Assalamualaikum semua,
Aku berumur 26 tahun yang mempunyai kelulusan diploma dan menetap di Johor. Lepas je grad dip masa umur 21 tahun dulu, my parents tak galakkan untuk aku sambung degree, even on that time aku dapat tawaran untuk serap dekat ipta tu dan cuma sambung lagi 2 tahun setengah je. Sedih dia jangan cerita lah, sebab perasaan aku nak sambung belajar masa tu membuak-buak yela nak sama-sama dengan kawan, nak seronok-seronok sebab ptptn pun tak payah fikir, yang paling penting nak genggam ijazah tu. Walaupun aku tak ambil ptptn, tapi mama abah tetapkan duit untuk belanja aku rm250 je sebulan. (Alhamdulillah) Duit tu lah kau nak bayar duit rumah, nak bayar duit minyak tumpang motor kawan, nak makan nak tunggang nak terbalik. Pandai-pandai cari duit sendiri kumpul modal berniaga masa di kampus dan alhamdulillah aku boleh survive selama 3 tahun.
Mama abah nak aku berjinak-jinak dengan business yang diorang dah bangunkan sekian lama. Katanya aku je satu-satunya yang boleh ambil alih, diorang nak rehat dah tak nak fikir business. Aku pulak suka business, tapi masa tu tak suka jenis business yang melibatkan majlis-majlis protokol berjumpa client tu bincang then dapat job. Tak suka wei, darah muda katanya haha. Aku suka fashion, dress, tudung, model dan sewaktu dengannya. Masa tu agak ego sikit sebab malu lah senang-senang je nak cuci kaki je urus business mama abah tu sedangkan aku nak juga bermula dari bawah. Tapi untuk redha dan restu mama abah, akhirnya aku akur dan ambil masa berbulan juga untuk mula..
Alhamdulillah sekarang aku dah dapat kumpul aset aku sendiri sepanjang bekerja. Cuma keinginin untuk aku sambung belajar sampai tahap tertinggi belum lagi terpadam. Aku dah nyatakan niat aku untuk sambung belajar secara PJJ pada my parents , dalam bidang yang sesuai dengan kerja yang aku pegang sekarang. alhamdulillah diorang dengan besar hati galakkan, katanya dengan keadaan aku yang dah stabil diorang dah lega nak lepaskan.
So insya Allah aku akan sambung belajar bulan 9 ni dalam masa yang sama aku bekerja. Nampak macam eleh kau kerja sendiri je pun. Boleh je nak belajar-kerja apalah sangat. Wallahi, hakikatnya banyak tanggungjawab dan banyak yang perlu difikirkan dengan amanah yang diberi terutama pada kakitangan-kakitangan. Ni satu cabaran besar untuk aku imporve hidup lebih baik buat masa akan datang. Cara untuk aku manage masa baik, cara untuk berhadapan dengan pelbagai lagi ragam manusia dan paling penting cara untuk aku hargai ilmu Allah dengan baik. Insya allah.
Kalau sesiapa yang ada pengalaman atau tips kerja-belajar dalam masa yang sama ni boleh lah share dekat sini, boleh dapat serap semangat korang. Mesti ada yang lagi dahsyat macam yang dah kahwin dah ada anak, sambung belajar dengan kerja lagi. Mesti korang orang yang cekal dan tabah kan.. salute lah!
– Nisa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit