Terima kasih admin kerana sudi siarkan confession ini (harap admin sudi la) haha. Jika tengok tajuk mesti confession aku ini berkaitan dengan neflix series. Mungkin ada yang tau mungkin juga tidak. Buat yang tidak tahu #13reasonswhy merupakan cerita mengenai seorang remaja perempuan yang membunuh diri. Aku pada mulanya tidak berminat nak tengok cerita ini tapi sebab aku bosan dan sebab curious aku cuba tengok satu episode. Selepas episode satu, aku rasa salah satu sebab dia bunuh diri macam silly reason jadi aku tengok dan tengok lagi sampai episode akhir (episode 13) untuk dapat jawapan sebab utama gadis itu membunuh diri. Mula2 aku tengok cerita ini atas dasar ingin tahu jadi sepanjang episode 1 aku cuba menghakimi gadis itu. Tapi selepas episode demi episode aku meletakkan diri aku di tempat gadis itu. Lama kelamaan aku sedar apa yang Hannah Baker lalui hampir sama seperti yang aku pernah lalui dulu. Ini bukan khayalan aku tapi realiti dulu yang aku cuba lupakan. Mungkin apa yang aku lalui tidak persis Hannah Baker tapi inilah kenyataan.
Apa yang membezakan Hannah Baker dengan aku ialah jantina kami. Aku dulu seorang ceria jika diimbas kembali diri aku yang dulu seperti individu yang berbeza dengan aku sekarang. Aku dulu duduk di kampung manakala keluarga jauh di bandar sana. Di kampung walaupun tidak ramai orang tapi aku rasa hidup aku gembira. Tapi kini kampung bukan lagi tempat kegemaranku (jika ada kesempatan akan ku ceritakan sebabnya). Tibanya zaman persekolahan maka keluargaku membawa aku untuk hidup di bandar. Bandar yang asing bagiku maka bermulalah hidup baruku. Zaman persekolahan rendahku berjaya ku harungi liku2nya tapi ketika zaman ini aku mula tertanya2 adakah aku berbeza dengan kawan2 sejantinaku. Kenapa ada sesetengah mulut menghina aku dengan panggilan “sotong”. Kenapa ada budak yang aku tidak kenal asal usulnya tiba2 suatu hari menghina aku juga. Adakah kerana aku “sotong” sebab itu tidak ramai orang nak berkawan denganku. Tapi kerana aku masih budak ketika itu aku hanya abaikannya dan jika orang mencari pasal maka pergaduhan lah jawabnya. Tetapi disebalik semua ini adakalanya di rumah aku akan tatap diriku di cermin lama2 dan cuba melihat apa kurangnya aku. Adakah kerana suaraku yang “kecil”. Adakah gaya jalanku yang berbeza. Yang tinggal hanyalah persoalan hinggalah zaman itu berakhir.
Maka seterusnya bermula zaman persekolahan menengahku. Welcome to my hell. Dekat sini lah akan muncul watak2 seperti di dalam cerita itu. Hannah Baker ada 13 sebab tapi aku mungkin lebih ataupun kurang. Pada awalnya aku hanya bersekolah biasa, budak2 pandai kebanyakkanya semua sudah masuk sekolah berasrama. Terdetik rasa cemburu maka aku berdoa kepada Tuhan moga ada rezeki aku disekolah2 seperti itu. And yupppp, Tuhan makbulkan I got accepted for 2nd intake walaupun aku rasa aku tak pernah apply. But I got offered from male boarding school. Sekolah di selatan tanah air walaupun sekolah berasrama penuh lelaki pada masa itu aku cuma gembira dapat pindah sekolah sebab selama ini tengok classmate sorang demi sorang pindah. Haha silly me. Seminggu before masuk sekolah itu, tetiba mcm2 cerita pulak dengar pasal sekolah itu. Dua orang budak sekolah rendahku dulu dapat sekolah yang sama tapi mereka hanya bertahan sebulan dua before drop out from that school and telling me not to go. Tapi barang asrama semua aku dah beli and my parents of course excited because I’m the only one going to boarding school. Jadi masuklah ke sekolah itu.
