Salam semua warga IIUM Confession..ada sedikit perkongsian nak diceritakan, dan minta pendapat masing2 yaa…harap saudara/saudari boleh berikan pendapat yang neutral dan balance :D
So yes, “Pengakuan Kekasih” yang mana, buah hati aku, kami kenal 2 tahun dan serious sudah setengah tahun lebih and of course, kami dah merancang untuk berkahwin
Tapi kelmarin, dia buat pengakuan yang dia pernah terlanjur, dengan 4 orang yang berbeza, with a total almost 10 times…….pedihhhhh ;(
Sejujurnya, aku boleh terima dia, dan aku treat dia sama macam biasa…like “terlanjur” tu sekadar mimpi…sebab aku nak teruskan, walaupon dia yang rasa tak layak n mintak end sebab katanya “perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik”
Aku kenal dia dalam 2 tahun setengah guys, langsung tiada tanda social life dia macam tu…just a normal ordinary girl, yang sopan n baik…sepanjang perhubungan pon, dia jenis selalu text dan aku tahu dia keluar kemana, dengan siapa…samada dia update aku, atau dari igstory…
Sebabnya, yang kejadian tu pon, katanya dia dalam keadaan tak sedar, zaman naif, jauh dengan keluarga, so faham2 je la, buaya2 yang punya angkara…and one thing about her is, dia pon bukan jenis berfoya foya, so yes, dia baik orangnya
Guys, mak aku selalu kata, orang tua sekali tengok pon dah boleh berkenan dan bila dia tengok buah hati aku, dia okay, mak aku boleh terima tapi rasa macam biasa katanya…ye la, orang kata, manis tu boleh nampak, betul tak?? so after her confession, yaa aku dah tau, kenapa dia takde aura manis tu…
So settle bab PERKONGSIAN, dan sekarang bab PENDAPAT
Aku nyatakan kerisauan aku, dan korang bagi pendapat okay, thanks in advance ;D
So mukadimahnya, 4 orang kan, hmmm, katalah sejarah dia tu, ada leak proof (zaman internet, korang faham2 lah kan), atau salah SEKOR buaya tu datang porak peranda keadaan n bongkar isu ni…apa patut aku buat??
Sebab pertamanya, aku rasa bukan setakat aku, tapi parents termasuk keluarga jauh aku, semuanya boleh dapat malu ;(
Kedua, kalau leak, boleh ke aku yakinkan parents aku untuk terima dia?? aku anak sulung guys, disebabkan hubungan kitorang masih belum jauh, aku rasa parents aku akan insist untuk aku cari calon lain
Ketiga, kalau parents aku akan cuba suruh aku cari pasangan lain, patut ke aku ikut?? tapi aku taknak hancurkan hati seorang perempuan, besides aku sayang dia, yang mana hati aku pon boleh hancur
Keempat, adakah aku perlu buat keputusan untuk endkan hubungan ni lebih awal sebelum kami melangkah ke hubungan yang lebih jauh??
Kelima, korang ada idea lain tak?? :(
Hmmmmmm
Aku sayangkan dia, aku masih boleh terima dia, dan aku nak bimbing dia
Selain dari rasa sayang, aku tau dia bukan orang yang macam tu sekarang, sebab aku boleh nampak, kebergantungan hidup dia pada aku, dah macam pasangan yang dah berkahwin, dia hormat aku, so yes, aku percaya dia boleh jadi isteri yang baik nanti, In Shaa Allah
“Setiap orang boleh berubah dan setiap orang layak ada hidup baru, peluang kedua”
Sebab ini masa depan yang aku pasti, aku nak tempuh
TETAPI aku juga memikirkan masa depan keluarga aku, sejarah keluarga aku, air muka mak ayah aku…ibaratnya image keluarga besar aku, menantu2 semuanya, alhamdulillah masih baik2…
Ibarat yaa guys, aku tak kata aku poyo, tapi begitulah, sebab tiada lagi masalah2 besar dalam keluarga kami
Kesimpulannya, aku personally boleh jadi open dan dikategorikan dalam generasi millenial, berfikiran secara kritis because I’ll not judge with prejudise..but versus with makcik bawang, yang bukan hanya sekadar membawang, tapi mereka juga ahli keluarga aku, yang juga aku sayang
So geng, tolong yaa, aku buntu :(
– Safiq
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit