Salam semua.
Sesape yang tgh cari kerja meh sini baca apa yang aku nak tulis.
As an introduction, aku ni ex iium. Ada bukak franchise f&b. Akulah boss akulah kuli.
Staff aku tak ramai, 3 orang aje. Tp pengalaman iv candidates berpuluh orang. So aku share tips berdasarkan pengalaman. To company aku ni kecik aje tau.
Frankly speaking, syarat aku sebenarnya 2 aje, menjaga solat dan menutup aurat. Cukup 2 ni. Sebab apa, kalau patuh arahanNya insyaallah yang lain akan dtg dlm pekej, punctuality commitment jujur etc. Aku ni takde sepanjang masa kat kedai, so aku kena trust staff aku. Jangan kecam ye. Yang lain boleh belajar. So bila ada candidate wasap aku mintak keje, first thing first, aku tengok profile picture. Kalau profile picture berpeluk sakan dgn bf/gf awal2 aku reject.
Lepas tu aku tgk pulak ayat nak mintak kerja tu
1. Sis, ada keje kosong eh? – sejak bila aku jadi akak kau.
Ayat yang aku prefer – saya berminat dengan kerja kosong di syarikat puan.
Tolong jangan nak bershort form sangat ye. Tanam rasa hormat pada majikan.
Biasa dlm wasap aku tanya dulu, umur berapa, ada transport tak. Bukannya apa, takmo yang tua sangat. Less than 35yo aku amik. Kang tak larat plak nak angkat gula 20kg.
Transport tu pulak pasal kedai aku ni tutup kul 11 mlm. So late nite bas dah ada. Aku prefer jugak yang umah dekat senang nak balik.
So dah agree aku pun arrange interview.
Ha time ni paling penting untuk ko impress majikan. Please
1. Pakaian biar presentable. Kemas sopan dan bersih.
2.HP tu please lahhhhh simpan time interview tu. Company aku kecik aje kan, so interview pun kat meja makan kedai. Kalau time interview dok tgk tepon mmg aku reject.
3. Be confident. Tunjukkan mcm ko minat sgt dgn kerja ni. Time isi borang depan aku pun confidentlah.
4. Make sure u know basic english. Adik non sekelian, zaman sekarang ni keje apa pun kena tau english. Keje company aku ni kecik, tp kita deal dgn customer so basic English kena taulah. Ni isi borang pun terkial2. Especially kat bahagian next of kin.
5. Datang iv please jangan bawak mak ayah bf gf segala.
Hadoiiilah. Part ni mmg tak bleh blah. Mak siap duduk interview sama. Siap merayu supaya anak dapat keje. What the fish.
Ada tu pulak, bf/gf datang. Duduk sebelah. Tolong isikan borang.
Ada jugak isteri mintak keje, laki dok sebelah dukung anak. Muka mcm “Cepat lah tak abis lagi ke”
Wife pulak sikit2 dok lap hingus anak. Pleaselah. Wife tgh iv kopegilah bawak anak jalan2.
6. Kuku and rambut kena pendek. Aku tgk pun tak selera dgn kuku panjang tu, lari lah customer wehhh
So ms interview, aku akan cakaplah pasal solat ni. Then basic duties, pastu working hours and gaji. Kalau ko awal2 rasa tak boleh commit dgn working hours tu, bagitau awal2. Mungkin takde rezeki kat situ, bagi chance dekat org lain pulak.
So bila dah selesai interview ayat aku, “nanti saya call dlm masa seminggu”
So ko tunggulah aku call. Tak payah setiap hari nak tanya. Drpd aku nak amik, terus aku tak jadi amik psl annoying.
Bila dapat keje, jangan lupa sujud syukur. In case ko dapat better offer, bagitau lah dekat majikan tak jadi ni. Ni kata nak dtg, berjqnggut aku tunggu tak sampai2. Takde nya aku nak marah kalau tak jadi keje dgn aku.
Pastu kerjalah dengan penuh komited. Jangan kerjq sebab nak gaji aje. Kerja kena bersungguh2. Ni sakit perut sikit tak datang. Pening sikit tak dapat. Tolong lah. Kesian dekat co worker.
Jangan mengelat time keje. Ni siap boleh keluar time keje. Mmg aku takde kat situ, to bukannya aku tak tahu. Aku ni malas aje nak bising2. Jangan take for granted kalau dapat majikan baik mcm aku ni cheewahhh. Bila dah terkantoi baru menggelabah.
Common sense sikit. Masuk keje kul 2, kul 1.55 ko bagitau aku ko demam. Apakah????
Masuk kuje kul 2, kul 1.50 cakap takleh datang, kakak suruh pegi Melaka. Apakah??? Ni kan waktu kerja. Kenapa tak setelkan time offday.
Huhu pening mak nak. Tp aku ni majikan yang sabar. Ikut hati aku berhentikan aje, tp zaman sekqrang ni bukan senang nak dapat kerja.
Tolong jangan sia-siakan.
Tq for reading. Pesan aku, jangan tinggal solat. Itu punca keberkatan rezeki kita. Kalau anda seorang ibu atau bapa, rezeki gaji kita gunakan untuk isi perut anak. Carilah rezeki berkat.
– Aku majikan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit