Assalamualaikum dan hi. Hari ini apa yang ingin di kongsikan tentang pengajaran dari pengalaman yang dapat sepanjang 2020. Apa yang berlalu, biar berlalu. Kerana semua terjadi ada hikmahnya..
1. Jangan pernah lupa untuk letakkan sayang yang pertama pada Allah dan pada diri terlebih dahulu.
Kadang2 kita terlampau sayang pada manusia lebih daripada diri sendiri sehingga sanggup melukakan perasaan kita sendiri demi kebahagiaan orang lain.
Jangan pernah seksa perasaan sendiri dan tolong sayang pada diri sendiri. Bila kita sayang pada diri sendiri, kita akan melakukan yang terbaik dan mengejar bahagia itu bermula pada diri sendiri.
2. Jangan pernah salahkan diri di setiap apa yang berlaku.
Setiap takdir yang terjadi itu, kita tak mampu mengawalnya. Kita hanya manusia, kita mampu usaha dan doa.
Sememangnya, kita manusia ada perasaan untuk rasa kecewa. Tetapi, belajarlah untuk redha dan jangan salahkan diri hingga menyebabkan rasa kesedihan dan mengalami luka hati yang parah.
Hati perlu masa untuk sembuh tapi kita perlu usaha ke arah yang lebih baik. Ambil segala yang berlaku sebagai pengajaran, bukan sebagai hukuman yang beban dalam hidup kita.
3. Kesihatan adalah sesuatu yang sangat penting dalam hidup kita.
Di saat diuji penyakit yang datang semula, hati mula tertanya tanya mampukah untuk melalui semua ini.
Sesungguhnya nikmat sihat itu adalah sangat berharga. Tapi, jangan pernah berputus asa untuk berdoa padaNya kerana setiap penyakit ada penawarnya. Allah kan ada, jangan pernah menyerah.
4. Jangan letakkan kepercayaan sepenuhnya pada manusia.
Manusia boleh berubah, kadang2 orang yang paling kita percaya itu akan mengkhianat kita. Lukanya sangat dalam. Di saat diuji, mampukah kita memaafkan?
Usahlah berdendam, untuk memaafkan itu memerlukan masa.. Beri ruang dan waktu pada hati, jauhkanlah orang yang negatif dalam hidup kita.
5. Setiap manusia berhak bahagia.
Kebahagiaan itu bermula dari diri sendiri. Disaat hati redha dan di saat dirimu Bersyukur dengan nikmat Allah, insyaAllah kau akan temui kebahagiaan dan ketenangan.
Usahlah peduli pandangan negatif manusia lain, kau hidup untuk dirimu bukan orang lain. Buatlah apa yang kamu inginkan asalkan benda tersebut adalah betul.
Mohon maaf andai ada kekurangan daripada penulisan saya. Terima kasih kerana sudi membaca :)
– – LM – (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit