tua itu dengan menumpang kereta pakcik bongsu saya. Kerja pun agak sibuk, maka saya terlupa sekejap hal tunang saya yang sudah mula buat perangai.

Suatu hari, seorang wanita menelefon saya. Dia memperkenalkan dirinya sebagai staff Human Resource di tempat A bekerja. Dia kata dia tahu saya tunang A melalui cerita2 dari A sebelum ini. Dia dapat no telefon pejabat saya pun setelah dia selidik di mana tempat kerja saya. Dia menelefon saya untuk memberitahu saya yang tunang saya itu sudah ada teman wanita baru!

Walaupun saya sudah menjangkakan perkara itu, tapi hati saya tetap remuk-redam, rasa macam nak pitam di pejabat. Kakak HR tadi teruskan perbualan mengatakan dia sudah banyak kali nampak dengan matanya sendiri kerana teman wanita baru tunang saya itu adalah rakan sepejabat A sendiri.

A seorang engineer, manakala teman wanita yang saya panggil B adalah salah seorang kerani di pejabat A. Mereka sudah keluar dating entah berapa kali. Pergi dinner syarikat pun datang berdua berpakaian sedondon. Namun saya tetap menafikan hakikat itu apabila berdepan dengan A.

Saya layan dia sebaik mungkin. Sehinggalah tiba pada hari saya baru pulang ke KL setelah selesai urusan pengkebumian atok saya di Perak, A telefon saya mengatakan dia mahu berjumpa saya berdepan empat mata. Betullah jangkaan saya, A mahu putuskan pertunangan kami. Katanya dia tidak selesa dengan saya kerana kami sama taraf (kami berdua lulusan universiti)

Disebabkan itu saya seolah-olah telah mengongkong hidup dia dan cuba menentukan cara hidup dia. Disebabkan tengah marah, saya katakan pada A carilah pompuan tak sekolah yang buta huruf untuk jadi isteri dia. Dapat anak nanti pun tolol macam ibunya juga! Geram betul saya diperlakukan sedemikian rupa.

Saya bertambah luka apabila saya diberitahu teman wanita barunya itu adalah wanita yang selalu tumpang kereta A sewaktu A datang mengambil saya di tempat kerja. Waktu itu saya diberitahu kawan pejabatnya tumpang balik sekali sebab area tempat kami bekerja memang tiada kemudahan pengangkutan bas.

Saya punyalah hormat pada pompuan tu dan anggap tunang saya berbuat baik pd rakan sepejabatnya. Memang baik betullah sampai memutuskan tali ikatan kami.

Setahun saya merana akibat perpisahan itu walaupun kedua ibubapa A merayu2 pada saya untuk bersabar kerana mereka masih mahu memujuk A.

Namun ibu saya yang garang tadi tu telah berikan kata putusnya! Cukuplah kau didera lelaki tak guna itu! Full stop. Lepas ni jangan memandai-mandai nak cari boyfriend. Biar ibu dan ayah yang carikan jodoh kamu! Begitu tegas sekali suara ibu saya.

Saya merana di dalam diam. Saya tidak lalu makan. Tengok nasi nampak muka A. Tengok air oren nampak muka A. Masuk pejabat ingat A. Masuk toilet ternampak A. Sampai akhirnya saya hilang 5 kilo! Ayah saya mula risau dengan keadaan diri saya.

Saya pun sudah mula menghabiskan masa dengan kawan2 yang saya baru kenal. Pergi dinner di Benteng (kawasan rakyat marhaen lepak2 zaman 80an ke awal 90an), pergi main bowling, pergi tengok wayang beramai-ramai, hidup enjoy tanpa arah tujuan asalkan saya lupakan kesakitan jiwa yang saya seorang tahu betapa pedihnya.

Saya mula berdendam dengan lelaki. Bila ada yang mula mendekati, saya pura2 suka kepada mereka, bila mereka dah buka mulut, saya permainkan mereka. Saya kata saya tak minat nak bercinta-cinta. Hidup untuk enjoy!!!

Namun saya tidak lupakan tanggungjawab saya pada keluarga. Saya tetap kirimkan duit kepada ibu di kampung untuk tanggungan adik2 yang masih belajar kerana pada masa itu ayah sudah pun pencen.

Ibu saya juga sudah mula sakit teruk dari penyakit diabetes yang ditanggungnya. Perniagaannya semakin perlahan; bermakna pendapatannya sudah tidak seberapa.

Alhamdulillah jawatan saya di pejabat juga telah dinaikkan pangkat kepada AGM. Maka gaji saya juga sudah bertambah besar. (Ikhtibarnya kita mesti berkongsi rezeki dengan ahli keluarga kita. Jangan lokek kerana di situlah datang keberkatan rezeki kita. Jangan lupa juga untuk membayar zakat)

Saya teruskan kehidupan menyibukkan diri dengan hal2 pekerjaan. Pergi pejabat pagi dinihari, malam baru pulang ke rumah. Suatu hari saya terima panggilan telefon dari seorang rakan yang sama belajar di sekolah berasrama dahulu. Beliau saya namakan S.

S dapat nombor telefon pejabat saya dari kawan2 yang lain. S sedang merancang majlis perjumpaan bekas pelajar. S mahu jumpa saya untuk meminta saya menolongnya menjual tiket jamuan makan malam majlis itu nanti.

Maka kami pun sepakat untuk berjumpa sewaktu rehat makan hari bekerja. Kami berjumpa di Ampang Park. Borak2 biasa dan saya pun mengambil beberapa tiket untuk dijual kpd rakan2 yang masih dlm contact saya.

Siapa sangka, dari majlis reunion, kami akhirnya berkawan rapat. S ini dulu memang famous di sekolah kami kerana dia adalah seorang ketua pelajar. S juga ketua pasukan hoki sekolah yang menjuarai pertandingan hoki peringkat daerah tempat kami belajar. Sebut sahaja nama S, semua guru dan pelajar mengenali beliau.

Manakala saya pula adalah seorang nerd yang hanya fokus belajar, belajar, belajar tanpa toleh tengok pelajar2 lelaki! Maklumlah dengan ibu yang garang tadi tu, apa berani saya untuk engkar arahan ibu sendiri??? Makanya saya memang kenal siapa S dahulu tetapi S dengan eksyennya cakap dia tidak berapa cam seorang nerd macam saya sewaktu di sekolah.

(Ikhtibar di sini – jangan suka cakap besar! Boleh makan diri sendiri!) Kami berkawan senyap2 kerana saya takut untuk mendedahkan perkara ini kepada ibubapa saya memandangkan ibu saya pernah bagi amaran setelah saya putus tunang dahulu.

Akibat dari pengalaman yang lalu juga saya lebih berhati-hati. Tidak terlalu mengikut perasaan dan sentiasa berpegang pada hakikat ‘kalau ada jodoh, adalah nanti’. Jangan over Nora! keep telling myself that. Rupa2nya bila saya belajar ke Amerika Syarikat , si S pula melanjutkan pengajiannya ke United Kingdom.

Sehinggalah suatu hari kami pergi dating d KFC di Bukit Bintang. Kami berjalan kaki dari Pertama Kompleks selepas menonton movie “The Bodyanguard” untuk makan malam.

Setelah selesai makan, dengan tangan yang masih berbekas bau ayam goreng dan sos cili, S memegang tangan saya dan menyuarakan hasrat hatinya yang mahu jadikan saya lebih dari seorang kawan biasa. Jika ada jodoh, S mahu memperisterikan saya!

Berbunga-bunga hati saya rasa macam nak melompat-lompat dalam KFC tu. Mujurlah saya fikir saya ini pun bukanlah kurus sangat, mau retak lantai restoren itu kalau saya melompat-lompat macam kera kena belacan. Haha!

Namun S pantas mengingatkan saya yang dia masih belum stabil pekerjaannya. S masih belum bersedia untuk menyunting saya. Ini kerana pada waktu itu saya sudah 3 tahun bekerja sedangkan S baru setahun jagung. Obviously saya sudah jauh lebih stabil dari S.

Saya bersetuju dengan pendapat S dan tetap mahu rahsiakan perkara itu dari pengetahuan ibubapa saya. Sebenarnya saya tidak tahu bagaimana mahu memberitahu mereka. Takut pisang berbuah dua kali.

Selama berkawan dengan S juga, saya banyak kali menceritakan pengalaman pahit saya ditinggalkan kekasih sebelum ini. Mungkin S belajar sesuatu dari situ. Mungkin juga S sudah bosan dengan cerita sayu saya dan terus beritahu niat sebenar dia dengan saya pada malam ‘bersejarah’ di KFC Bukit Bintang! Hahaha…

Pada musim raya tahun yang sama, seperti biasa saya pulang ke kampung beraya bersama keluarga. Pada hari raya ke tiga dan seterusnya, ibubapa saya membawa kami adik-beradik beraya ke rumah bekas jiran tetangga kami yang lama sudah tidak berjumpa.

Bermulalah episode di mana ibu saya cuba ‘mempromosikan’ anak sulungnya yang masih belum kahwin2 lagi ini. Setiap orang yang ibu jumpa, mesti dia mintak tolong ‘advertisekan’ saya kepada mereka yang ada anak lelaki yang seusia dengan saya!

Ibu kata saya ni pandai serba-serbi, belajar pandai, kerja pandai, hal2 rumahtangga pandai tapi bab lelaki tak pandai! Saya terkedu mendengar leteran ibu itu. Hendak saja saya jerit di situ “Eh…aku dah ada boy friendlah!” Tapi takut punya pasal, saya diamkan lah sahaja.

Bila saya pulang ke KL dan berjumpa dengan S, saya boleh gelak2 cerita perkara itu pada S. S hanya mendiamkan dirinya. Suatu hari, sewaktu saya sedang bersiap2 hendak ke pejabat, seingat saya masih dalam pukul 6.45 pagi, saya mendapat panggilan telefon dari ibu saya. Fikir saya ada emergency ke? Siapa yang sakit?

Rupa2nya ibu saya terlalu excited nak bercerita kepada saya yang pada hari itu, akan ada sebuah rombongan keluarga mahu datang ke rumah ibubapa saya untuk merisik saya!!! Macam nak pitam sekali lagi saya mendengar suara ibu saya.

Saya tanyalah siapa keluarga tu? It turned out mereka adalah jiraan sebelah rumah lama kami yang kami pergi ziarah raya tempohari. Berkesan sungguh promosi ibu saya kan? Tapi saya dah ada boy friend ni. Macam mana lah pulak ni? Sampai menari-nari saya dalam bilik memikirkan apa yang patut saya beritahu pada ibu saya.

Sebelum saya berikan kejutan jantung pada ibu saya yang memang tidak berapa sihat itu, maka saya buat keputusan untuk tidak beritahu apa2 berkenaan si S. Saya redha sajalah untuk keluarga saya dirisik bekas jiran kami itu.

Selepas letak telefon, kepala saya ligat berputar. Apa nak buat ni? Bertambah panik pulak saya bila ingatkan ibu yang beritahu bakal calon suami saya itu seorang oil engineer yang bekerja nun jauh di negara Scandinavia, Norway! Aduh…jauh lah pulak jodoh aku ni…

Akhirnya saya mengalah, lalu menelefon si S. S yang masih mamai2 baru bangun tidur mendengarkan saja celoteh panik saya tanpa berkata apa2. Bila saya tanya apa yang dia akan lakukan, dia tanya saya balik, nak buat apa? Terima jelah orang dah pinang awak tu!

Ya Allah itu jawapan dia. yang pegang2 jari-jemari saya kat KFC tu siapa? Saya jadi jengkil pulak dengan kata2 S itu lalu saya pun jawab, oklah macam tu, biarlah saya kahwin dengan oil engineer itu dan pergi duduk jauh ke Norway! Terus saya letak telefon!

Satu hari saya tak senang duduk di pejabat. Buat kerja pun tak boleh fokus. Seharian jugak S tidak menelefon saya untuk bertanya khabar maupun memujuk saya yang sedang gundah-gelana ini. Dalam hati saya berfikir putus lagilah percintaan aku. Agaknya memang ditakdirkan saya akan hidup bersendirian.

Sudahlah beberapa bulan sebelum itu saya terserempak dengan si A yang sudah berkahwin dengan si B di sebuah pusat membeli-belah. Si B pun sudah mengandung pada ketika itu. Tersengih-sengih macam kerang busuk bila nampak saya. Saya terus berpaling dan menukar arah laluan saya. Tidak mahu saya diperingatkan semula akan kedukaan lama!

Setelah pulang dari pejabat, sewaktu saya mahu merehatkan diri usai solat isya’ ayah saya menelefon saya. Saya fikir ayah mahu memberitahu saya tentang majlis ‘merisik’ saya pada siang hari tadi. Endah tak endah saja saya mendengar suara ayah sehinggalah saya tersedak apabila ayah menyebut nama si S!!!

Terbeliak biji mata saya apabila mengetahui yang datang merisik saya pada hari itu bukan lah keluarga jiran lama kami. Mereka membatalkan rancangan di saat2 akhir atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.

Namun ibubapa saya telah didatangi 2 orang lelaki muda yang terkial-kial mencari rumah ayah saya dengan bertanyakan ramai orang di mana rumah Cikgu O. Mujurlah ayah saya seorang guru yang dikenali ramai di bandar kecil K. Salah seorang dari 2 pemuda tadi adalah S!

Alkisahnya selepas perbualan telefon kami, S telah berasa gusar yang teramat sangat. Lalu dihubunginya anak saudara sendiri yang sama umur dengannya yang mempunyai kenderaan sendiri lalu diajaknya untuk menyertai rombongan terdesak merisik saya dari keluarga saya di Johor. Mereka berdua mengambil cuti emergency lalu memulakan perjalanan ke Johor.

Di dalam perbualan telefon kami, ayah saya gelak2 saja bila mengingatkan cara si S meminang saya. S benar2 ikhlas mahu memperisterikan saya. S berjanji akan membahagiakan kami berdua dan tidak akan mempersia2kan saya. Boleh saya dengar suara protes ibu saya sayup2 di hujung telefon yang komplen cara S datang tidak ada adab yang betul.

Tak pernah dibuat orang bakal suami datang pinang sendiri bakal isterinya! Bak kata ayah saya, S ni betul2 macam koboi. Pakcik orang Johor ni ada adat2 tertentu yang kita ikut untuk proses merisik, bertunang dan seterusnya ke gerbang perkahwinan. Tak taulah pulak kalau orang Perak ikut stail koboi je. Begitulah antara perbualan ayah saya dengan si S. Haha!

Sebulan selepas hari bersejarah itu, S telah menghantar rombongan keluarganya yang diketuai oleh bapa saudara dan juga ibunya. Bapa S sudah lama meninggal dunia. Maka kami pun ditunangkan 2 bulan selepas dari tarikh merisik dan seterusnya berkahwin setahun selepas bertunang.

Ini cerita 27 tahun yang lalu. Kami sudah pun berkahwin selama 26 tahun. Banyak onak-duri yang kami lalui bersama. S seorang suami yang penyabar, manakala saya pula yang garang dan panas baran khasnya bila menghadapi kerenah anak2, tak ubah seperti ibu saya sendiri.

Awal perkahwinan saya memang gaji saya jauh lebih besar dari suami tetapi saya sabar dan sentiasa memberi semangat pd suami untuk meningkatkan diri ke tahap yang lebih baik.

Akhirnya saya pencen awal kerana suami saya sudah mampu untuk menanggung keluarga kami dengan empat orang anak dengan selesa walaupun banyak pengorbanan yang terpaksa kami lalui bersama.

Kini, kedua ibubapa saya dan ibu mertua saya sudah tiada di dunia ini. Kami juga sudah berusia awal 50an. Anak-anak sudah dewasa. Yang bongsu pun sudah berusia 17 tahun. Ramai kawan2 kami dari sekolah berasrama kami dahulu yang tidak percaya kami berdua boleh berkahwin. Bila korang bercinta? Senyap je.. tahu2 dah kahwin? Pandai sorok ya?

Itulah antara kata2 rakan2 yang memang terkejut apabila mendapat tahu kami adalah suami-isteri. Sedangkan kawan2 yang bercinta macam nak rak sewaktu di sekolah pun, ramai yang akhirnya berkahwin dengan orang lain, inikan pula kami yang memang sah2 tak pernah bercinta sewaktu di sekolah. Yalah, S tak kenal saya kan di antara ratusan pelajar di sekolah kami?

Kini, kami tiada masalah untuk menghdiri majlis reunion sekolah lama kami kerana kami belajar satu sekolah. Sedangkan ada anara rakan2 kami yang tidak dapat ikut serta kerana pasangan masing2 tidak benarkan. Ya lah takut bertembung dengan kekasih lama mereka kan? Tak pasal2 porak-peranda rumah tangga yang sudah lama dibina.

Satu lagi ikhtibar yang saya hendak ceritakan ialah sebagai orang Islam, kita harus percaya pada qada’ dan qadar Tuhan. Namun, kita juga sentiasa diingatkan agar tidak menganiaya sesama makhluk Allah yang lain.

Saya ingat lagi sewaktu saya sedang berduka akibat putus tunang, saya berdoa mintak Allah balas segala kejahatan yang bekas tunang dan isterinya buat pada saya. Dalam hati saya kalau bukan mereka yang terima balasan, mungkin anak cucu mereka akan lalui apa yang saya lalui.

Ditakdirkan Allah, sewaktu saya dalam tempoh berpantang anak yang ketiga, saya mendapat panggilan telefon dari B, isteri A yang pada ketika tu baru diceraikan oleh A!

Saya hairan kenapa pompuan ni tiba2 mencari saya dan mengadu damba kononnya mak mertua dia bencikan dia, letak macam2 barang dari bomoh di dalam rumah mereka untuk pisahkan dia dari suami dia. It turned out si A sudah buat perangai lagi. Bercinta dengan remisier sendiri lalu mereka berkahwin setelah B diceraikan.

Saya putuskan panggilan telefon yang tiada faedah itu lalu sujud syukur kerana Allah lah yang tolong saya dengan tidak menjadikan saya isteri A. Ada hikmah di atas apa yang berlaku.

Ada dalil dalam Quran yang mengatakan “kadang2 ada perkara yang kamu rasa buruk pada kamu tetapi sebenarnya ia baik untuk kamu, dan ada perkara2 yang kamu rasa baik untuk kamu, itulah yang sebenarnya yang buruk untuk kamu”

Kita kena sentiasa berbaik sangka dengan Allah. Kita diwajibkan berusaha bersungguh-sungguh baik dari segi pelajaran, pekerjaaan, maupun jodoh kita, tetapi kita juga haruslah bertawakal kepada ALLAH swt kerana Dia yang menentukan segala2nya.

Terima kasih kerana sudi membaca coretan panjang saya ini. Saya doakan para pembaca sekelian sentiasa dilindungi Allah jua di dlm keadaan yang tidak menentu pada ketika ini. Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit virus corona yang amat merbahaya ini. Aamiin…

Yang benar,

– Nora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *