Pengakuanku Yang Berdosa

Assalammualaikum admin dan semua pembaca. Jam dah pukul 1 pagi tapi aku tak mampu lelapkan mata.

So since tak mampu tu aku terasa nak buat pengakuan. Lepas baca confess2 yang terdahulu. Masing masing ada life masing masing dan bahagia dengan cara masing masing. Alhamdulillah. Tahniah diucapkan. Doa aku moga kalian terus bahagia dengan keputusan hidup masing masing.

Tahun ni aku dah nak masuk 3 series, alahai rasa tuanya dah diri ni, terasa banyaknya masa yg aku buang dengan sia sia & banyaknya rezeki yang aku bazirkan pada saluran yg melalaikan. YA Allah jika diizinkan, aku mohon supaya dapat aku perbaiki diri ini.

1) Boros
Ya, aku seorang yang boros, mana taknya sejak sejak ni satu bulan beli baju je sampai 3 helai. Satu baju dah harga rm60. Itu tak campur make upnya, accesoriesnya, makan kedai (padahal kat rumah ada lauk). Suami aku ni pula pun sama dengan perangai aku, tapi dia bukan boros bab material ( sebab dia g kerja pakai jeans lusuh je pun), dia boros bab makan. Jahatnya aku ni aku selalu gunakan sikap dia yg boros bab makan tu dgn ungkapan ‘teringin’. Pantang aku cakap teringin udah dan2 terus ditunaikan.. Ya, aku ngaku aku terlalu ikut nafsu, kononnya sebab dah penat bekerja kenalah self rewards. Nak makan sedap, restoran mahal, nak try makanan2 viral, nak shopping sakan. Padahal makanan2 tu kadang tak baik utk kesihatan. Dah la spent mahal gle lepas tu takde khasiat. Material pulak beli mahal mahal lama lama rosak jugak. Tak berbaloinya spent duit utk material yg tak kekal lama.Terukkan taste aku? Sungguh tulah tipu daya syaitan yg suruh membazir. Malunya…

2) Guna simpanan
Memalam ni bila nak tulis malu pun ada, tapi tula perangai aku, time nak simpan kemain semangat, kadang tu tahan lah setengah tahun acah acah struggle berjimat, at last sekali tak tahan sampai nak habis duit simpanan aku kerjakan. Kalau habis beli emas tu nampak la jugak. Ni ntah ape2 je lah yg aku belanjakan.. Paling jahat duit utk peruntukan beli rumah pon aku guna. Teruk tak? Tapi aku harap aku tak terlambat untuk berubah. Apa yg paling aku sedih dan ralat bila time aku berduit aku tak langsaikan penuh hutang pinjaman ptptn aku, dan sampai sekarang la aku bayar monthly RM200 tapi charge pentadbiran kian bertambah. Kalaulah aku sedar awal time berduit dulu kan dah senang hidup aku. Nasi dah jadi buburkan.. apa yang mampu aku buat aku akan cuba perbetulkan semula. InsyaAllah aku nak pasang target baru moga tahun 2018 aku bebas dari hutang ptptn! Amin. Doakan aku pls?

3) Rezeki tak berkat?
Pernah tak rasa macam tak cukup aje duit gaji bulan bulan? Haa tu aku selalu gak rsa, cukup memg cukup tapi jarang cukup utk menyimpan. Kadang aku terharu baca conffession org yang mampu buat saving sampai RM1.7 k sebulan. pehh!! memang salute la dgn kecekalan hati mereka yg istiqomah. Aku ni nak simpan RM100 sebulan pon sendu… Aku check balik kadang slalu gak aku belanja family. Tak pun bagi duit bulanan lebih, bayarkan bil hp parents, tapi still duit ckup2 makan, tapi tulah kadang laki aku cukup aku xckup kadang aku cukup terpaksa pulak topup bila laki aku pulak xckup duit. Aku buat dah belanja kawan, sedekah kat org miskin tapi tak tahu npa duit aku cukup2 makan je.Bila fikir2 balik mungkin aku slalu ngular kat office kot, dtg kerja pon slalu lambat pkul 8 masuk 8.15 baru smpai, kadang pernah sampai pkul 9 kalau jalan jammed. Lepas tu banyak borak kat pantry dari duduk buat kerja kat meja. Zahirnya memang ada kat office tapi buat benda yang salah, main fb, main game, layan ig.. Allah macam malu je rasa nak teruskan pengakuan ni. Laki aku pulak jarang jumpa family dia, so aku dapat rasa mungkin kat stu berkatnya kurang sebab jarang bersedekah utk family. Family dia pun jarang contact dia kadang aku tak tahu macam mana nak perbaiki relation ni, masing masing buat hal masing masing. Sedih kan? Aku pun kadang ada nasihat gak tapi tulah kadang duit cukup cukup makan tak berani nak cakap lebih lebih. Sebab rasanya banyak lagi diri ni yang tak betul sebelum nak betulkan suami sendiri. Tapi aku berdoa moga kami masing masing ada peluang utk berubah lebih baik. InshaAllah. You all…Doakan kami please?

4) Pesaingan tak sihat (pantang nampak org lebih & tak nak kalah)
Aku tak nak la tuduh siapa siapa sebab lebih baik aku tuduh diri sendiri, cthnya kalau kawan up g holiday. Mulalah aku usha laki aku ajak g holiday. Gitu jugaklah bila nampak kawan beli beg baru sibuklah nak g beli beg baru harga yg mahal gak. Tak sedar diri kan? Ptptn hutang pon xhabis lagi ada hati nak beli beg harga RM400. Bila aku fikir balik baik aku bayar hutang ptptn aku utk dua bulan dah boleh jimat byk kat stu. Tula bila nafsu menguasai. Padan muka aku kan?

5) Kurang buat amal ibadah.
Yang ni paling aku malu nak confess, semalu malunya.. aku ni rasa dah lama tak khatam Al Quran. sibuk betul dengan duniawi kan. Sibuk betul cari idea hari ni nak update status apa kat ig atau fb?. Aku pernah dengar hidup mula tak berkat bila Allah tarik sikit sikit nikmat masa. Kadang kejap je aku rsa 24jam aku berlalu bergitu shj.tapi bila flashback balik banyak benda tak sudah dan kurangnya amalan bekalan utk akhirat. Walaupun aku solat cukup 5 waktu ( nampak tak ada riak di situ) tapi solat aku tak mampu buat aku tak membazir, tak mengumpat & tak riak… so dapat agak tak kualiti solat aku macam mana?? Allah.. moga aku tak terlambat untuk kembali kejalanNya..malunya…

6) Kaki mengumpat & judge
Eceh eceh kononlah cakap diri ni nak berubah ke arah kebaikan tapi yang satu ni paling payah nak ubah. Cth dalam office tu ada org ni terang terang belagak, riak atau kena game dgn perangai2 tertentu dia macam kaki klentong, kaki kecam dll… & nampak best2 depan bos2 kita yg xtahu perangai dia.. ( yela siapa nak tunjuk pekung di dada kan?) dan aku ni pon joinlah bila dia takda dok mengumpat si kawan ni. (Guys kalau kita cerita sikap dia even betul dibelakang dia tu tetap kira mengumpat okayyy!) Tulah time nak ngumpat tu sempat lagi cakap maaflah “aku bukan malaikat..”. Ya betul dia buat tu memg salah dan obvious dia buruk perangai atau sbgainya.. tapi biarkanlah dia dgn dunianya.. Allah kan Maha mengetahui? Buat apa kita nak buktikan pada manusia sedang Allah sentiasa untuk kita… kalau rasa betul betul sayang kawan better aku private terus terang dgn dia kan bagus ? Tapi… nak ke dye trima??? Hurm tulah kadang ada benda kita tak perlu explain in details yg tanpa sengaja kita dah terbuka aib org atau mungkin kita bakal melukakan hati org…. sorry kawan.. bayangkanlah kalau Allah bukak aib kita? Allah!! Nauzubillahminzalik. Moga Allah beri peluanh utk aku perbaiki hubungan aku dgn kawan. Supaya tak bersikat plastik!. Pernah dgr tak? Bila kita jaga hubungan kita dgn Allah, Allah akan jga hubungan kit dengan manusia. Ok yg ni mampu buat aku terduduk. Kadang Allah hadirkan org2 yg baik atau buruk untuk menguji kita.. tapi kita tak sedar kan.. Allah.. ampunkan aku.

Rasanya tak mampu lagi aku teruskan pengakuan ni sebab malu sangat kat pembaca ( walaupun you all tak kenal aku) betapa berdosanya aku.. tapi tulah aku berharap sangat dgn bakal tibanya tahun baru, aku mampu berubah ke arah yg lebih baik. Aku harap sangat penyakit2 kat atas ni akan lenyap dalam diri aku dan keluarga aku. Aku harap aku dapat berjimat dan cepat langsaikan hutang hutang aku. Takutnya kalau fikir tak dapat langsaikan hutang sebelum waktunya… aku jugak harap perangai buruk suka mengumpat tu akan lenyap secepatnya, yela umur pn dah nak masuk 3 series bila lagi nak bertaubat weyyy,

Aku juga harap moga aku akan lebih banyak simpanan utk diberikan pada yang memerlukan. Terutama family aku. Moga Allah izinkan aku dan suami utk berbakti pada keluarga kami masing2 lebih lama dan moga kami ada jalan untuk kembali berubah menjadi anak2 adik atau abg dan kak yg baik. Bukan apa, kami ni ada anak so kami dulu kena berubah baru lah dapat mendidik anak menjadi org yg baik. Kalau kami sndri tak betul. Kami tak layak utk memaksa anak kami jadi baik. Betul x?
Harapan aku jugak supaya aku dapat tahan diri dari makan makan fast food slalu.. yela sekarang ni macam2 penyakit di usia muda, memanglah kalau Allah nak bagi sakit tak kira siapa tapi biarlah kita amalkan cara hidup sihat dan jaga diri dan kesihatan baik baik sebab diri ini kan nikmat Allah terbesar? YA Allah malunya pada Allah. Banyaknya nikmatMu yang aku dustakan. Jika masih dizinkanNya, moga ada jalan untuk kami kembali, maulud nabi baru je berlalu, aku sempat la terbaca 7 sunnah nabi yg bagus utk kita amalkan.
1) lazimkan solat tahajud
2)suka ke masjid
3)lazimkan solat dhuha
4) lazimkan bersedekah
5) baca Al quran dan terjemahan
6) jaga wudhu
7) istifgar setiap masa

Allah moga aku dapat istiqomah sedikit demi sedikit amalan sunnah nabi ni… bukan utk siapa siapa kan.utk diri aku jugak… jom pembaca semua kita amalkan perlahan lahan…

Setiap orang ada ujian dan cerita hidup masing masing.mari kita sma sama berlapang dada menerima kelebihan dan kekurangan insan insan di sekeliling kita. Mungkin cara & matlamat hidup kita berbeza, tapi rasanya motif hidup kita tetap sama. Iaitu Jannah Allah. Aku doakan moga sahabat sahabat pembaca semua dipermudahkan segala urusan dan dengan ekonomi yang kian menguji ni moga kita sma sama tabah dan berusaha utk memberikan yg terbaik buat org2 yg kita sayangi. Ya cakap memng senang kan.. tapi selagi kita tak cuba berubah kita tak tahu. Aku harap suatu hari nanti aku dapat confess balik kesan & hasil dari harapan yg aku baru semai malam ni.. itupun kalau Allah izinkan dan kalau masih punya waktu. Jom tanamkan niat ye sma sma.. kita lalui segala dalam hidup ni kerana Allah. Ya Allah ampunkan dosa dosa ku & keluargaku & semua pembaca confess aku ni..moga masih belum terlambat utk kami semua kembali meraih cinta MU.
Tiba 2 lagu mirwana bermain dkt ingatan. Aku tanpa cintaMu. You all pernah dengar? Moga sama sama kita istiqomah dalam berubah utk mengapai SyurgaNya..amin… maafkan aku semua jika aku pernah menyakiti,
Doa ku saat ini..
Ya Allah bantulah kami kembali pada AgamaMu, Ya Allah sihatkanlah saudara saudara kami yang sedang diuji dengan kesakitan, Ya Allah tunjukkanlah kami jalan yang benar. , Ya Allah bantulah saudara kami yangsedang buntu dalam kehidupan.. amin..

P/s : maaf ya kalau tulisan aku tunggang langgang… aku manusia biasa..

2.22 a.m

– Aku yg berharap

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit