Assalamualaikum.
Orang kata keluarga ni rahmat. Ada mak ayah, doa mereka ni berkat.
Tapi kenapa aku rasa terseksa? (dululah)
Semua kata-kata mak, ibarat tape recorder yang bermain dalam kepala aku non stop. Sorry confession aku ni panjang.
Aku asalnya tak ada masalah dengan adik beradikku. Aku sayang mereka semuanya. Aku taknak pun bergaduh dengan mereka.
Aku pun sayang mak. Tujuan hidup aku dulu nak gembirakan mak. Dulu lah. Masa aku innocent dulu.
Aku dulu jadi tempat mak meluah perasaan. Mak berdendam dengan orang sekeliling. Mak meluah pasal abang-abang aku dan kakak yang suka minta duit. Aku tanam azam taknak susahkan mak dari segi duit.
Aku dulu rajin tolong mak. Aku jadi yang sulung kat rumah. Siapa lagi nak urus adik-adik kalau bukan aku.
Abang-abang dan kakak aku jadi harapan mak. Ye lah dah sekolah pandai-pandai kan.
Aku mula nampak mak bezakan anak. Asal abang-abang dan kakak aku nak balik rumah, kami dikerah bersihkan rumah dan bilik mereka.
Mak masakkan lauk favorite diorang.
Makanan favorite aku pun, sampai sekarang mak tak tau. Kalau tau pun, mak buat tak reti je.
Bila mak luahkan sakit hati dia kat sedara mara, aku ni jenis dengar je lah.
Aku pernah jadi mangsa fitnah saudara aku, mak pula patutnya protect aku, tapi tak, mak pilih dengar cakap saudara aku tu. Aku namakan saudara aku tu, Tok M.
Mak dengar cakap Tok M sampai mak bencikan sedara mara yang lain. Aku ni walaupun budak, bukanlah tak reti beza pun orang niat baik ke tak. Aku tak suka Tok M. Dia suka cakap buruk pasal orang lain.
Tok M dah arwah beberapa tahun lepas. Mak pun dah tua-tua ni baru mengaku tersalah dengar cakap Tok M dulu.
Bila mak meluah geram pasal sedara mara yang lain kat aku. Aku jenis dengar, bukan side kan sape-sape. Aku pun jadi terikutlah mak, jadi tak berapa rapat dengan mereka sebab aku tau mak tak suka.
Aku tak salahkan mereka. Aku tengok mereka ok je. Tapi tak bagi mak. Semua mereka salah.
Mak salahkan mereka yang tak datang berjalan-jalan ke rumah kami. Bagi aku, siapa nak datang rumah kalau mak suka perli-perli. Ingat orang lain lebih rendah dari mak dan tak ada maruah ke? Lama-lama orang pun malas nak jumpa dah.
Mak pulak sakit hati dengan nenek dan mak saudara aku. Serba serbi aku buat, tak kena kat mata mak. mak ejek aku ni macam mereka. dengan muka mak yang tak suka tengok aku, aku tak boleh lupalah muka benci mak kat aku tu.
Adik beradik pulak sibuk masing-masing dahagakan perhatian mak. Sukalah mereka bila mak buat aku macam tu.
Nenek aku mungkin pernah salah kat mak. Dulu aku kesian kat mak. Bila aku dah tua aku tengok sikap mak yang suka buat muka, memanglah mak tak melawan mulut. Tapi orang tua bukanlah bodoh pun.
Dulu arwah ayah selalu berbelah bahagi bila balik kampung. Mana nak jaga hati orang tua, mana nak jaga hati bini.
Mak kata nenek pernah hina mak, mak pernah lari dari rumah nenek tengah malam sebab nenek mengamuk.
Waktu aku dah reti beza baik buruk, dlm umur 9-10 tahun macam tu. Aku tak nampak pulak nenek marah-marahkan mak. Setiap kali kami balik kampung, nenek dengan atuk masakkan bersungguh-sungguh untuk kami makan.
Atuk bagi juga duit untuk kami, walaupun dia kerja kampung. Mak saudara aku tu bagi juga duit, bukan tak bagi langsung. Mungkin tak capai standard mak harap. Harta arwah ayah pun mereka tak ambil. Nenek aku tu memang ada sakit pun dari muda, kadang dia ok, kadang dia tak.
Tak payah pun nak ambil hati.
Yang aku tau, mak akan ejek-ejek aku kata aku muka dan perangai macam nenek dan mak saudara tu. By the way, keluarga belah arwah ayah aku jenis soft spoken, jenis jaga hati orang.
Opposite dengan mak. Mak ni jenis lahar je. Silap aku kat sini, bila mak meluah apa-apa, aku ni tak jadi batu api, atau sejukkan hati mak dengan backup mak macam kakak dan adik lelaki aku buat.
Sampai sekarang 2 ketoi ni jadi penasihat setia mak. Abang-abang aku sejak dah besar sikit malas masuk campur. Adik-adik aku pulak dulu kecil. Sekarang dah besar, adalah yang termakan, ada yang tidak.
Sekarang ni cerita aku dengan mak pulak. Bila aku tengok mak makin melampau bencinya kat aku, aku masa tu memang tertanya lah kenapa. Soalan kenapa tu memang selalu ada dalam kepala aku. Apa salah aku, kenapa mak buat macam ni. Yelah tak normal kot mak buat anak gitu.
Umur 14 tahun aku mula melawan. Aku tak boleh dengar dah apa mak cakap. Depan abang-abang dan kakak, mak lain, belakang duk cakap lain. Aku pening dan serabut.
kalau dengan aku, mak lahar je. Dengan anak lain, boleh pulak mak cakap elok-elok. Abang-abang dan kakak aku bukan tau pun sebab diorang sekolah asrama penuh.
Aku ni walau melawan mak tapi mak tahulah aku ni dengar apa dia cakap. Aku mula tersedar yang aku ni seolah dipergunakan bila aku dah umur dalam 20 tahun lebih.
Lepas spm, aku tak guna duit mak sesen pun sampai dah kawin dan kerja semua. Aku bagi duit kat mak. Mak kata nak apa, aku usahakan bagi duit.
Lama-lama aku sedar mak langsung tak hargai. Hadiah aku bagi pun mak bagi kat orang lain. Hadiah aku untuk sedara mara pun, mak control kat belakang aku. Apa aku beli kalau tak berkenan kat mak, mak tak pakai. Few times macam tu.
Kalau tak pakai tak apa lagi, siap komen, tak cantik lah, buruk lah, tak sedaplah, murah lah. Tapi kalau kakak aku bagi, siap puji-puji.
Pernah sekali tu mak kata teringin nak baju sedondon. Aku pun belilah untuk semua orang. Mak kata kain aku beli tu macam orang miskin, sampai sudah mak tak sentuh kain tu.
Aku beli untuk semua orang. Kalau mak taknak, tak yah lah, ni kat semua orang pun dia tak bagi langsung.
Aku bagi duit belanja masa adik lelaki aku (seketoi yang kaki batu api ni) masa dia duk universiti.
Ye lah aku ni sayang gak kat dia walaupun dia ni mulut mengalahkan perempuan. Aku tau adik-adik aku yang lain kecik lagi sekolah masa tu. Sebab tu dr lps spm, aku bagi duit kat mak.
Tapi rupanya dia dah habis universiti, baru aku tau mak tak cakap . Mungkin lah mak tak cakap langsung kat adik lelaki aku tu sebab dia macam tak tau apa pun.
Mak buat macam mak yang bagi duit kat dia. Padahal aku dah asing, mana duit untuk mak. Mana duit untuk adik aku. Bila aku tanya, mak kata tak perlu pun adik aku tu tau.
Entahlah adik aku tu sampai sekarang dia rasa aku ni tak tolong dia. Aku memang terasalah bila aku tahu mak buat macam tu. Masa aku tahu tu dah few years lepas aku kerja.
Masa aku kahwin pun sama, aku keluar duit sendiri. Beribu duit, aku tau dah cukup sangat pun aku bagi. Tapi mak nak juga kata, dia ada top up sikit. bila aku tanya berapa, dia tak cakap berapa, dia kata adalah sikit. Konon je nak bagi sedap cakap kat anak-anak lain.
Kakak aku kahwin dulu beribu mak belanja. Aku ni kahwin pun keluar duit belanja sendiri, perabot bilik pun beli sendiri.
Kalau aku ni teruk sangat, tak perlu pun mak cakap taknak duduk dengan aku bila tua nanti. Kita tua ke, mati ke, kita tak tau pun macam mana. Mak cakap macam ni dari aku kecil tau.
Masa aku kecil, aku ingat lagi mak tak bagi aku sentuh mainan adik perempuan aku. Mainan masak-masak. Muka mak marah dan benci kat aku. Masa ni arwah ayah ada tau. Aku terkejut, sedih, tertanya apa salah aku. Dah lah segala benda aku kena kutip abang kakak punya.
Arwah ayah je tau perasaan aku. Arwah ayah tak pernah lebihkan sesiapa. Satu kena marah, semua kena marah. Satu kena salam, semua kena salam. Satu kena minta maaf, semua kena minta maaf. Mungkin lah mak lagi berbulu bila arwah ayah baik dengan aku.
Bila dah besar ni, mak siap cakap rumah yang ada ni untuk adik aku. Tak payah cakap pun lah kalau niat nak sakitkan hati orang lain. Cara mak cakap tu sengaja.
Tulis je lah wasiat. Mak dah mati nanti kami bacalah. Aku pun tak hadap duit dan harta mak.
Pasal bilik pun kelakar, masa aku kahwin dulu, mak nak tutup mulut orang je bagi aku bilik. Padahal aku tak kisah pun, ada bilik ke tak.
Bagi aku duduk dapur ke, stor ke, aku ok je asal tak menyakit hati. Aku dah tau pun aku ni sape kat mata mak. Tapi mak paksa aku pindah bilik nanti apa orang kata.
Mak siap cakap, dia dah pesan kat kakak dan adik perempuan aku kalau jadi apa-apa kat dia, macam mana harta peninggalan. Diorang je yang mak percayakan. Alah macam drama. Mak cakap depan muka aku. Perlu ke buat macam tu?
Masa aku dapat gaji first dulu. Aku memang dah niat sebelum aku kahwin, aku nak bagi semua duit gaji kat mak. Masa tu dalam kereta hari pertama aku dapat gaji baru balik kerja.
Entah macam mana, aku pun salah, aku tetiba usik mak, aku bagi sikit dulu, aku tak ingat berapa ratus. Muka mak terus berubah. Mak mula mengungkit semua benda. Keadaan jadi tegang. Aku kata aku memang nak bagi semua pun kat dia.
Entahlah mungkin mak tak percaya aku ke, rasa tersindir ke, bila aku bagi duit. Mak campak depan muka aku duit tu. Ya Allah sampai sekarang aku ingat aku menangis, aku kutip duit tu satu-satu. Kot ye pun tak suka, tak yah lah campak duit tu, tu rezeki.
Guess what lepas lebih 10 tahun kejadian tu, aku luah kat adik perempuan aku. Aku tak salahkan adik perempuan aku, mungkin dia ada sampaikan kat mak.
Baru-baru ni mak kata aku yang campak duit kat dia. Habis tu siapa yang kutip duit-duit tu semua, mak? Lawak apa mak buat ni?
Aku lepas habis universiti aku fragile dah. Aku tak boleh langsung dengar orang cakap kasar, kurang ajar dengan aku. Especially mak.
Sekali mak berkasar dengan aku, aku akan lawan balik. Aku nak mak aku faham. Aku terpaksa keraskan dan tinggikan suara aku.
Bukan aku suka pun. Aku tak boleh hadap dah mental torture ni. Tak yah lah cakap pasal agama ke, buat baik dengan ibu ke, aku tak boleh dengar dah.
Mak pernah kata aku ni penyebab arwah ayah aku mati. Kau rasa macam mana seorang budak nak hadap? Kau ingat budak ni takde perasaan ke. Bertahun-tahun aku hidup menyalahkan diri aku.
Mak tahu aku sayang sangat kat arwah ayah. Mak rasa puas tengok aku down. Mak semacam tak puas hati, bila aku bangkit atau aku happy.
Mak memang selalu jadi killer joy aku dari dulu lagi.
Mak memang tak minta duit direct dari anak. Mak akan cerita sedih-sedih. Aku dulu simpan duit untuk mak buat umrah. Katanya teringin nak umrah sebelum mati. Lepas tu mak kata takde peneman. Aku pun simpanlah duit untuk teman mak.
Sekali mak kata, mak tak nak pergi dengan aku. Nak pergi dengan adik lelaki aku (yang mulut macam perempuan tu). Aku pun kumpullah duit beribu untuk adik lelaki tu.
Lepas tu, mak kata nak pergi haji pulak. Aku simpan lagi duit utk mak. Sudahnya tiba-tiba mak pergi dengan abang sulung aku. Aku memang sedih la weh.
Masa tu aku bujang, memang aku niat nak teman mak. sape tak sedih bila mak kata tak nak pergi dengan kau. Rasa macam anak tak guna betul.
Kalau tak nak pergi dengan aku pun, takyah lah cakap direct. Bertahun-tahun aku simpan duit utk mak, kerja part time lagi. Sudahnya duit yang beribu aku simpan utk adik lelaki aku tu senyap macam tu je. Sebab abang aku guna duit dia sendiri. Aku rasa macam kena scam.
Sampai lah few years after, masa aku meletup sebab masa tu aku rasa tak dihargai sangat, aku sebut la pasal mana pergi duit ni. mak baru teringat konon. Lama juga lepas tu mak kata nak pulangkan. Cakap pulak depan adik perempuan aku, utk jadi witness.
Lagi lah sedih hati aku, nak pulangkan buat apa. Mak aku pun dah selamat pergi haji bertahun. Aku niat untuk adik lelaki aku buat umrah sebagai peneman mak. Aku cuma nak mak tahu, duit tu bukan datang saja-saja. Aku usaha cuba penuhi apa mak nak. Bukannya aku nak duit balik.
Aku ingat lagi masa aku nak pergi umrah dengan suami. Masa tu tgh construction kat mekah. So visa dilimitkan. Last minit kami dibagitau visa tak lepas. Aku dah ambil cuti semua. Memang terkejutlah.
Semua orang yang dengar berita ni takde yang nak sakitkan hati orang. Normal kot. Boleh mak aku gelak dan padankan muka aku. Kononnya Allah tak makbul.
Ya Allah. Pergi ke tak, semua tu dengan izin Allah.
Dalam 5 tahun lepas tu, lepas dah setel down semua benda, kami dapat pergi umrah. Mak drop off je kami kat airport, muka masam, salam pun acuh tak acuh.
Taknak keluar kereta langsung. Balik dari umrah, soalan dia ada sakit pape tak kat sana? Aku cakap selsema batuk biasalah cuaca sejuk.
Muka tak puas hati. Berharap aku ni dapat balasan macam cerita dlm mestika.
Tak lama lepas tu kakak aku pergi umrah laki bini. Bangga mak aku kakak aku masuk rawdah. Ni kalau dia tau aku dapat cium hajar aswad, mau jaw dropped sebab mak dulu pun tak dapat.
Tapi aku tahu dah, mak tak boleh tengok aku happy, so aku simpan balik dari umrah aku simpan tak cerita.
Adik lelaki aku (yang mulut macam perempuan tu) nak bawa mak aku pergi umrah. Bangga mak. Dah siap semua benda. Sekali PKP.
Mak takde cakap pulak doa tak dimakbulkan Allah. Tertangguh dekat 3 tahun kot. Takde pulak aku gelakkan mak dan adik lelaki aku tu takleh pergi.
Pasal adik perempuan aku pulak, dia menganggur dah 8 tahun. Aku tak kisah dia nak menganggur. Aku cuma tak boleh bila mak cakap pasal duit.
Mak puji melambung bila adik aku tak kerja pun, tapi boleh bagi duit raya kat anak aku. Duk lah sebut-sebut. Aku yang bagi duit kat adik perempuan aku tu mak tak cakap pulak.
Pernah juga lah kes rasa kena scam pasal adik perempuan aku, tapi kalau aku cerita semua panjang pulak.
Lepas tu mak duk lah cakap-cakap, aku kena bagi duit kat adik perempuan aku. Dah kenapa pulak? Bukan dia cacat pun, kang aku cakap fizikal yang sihat walafiat tu macam menghina pulak. Dah habis belajar universiti pun. Apa lagi.
Setiap kali aku balik, mak mengungkit takde duit. Padahal pencen RM1500 tu buat makan untuk mak dan adik perempuan aku tu je. Mak dah takde tanggungan dah. Apa lagi tak cukup. Rumah takyah bayar. Api air je lah. Anak-anak pun bagi duit.
Abang sulung aku pun bagi banyak duit kat mak. Aku rasa puluh ribu dah. Ni pun aku sedih. Apa la mak cakap pasal abang aku kat anak lain, sampai adik perempuan aku salahkan abang.
Tergamak dia, padahal kereta dia pun abang aku bagi, duit belanja lagi. Kakak aku pun boleh tahan batu api, konon back up mak, salahkan abang. Depan abang tak tunjuk. Tak boleh ke masing-masing tunjuk sikit rasa hargai pengorbanan abang.
Tu pun mak mengungkit kalau anak-anak balik, api air mahal. Aku sendiri balik pun, sekali setahun je. Paling banyak 2kali. Hujung tahun lepas aku slow talk dengan adik aku, nak bagi dia sedar lah supaya kerja je apa-apa, jangan duk saja kat rumah.
Sebab mak mengungkit tak cukup duit. Aku balik rumah pun paling lama 5 hari setahun, lagi 360 hari siapa perhabis duit mak?Adik-beradik aku semua menganggur bertahun sebelum kerja tau. Plg lama adik yang sorang ni lah.
Aku ni lepas degree, aku minta mak nak duduk rumah sebulan dua sebelum mula kerja. Aku taulah kerja aku, aku boleh demand dan pilih.
Tapi mak buat muka, desak aku kerja. Aku duduk rumah 5 hari je, tak hilang lagi penat angkut barang, travel semua, terus masuk kerja.
Orang lain menganggur, orang lain perhabis duit mak.
Dlm aku duk cakap dengan adik perempuan aku, dia ada sebut aku tak bagi duit kat mak. As if aku ni tak berguna lah. Aku terkejut mana dia tau. Tapi cara dia cakap, macam aku tak bagi langsung duit kat mak. Dia kata dia pegang akaun mak, dia tau sape bagi duit ke tak.
Start dari tahun lepas, aku tak bagi dah duit kat mak bulan-bulan. Ya betul. Tapi bukan tak bagi duit langsung. Masa aku balik, aku bagi duit kat mak.
Tu pun lepas ada satu kejadian tu. Bila aku tengok, aku hidup ke, aku mati ke, mak tak kisah apa pun. Aku nak tengok macam mana kalau aku tak bagi duit.
Actually aku dah tau pun, layanan mak takkan sama. Sebab aku dah tengok abang aku yang kurang bagi duit sikit, macam mana mak aku layan dia.
Adik perempuan aku kata apa masa tu? aku bagi duit ke tak, mak layan anak-anak dia sama je.
Tu kau. Bukan aku yang dah dicop dan dibenci yang dikatanya macam nenek dan mak saudara aku.
As expected, balik kali ni, baru duduk kejap mak dah sebut pasal duit. Adik aku menganggur tak pulak sebut duit, orang lain pulak kena bagi duit kat dia.
Memang dah bertahun ni, aku jarang nak mingle adik beradik sangat sebab aku letih dengan drama. Belum lagi adik beradik yang masing-masing nak tunjuk terpaling tahu, terpaling hebat, terpaling berbudi.
Nak up diri sendiri aku tak kisah, jangan sampai downgrade orang lain. Adik lelaki aku yang mulut macam perempuan tu mulut paling jahat.
Lepas dia menganggur susah dapat kerja, aku ingat dia insaf dan berubah lah. Lately lepas dia kahwin dan ada anak, aku tengok makin rasa diri hebat.
Boleh dia nak komen, nak nasihat macam diri tu bagus sangat. Tetiba je nak tunjuk bagus, ko dah kenapa?
Ko lah mulut paling jahat, dulu mengutuk abang ipar kau (suami kakak aku), dah kerja bertahun-tahun duduk menumpang rumah kakak aku tak malu pulak.
Sampai kakak aku kata semua makanan anak dia pun kau kebas. Depan abang ipar aku, kau main angin dia, pandai pulak.
Suami aku yang tak kacau orang pun kau boleh kutuk belakang. Bila aku pertahan suami dan keluarga dia, kau terasa, kau hasut pulak adik-adik lain konon aku ni hina korang, lebihkan keluarga suami aku.
Suami aku tak pernah sekali pun mengata korang, dah berbelas tahun aku hidup dengan dia.
Sebab tu aku tak suka nak duduk-duduk, kita niat nak beramah mesra adik beradik, tanya kabar lama tak jumpa ke. Dah jadi sesi kutuk mengumpat menghina. Sesi nak tunjuk pandai masing-masing.
Aku banyak duduk dalam bilik, nak elak daripada bergaduh lah. Sebab aku ni jenis kalau orang dah melampau sangat, aku tak duduk diam lah memang aku lawan nak bagi sedar. Tapi useless, manusia mcm ni memang takkan sedar.
Bila kita duduk dalam bilik, hasut pulak benda lain.
Malam raya, aku dah tau dah. Mak aku dengan adik perempuan aku je kat dapur tu. Sebab dulu, aku, adik perempuan dengan mak aku je lah duk terbongkok kat dapur. Kakak aku ni malas nak cakap lah.
Aku datang niat nak tolong. Mak cebik, jeling, dengan muka dia sama macam nenek aku dah. marah aku. Susah sangat ke nak cakap elok-elok?
Aku dah boleh bau dah dari hari pertama, ada benda lah tu mak tak puas hati. 3 hari aku buat tak nampak, buat tak tahu, taknak bergaduh lah.
Mak kata lepas ni dia taknak masak dah. Aku cakap ok.
Aku ok je. Bukannya aku tak boleh masak pun. Aku cuma malas nak dengar komen mulut jahat. Kalau aku masak, mak tak pernah makan sebab dia tak makan orang lain masak.
Sebelum ni pun aku dah pernah cakap kat mak bila dia marah-marah pasal makanan. Aku dah kata, aku dan suami tak kisah pun, kami ni jenis kalau ada, kita makan, kalau takde, takpe. Masing-masing dah besar, boleh cari sendiri makanan.
Dah bertahun dah pun, mak aku pun patut dah faham dah. Aku, suami dan anak-anak kalau balik pun boleh kira dengan jari je makan kat rumah mak.
Kitorang selalu beli atau makan kat luar. Kalau ada kuah je pun, takpe. anak-anak aku jenis apa orang hidang dia makan je.
Actually dah 3 hari mak aku masam, cebik, taknak duduk semeja dengan aku. Aku dah tau dah pun pasal duit.
Aku jadi trigger bila adik perempuan aku kata aku tak bagi langsung duit kat mak. Fitnah apa pulak ni. Ni kali kedua adik perempuan aku cakap macam tu. Kali ni dengan muka benci adik aku cakap, so mendapatlah.
Aku kenal sangat mak. Aku ni, kalau jenis nak jadi batu api antara adik beradik, boleh je. Apa je yang mak tak cerita dulu. Semua benda aku tahu.
Aku dulu pun macam adik perempuan aku. Bodoh, percaya je. Padahal tak perlu ikut sangat permainan mak. Huru hara ni semua sebab mulut mak. Tak puas hati dengan anak ni, cerita kat anak tu. Bukan bertambah baik pun.
Kalau pun aku tak bagi duit kat mak, kau sendiri tu buat apa? Makan tidur berak cangkung sape yang bayar? Sedaplah sebab mak back up selama ni.
Kalau aku cakap kang, kau sentap. 8 tahun tu patut takleh bagi alasan takde rezeki. Aku pun takde lah nak bergaduh dengan kau.
Dua kali aku minta mak cakap benda yang betul depan anak-anak. yang aku konon tak bagi langsung duit kat dia. Aku nak mak cakap depan anak-anak dia.
Aku nak dengar dari mulut mak. Jangan biar anak lain salah faham. Aku memang kasar dan tegas sebab mak mula dulu berkasar dengan aku. Aku ada record semua belanja aku bagi mak.
Tapi mak tak jawab depan anak-anak. Mak alih topik konon dia terasa hati dengan aku sebab kes lain. Sebabnya aku beli rumah tak bagitau dia. Pulak.
Kakak aku pulak jadi batu api, kata aku taknak adik beradik datang rumah. Sbb tu tak bagitau beli rumah. Konon masa tu lah nak back up mak.
Padahal tak pernah keluar pun dari mulut aku, taknak diorang datang rumah. Kalau ada pun masa tu kakak aku tengah tekan aku.
Aku fikir nak datang sekarang pun bukan siap lagi. Duk havoc buat apa. Patut lah aku pelik kenapa kakak aku provoke aku, masa aku telefon tu. Mengarut cakap aku taknak adik beradik dtg rumah, aku serabut waktu tu aku iyakan je lah. Dah tu yang dia nak aku cakap.
Sebelum tu aku ada cakap kat dia aku sedih, macam-macam alasan mak aku bagi taknak datang rumah aku, sedangkan rumah anak lain boleh pergi. Aku siap nak beli tiket flight utk mak.
Few times mak elak pergi rumah aku. Ada la sekali pergi masa tu pun terpaksa je sebab adik bongsu aku konvo. Ada ke aku tak suka adik beradik datang rumah?
Masa tu aku tau mak pegi rumah kakak aku. Benda sama waktu transit flight , mak boleh pergi rumah kakak aku berhari-hari, kenapa beriya taknak pergi rumah aku dulu walau satu malam? Salahke aku sedih?
Kalau aku bagitau aku beli rumah lain, ada beza ke tak, rumah sekarang pun mak taknak datang. Aku pun dah redha aku ni bukan macam anak yang lain.
Ada few reasons kenapa aku tak bagitau mak pasal beli rumah ni. Bukan TAKNAK bagitau ye, tapi belum sesuai masanya. Bukan kat mak je aku tak bagitau lah, semua orang pun aku tak bagitau.
Tengoklah sekarang dah tau pun, bukan menambah baik apa pun. Duk complicated lagi adalah.
Kat kakak aku tu pun, aku bagitau masa tu dia datang berjumpa sebab dia ada kerja. Bukan jumpa kat rumah aku pun, jumpa kat luar jugak. Aku tak kisah pun nak datang rumah ke tak.
Silap aku lah, terbagitau kakak aku. Memang aku tak sedap hati lps bagi tau. Rupanya dia lagi cepat jadi batu api, daripada faham situasi aku.
Padahal masa aku bagitau dia, masa ni face to face, aku kata aku tengah nak guna banyak duit skrg ni. Aku pun dah cakap, bukan masa lagi nak bagitau orang lain, nanti aku bagitau lah. Takkan kau tak faham dan tak boleh hormat? Aku pun siap pesan, jangan bagitau mak lagi.
Dah apesal pulak kau laju bagitau?
Patutlah masa aku telefon waktu tu, kakak aku provoke semacam.
Lepas tu mak tiba-tiba tanya soalan beli rumah ni kat aku dengan kasar masa aku call tanya khabar.
Now I can relate everything. Tapi takkan sebab aku beli rumah tu je mak nak kecil hati kalau takde tukang hasut?
Mak aku ni bukan jenis faham pasal orang lain pun, cepat buruk sangka. Dia nampak duit depan dia je, dia tak nampak kesusahan. Dia lupa dah masa dia susah dulu. Lagilah mak ada penasihat 2 ketoi tu.
Samalah aku dan anak-anak lain. Semua la jenis buruk sangka. Aku ni jadi buruk sangka kat orang, dari kecil memang dah diajar macam tu.
Aku pun benci diri aku, sebab aku tak boleh percaya siapa-siapa dah.
Dan mak jadikan alasan pasal aku beli rumahni, dengan bermasam muka 3 hari dengan aku. Aku takleh brain.
Dah lah. Penat. Aku pun dah clearkan masa bercakap dengan mak, sebab aku taknak benda ni berpanjangan. Masa bercakap tu pun isu nya pasal duit jugak mak duk sebut, bukan sebab aku beli rumah sangat pun.
Aku penat nak hadap drama. Aku balik nak raya dengan anak-anak. Nak happy – happy. Tiap tahun mak nak buat muka, dengan aku, kalau tak pasal duit, pasal benda lain. Ada je lah nak marah aku.
jangan kata aku tak tolong masa balik raya, anak-anak lelaki mak pun baru-baru je ringan tulang. Kakak aku pun sama. Adik perempuan aku pun aku dah agak sebaik mana pun dia, dia takkan tahan jugak kalau semua dia buat.
Bab kerja rumah ni pun malas nak ulas. Pendek kata, kalau taknak meroyan masa tua, ajar semua anak.
Macam mana mak tak jaga hati aku, macam tu lah aku tak jaga hati mak. Apa mak cakap, semua aku balikkan kat mak.
Aku dah pesan dan bagitau banyak kali kat mak sebelum ni. Aku dah tahap tak boleh langsung nak tolerate. Gitu cara mak pilih nak berkasar dengan aku, hadaplah.
Akhirnya, mak pesan kat suami aku, bawak aku dan anak-anak pergi rumah mertua. Kalau balik raya rumah ni pun tak yah bermalam, datang melawat je kalau rasa perlu.
Kesian suami aku, takde kaitan apa pun. sibuk je seketoi adik lelaki batu api tu heret suami aku, duk panggil suami aku. Mengada. Mujur suami aku professional.
Aku tak hairan pun apa jadi. Sedih memang sedih lah. Tapi aku dah boleh agak dah, dengan aku tak bagi duit bulanan gini. Soon or later memang mak akan buang aku daripada rumah tu. Dah lah dari kecik mak tak suka aku. Jadi aku takdelah down giler.
Padan muka aku lah sebab tak bagi duit bulan-bulan, mak cakap pasal duit pun aku buat bodoh je. Konon aku nak buat macam abang aku lah buat bodoh tak campur bila mak sebut duit.
Tapi abang aku tu bukan aku, yang dicop macam nenek atau mak saudara aku. Memang tak samalah.
Abang aku ni pun kesian dia. Dah la mak aku layan so-so je. Ada la waktu tu mak aku cakap sesuatu kat abang aku yang aku rasa tak patut pun cakap macam tu kat dia, sampai abang aku nangis.
Tapi tak seteruk mak kalau cakap dengan aku, dengan suara keras, mimik muka benci, jeling lah. dengan abang, mak cakap ok pulak.
Dengan anak lain elok pulak manja, dengan aku je mak allergy. Tak kira lah aku cakap baik ke. Layan baik ke. Tetap tak pernah cukup. Mesti nak sakitkan hati. Puas rasanya sakitkan hati orang.
Doa berkat mak ayah ni kena beli dengan duit rupanya. Kalau tak beli pun, make sure lah kau tu anak favorite, bodek-bodek mak ayah.
Aku syukur, walaupun dihalau senang cakap. Entahlah dulu rasa terseksa kalau mak benci, seboleh upaya nak bahagiakan mak. sekarang rasa bahagia, tenang. Aku tak menyesal apa pun.
Silap aku dulu niat nak bahagiakan mak. Sampai sudah tak dapat puaskan hati mak. Sekarang aku rasa buat lah apa pun asal bahagia diri sendiri. Kalau perlu set boundary, set boundary. Asal mental health kau sihat.
Manusia takkan berubah, kau lah yang berubah. Jangan harapkan redha manusia, hatta redha ibu. niat boleh, usaha boleh, tapi jangan harapkan result apa-apa. Usaha kecil ke besar ke, Allah pandang.
Kadang diorang takkan berubah sampai kiamat. Diorang lagi pentingkan ego dari hubungan silaturrahim. Let it go.
Diorang nak gertak dengan neraka ke, nak down kan kau ke, lantaklah. As long kau kenal diri kau.
Hidup je lah baik-baik.
Aku menulis ni pun just a way, aku nak lupakan. Hopefully tape recorder tu berhenti pusing.
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sekarang dah nak malam buta. Aku baru baca dari A sampai Z sebab aku frust tahap benci. Aku faham sangat keadaan kau. Aku rasakan sampai ke tulang. Kita serupa. Rupanya ada orang yang hadapi benda yang sama. Semoga kau tabah. Ustazah aku pernah cakap. Kalau mak suka mencarut nerakaa segala, Allah tak terima. Allah maha bijaksana. Allah tahu siapa salah dan siapa dalam kesusahan.