Sebelum masuk sekolah itu, aku ada mindset yang aku tak nak orang panggil aku “sotong” lagi. Just like Hannah Baker potong rambut dia and cuba jadi “new” Hannah Baker. So aku cuba berlakon bercakap seperti “lelaki” and act like one. Meh. Seperti Hannah, aku bertemu Justin Foley, Jessica Davis dan Alex Standall. Dalam cerita itu, Justin is Hannah’s ex but in my verison Justin is more like popular guy. Jadi masuk sekolah itu, Justin berkawan dengan aku tapi lama2 my old habit come out dan Justin tak nak berkawan dengan aku. Aku tiada masalah Justin tak nak kawan dengan aku tapi seperti Hannah yang gambar dia tersebar gara2 phone Justin. Justin di sekolah memburuk2kan ku dengan panggilan “lelaki lembut”. Yup jika dulu panggilan “sotong” kini nickname baru pulak “lembut” ,”pondan” and so on. So my friendship with Justin is over tapi hari2 still jumpa dia and worst duduk asrama. Shit. Masa aku mula2 masuk sekolah aku join silat in hoping silat can make me become a “man”. But nope I am still me and worst during training of course macam2 panggilan tak sedap didengari so I quit after one year. Selepas Justin, aku bertemu Jessica dan Alex. Dalam cerita itu, Jessica dan Alex adalah budak baru sama seperti Hannah and jadi kawan secara tak sengaja. But in my part, Jessica dan Alex adalah “lembut” seperti aku. So kitaorg berkawan pun tak sengaja but kitaorg tak berapa rapat. Seperti di dalam cerita, Jessica dan Alex tinggalkan Hannah, same goes to me. Jessica dan Alex berkawan dengan senior di sekolahku dan senior itu tak sukakan aku jadi either dorang kawan dengan aku or senior. So they left me, selepas senior tu tamat sekolah then they come back and trying to be my friends. Dorang kata tak boleh kawan dengan aku untuk setahun yang lalu sebab senior itu. When they come back to me, I was like “what, seriously are u f* kidding me” tapi dalam hati jela. I was all alone during my first year. Mmm but it is okay.
Langit tak selalunya cerah. Yup it is true. Tahun kedua pun worst. Kadang2 kau duduk diam tak kacau orang pun masih ada orang tak suka kau. Haha manusia. Kemudian aku jumpa Courtney, Courtney dalam cerita itu konon orang yang paling baik dengan semua orang. Courtney ketua kelas aku. Tak dinafikan dia baik. Dia dengan aku tiada masalah. Aku memang respect dia hinggalah keluar result exam. Aku budak yang biasa2 sahaja akademiknya tapi kalau aku tak tahu aku tak bodoh sombong aku akan jumpa guru waktu lapang untuk bertanya soalan. Result exam keluar aku dan Courtney hampir menjadi pelajar mendapat tempat pertama. Aku memang teringin menjadi pelajar tempat pertama bukan senang nak dapat dan banggakan parents aku. Dapat balik kertas periksa aku akan check betul2 mungkin cikgu tersilap bagi markah dan yuppp betul jadi aku jumpa cikgu suruh betulkan. Aku nak bersaing secara adil jadi aku bagitahu Courtney kalau ada apa2 dia boleh jumpa cikgu untuk periksa jika ada silap. Finally, aku dapat nombor satu dan Courtney tempat kedua. Syukur. Tapi kuasa Tuhan nak tunjukkan siapa Courtney dekat aku sebenarnya, selesai makan dalam perjalanan pulang ke bilik aku seperti terdengar orang bersembang sebut nama aku. Suara itu seperti sangat aku kenali. Courtney bisikku. Yup aku amati betul. Aku menyorok cuba dengar betul2 apa yang Courtney bualkan dengan budak2 yang jarang sekali aku lihat dia bersama. Kenapa dia menyebut namaku berulang kali. Rupanya dia tidak berpuas hati dengan keputusan exam. Dia menyebarkan fitnah bahawa gara2 aku selalu jumpa cikgu jadi cikgu kesian dekat aku jadi bagi markah lebih. Dia cakap aku guna2kan cikgu. Diam terkaku aku kat situ. Punah kepercayaan aku dekat Courtney begitu juga sedikit sebanyak terhadap manusia2. Courtney yang aku hormati sampai hati kau, aku esoknya jumpa cikgu untuk kepastian memang engkau pendusta. Sampai saat ini kau tak tahu aku ada disitu mendengar setiap bait2 fitnahmu. Ini untuk kau.
Hari berlalu hari jadi semuanya berjalan seperti normal. Apa yang berlaku antara aku dengan Justin, Jessica, Alex dan Courtney sedikit sebanyak membuat aku lebih berhati2 memilih kawan. Aku teruskan hidup seperti biasa. Namun dalam kelas jumpa orang seperti Ryan. Aku dulu cuba menulis diari untuk luahkan yang terbuku di dalam hati sebab aku suka pendam. Jadi ini mungkin solution untuk aku. Namun bagi mereka, mana ada “lelaki” menulis diari. Ryan mencuri diari aku kemudian dibaca bersama2 yg lain di dalam kelas. What is wrong with u guys. Jadi no more diary for me. Aku bakar. Now worst part. Gay. Yup gay. Sekolah asrama aku rasa mesti ada isu ini. Aku tak judge orang lantaklah kau lah. Kini masyarakat lebih open minded tetapi dulu tidak. Ntah macam mana, khabar angin dari mana aku dilabel “gay”. Mungkin tak cukup dengan “lembut”, “pondan” sekarang “gay” pulak. Mungkin aku easy target kot dah alang “lembut” mestilah “gay”. Dan adalah a few orang lagi dilabel gay kat sekolah masa time tu. Jessica dan Alex of course awal2 lari dari aku takut kena tempias bila perlukan aku baru dorang datang balik. Susah orang “lembut” macam aku nak menafikan label baru. Siapa nak percaya kan. Cakap macam mana pun siapa nak percaya. Khabar angin tu dahsyat aku jadi takut. Seperti Hannah yang dilabel pelacur bila berjalan di sekolah seolah2 ada rasa mata memandang begitulah apa yang aku rasa. Soalan “berapa ringgit satu malam” memang buat aku rasa sakit hati. Mula2 hanya lisan lama2 fizikal pula disentuh. Siap ada yang berani peluk aku depan cikgu perempuan cakap aku girlfriend dia. Aku terkejut. Diam terkaku. Aku masa itu malu teramat. Aku pandang cikgu hanya pandangan sepi diberikan. Terasa maruah tercalar2. Aku tahu siapa gay di sekolah itu tapi kalau aku cakap siapalah nak percaya budak yang aktif sukan tu gay berbanding si lembut gay. Lagipun buat apa aku buka aib dia.
Tak cukup di sekolah kini asrama pula aku diganggu. Dulu tak pernah orang nak tidur sekatil dengan aku. Tiba2 kini ada pulak. Sangsi aku. Jumpa orang macam Marcus dan Zach yang suka ambil kesempatan dalam kesempitan. Tangan merayap ditubuhku dapat ku tepis. Mungkin gara2 hormon mereka tak stabil. Bodoh untuk ku kenangankan. Orang seperti Marcus dan Zach dapat ku hadapi tetapi sukar untuk hadapi orang seperti Bryce. Orang seperti Bryce yang berlindung di sebalik “kelakian” mereka namun sebenarnya songsang. Selepas Marcus dan Zach, aku tak benarkan sesiapa nak tumpang tidur sekatil dan tidurku sepanas mana mesti berlapik selimut. Namun sukar untuk menangani orang seperti Bryce yang datang ketika aku lena diulit mimpi. Bryce lebih rakus berbanding Marcus dan Zach. Bryce pertama cuba buat tidak senonoh ketika aku lena namun dapat ku halang. Bryce kedua datang menindih tubuhku dalam gelap malam ketika aku lena dengan rakus cium aku dan memegang kedua2 belah tanganku. Sakit tanganku. Aku terjaga, lari lintang pukang dia. Tapi aku kenal kau siapa Bryce kedua. Bryce ketiga lebih melampau di siang hari gara2 tidak berpuas hati dengan aku. Dia baringkan aku di atas katil dan menyuruh kawan2nya memegang tanganku lalu dibuka baju ku dan dijilat tubuhku. Mata mata yang lain hanya melihat tiada yang membantu. Mungkin bagi mereka perkara itu lucu. Aku rasa jijik geli. Abis ku setal badanku. Aku malu. Pada siapa patut dicerita perkara sebegini. Aku lebih tertekan lebih diam. Hari2 aku mencari panadol untuk hadapi hari2 ku. Mungkin perkara sebegini lucu atau biasa bagi sesetengah orang tapi bagi yang menghadapinya ianya tidak lucu. Aku bernasib baik tidak seperti Hannah yang dirogol oleh Bryce. Gara2 Bryce, kini orang lebih berani menganggu aku. Junior2 tidak lagi hormatkan aku. Ada yang menghendap ku ketika mandi. Aku takut.
Orang tuaku baik seperti parents Hannah, namun sentiasa busy mencari rezeki dan tiada masa untuk semua ini. Hal peribadi sekolah tak pernah ku ceritakan pada parents dan cikgu. Aku sangka aku kuat hadapi semua ini. Mungkin ada yang lebih teruk dari aku. Selepas semua yang berlaku, aku menjadi kosong seperti Hannah aku dah tak peduli apa yang nak berlaku. Semuanya kelihatan kosong. Exam besar dihujung tahun tidak lagi penting bagiku. Aku mula berfikir pasal suicide. Memikirkan cara paling mudah untuk aku mati. Doa selepas solatku ialah mati, mati dan mati. Walaupun selepas apa yang berlaku orang seperti Marcus dan Zach masih datang lagi. Jadi korang buatlah apa yang korang nak. Jiwa aku seperti mati masa itu. Dunia aku dah tak sama. Aku sedar aku mungkin aku depress. Namun di sebalik semua itu, aku dapat peluang pindah sekolah. Ya aku pindah. Pindah jauh ke utara. Pindah adalah peluang baik untuk aku pada masa itu. Selamat tinggal nerakaku.
Sekolah baru jauh berbeza. Namun jiwa aku dah sakit. Ada peluang aku menangis. Kadang2 aku tak tahu menangis sebab apa. Hujung minggu tiada orang dikelas aku pergi ke sana dan menangis. Perkataan suicide masih lagi melekat dalam kepala. Aku pikirkan peluang2 untuk mati. Tiap kali naik bas pulang ke rumah aku doakan bas aku kemalangan. Gurauan aku banyak pasal kematian. Aku berpura gembira depan orang untuk sorokkan jiwa yang sakit ini. Satu perkara yang membezakan Hannah dengan aku ialah Hannah dah mati dan aku masih hidup menulis di sini. Jika ditanya apa yang membuatkan aku masih hidup hingga hari ini, aku masih hidup kerana aku ada Tuhan.
Penulisanku banyak aku kaitkan dengan cerita Hannah. Buat yang mungkin tak paham mungkin boleh lihat cerita itu dulu habiskan semua 13 episode. Lihat dengan mata hati jangan menghukum. Letakkan anda di tempat Hannah. Aku membaca komen cerita itu ada yang positif dan negatif. Yang negatif menyatakan Hannah overthinking dan macam2. Tapi we don’t know what inside someone head. Mungkin ada yang bersetuju atau tidak itu terserah. Maaf penulisanku bercampur bahasa. Lebih mudah untukku begini. Hidupku kini masih mencari tujuan. Semahu-mahunya aku lupakan masa silam. Tapi kadangkala masa silam masih menghantuiku. Jika mahu dicerita semuanya pasti panjang lagi. Ini aku cuba ringkaskan harap2 admin terima dan ada yang sudi baca. 13 reasons why membuatkan aku teringatkan kisah lama aku yang cuba lupakan. Pada awal mungkin sebab rasa kosong masih ada aku tak terasa apa pun melihat cerita itu tapi aku menangis pada episode 13. I wish someone help Hannah. Hannah buat aku flashback kenangan lalu. Aku kini tak sepenuhnya pulih depress kadang2 datang tiba2 tapi aku cuba. Aku terima diri aku seadanya. Aku tak kisah orang nak cakap apa. Nobody perfect. Goodbye Hannah.
– Hannah Baker
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit