Nama aku Mawar. Aku rasa diri aku ni bertuah dalam soal pekerjaan dan pendidikan sebab mempunyai pendidikan dan pekerjaan yang bagus.
Soal gaji, Alhamdulillah. Pasa usia yang muda aku dapat gaji yang agak lumayan.
Tapi aku rasa aku tak bertuah sangat dalam hubungan percintaan dan perkahwinan.
Untuk pengetahuan, aku juga mempunyai masalah kesihatan yang membuatkan aku tak boleh mengandung.
Aku bercinta selama 3 tahun dengan seorang lelaki bernama Fakri. Lepas 3 tahun, kami berkahwin. Malang nasib aku, dapat suami curang.
Sebenarnya dia dah curang dengan aku sebelum kahwin lagi. Tapi disebabkan aku buta. Aku terlalu percaya dia sebab dia kata dia boleh terima yang aku tak boleh mengandung.
Sebelum aku kahwin dengan dia, aku memang sangat jarang tengok handphone dia. Sebab aku percayakan dia.
Seminggu lepas kahwin, kantoi ada gambar perempuan lain dalam handphone. Aku gelarkan perempuan ni Ms. R.
Bila ditanya, dikata gambar lama. Dia kata dia kenal Ms. R ni sebelum kahwin.
Lepas kahwin dia dah tak contact dengan Ms. R tu lagi. Aku diamkan. Selang beberapa minggu, kantoi lagi. Rupa-rupanya dia ada akaun FB.
Selama bertahun aku dengan dia, baru aku tau dia ada akaun FB. Dan dalam akaun FB tu dia selalu post gambar-gambar dia dengan Ms. R.
Hati aku masa tu sangat hancur. Hancur sehancurnya. Menangis sampai hampir pengsan. Tapi, aku masih maafkan dia. Sebab aku anggap ini ujian berumah tangga.
Sejak dari tu, aku mempunyai ‘trust issue’. Selalu overthinking. Dia kata dia dah takde perempuan lain selain aku. Dia dah tak contact lagi dengan perempuan lain.
Tapi lagi sekali aku bodoh percayakan pencurang. Aku jumpa gambar diorang berdua. Suami yang aku sayang tersenyum mesra dalam gambar tu dengan Ms. R.
Aku menangis lagi dan merayu macam pengemis pada suami sendiri untuk tinggalkan Ms. R.
Kali ketiga kantoi, kalini sedikit berbeza. Kalini dia kantoi ada 2 handphone dan ada akaun Michat. Aku baca semua chat dalam tu, semua chat kotor dengan orang yang berlainan.
Sangat sedih. Lelaki yang tidur sekatil hari-hari sanggup chat kotor macam tu dengan orang lain selain Ms. R. Tetapi dalam masa yang sama, masih lagi contact Ms. R. Siap transfer duit.
Rupanya dia masih lagi contact dengan Ms. R selama hampir 2 tahun kami berkahwin.
Bila ditanya, macam-macam alasan yang tak logik keluar. Katanya masih contact Ms. R sebab nak balas dendam Ms. R curang dengan dia.
Kalau korang kat tempat aku. Apa yang korang rasa? Sangat tak logik dan tak boleh diterima.
Masih terima? Ya. Aku masih terima maaf dia. Satu benda yang aku perasan, lepas kantoi, dia akan bawa aku pergi berjalan. Kononnya nak pujuk aku dan biar aku boleh lupa.
Hidup kami berjalan seperti biasa. Tapi masa ni, aku dah tahap penat. Terlalu penat. Sampai aku berdoa. Lepas ni kalau Allah bagi petunjuk suami aku curang lagi, aku dah nekad nak cerai.
Kantoi lagi. Kalini lain pula. Handphone kedua yang dia janji nak jual, masih ada. Dia gunakan handphone tu untuk contact perempuan lain.
Tapi kalini bukan dengan Ms. R. Perempuan lain yang aku panggil Ms. A. Dia kata tak pernah jumpa Ms. A dan baru kenal berapa bulan.
Aku diam. Memaafkan lagi. Dia berjanji dengan aku. Kalini dia dah tak nak curang lagi. Katanya nak berubah dan nak jual handphone tu.
Tapi masa ni aku dah sampai tahap mati rasa. Aku masih tak puas hati. Naluri isteri kan lain?
Aku cuba save nombor Ms. A. Keluar gambar profile whatsapp Ms. A dengan suami aku. Tadi baru kata tak pernah jumpa. Masa ni memang hati aku dah 100% kosong.
Terlalu banyak penipuan dalam perkahwinan aku.
Selama 4 tahun berkahwin, semua tempat aku pernah menangis. Atas sejadah, atas katil, dalam kereta, dalam masjid, dalam mall, masa tengah memandu dan menaip waktu kerja pun airmata aku tiba-tiba mengalir.
Mental aku sangat tak stabil. Sangat kecewa sebab impian hidup yang aku nak bina dengan suami sendiri hancur sebab kaki curang.
Kenapa aku masih boleh memaafkan dia banyak kali? Sebab aku anggap ini ujian rumahtangga dan aku pun sedar aku banyak kekurangan terutama tak boleh mengandung.
Banyak kali aku berbincang dengan Fakri apa yang perlu diperbetulkan dalam perkahwinan kami. Aku berubah ikut apa yang Fakri nak.
Tapi, masih aku yang sering disalahkan tiap kali dia kantoi curang.
Akhirnya aku putuskan untuk bercerai sebab aku dah tak tahan dengan keadaan mental aku. Mungkin ini petunjuk dari Allah yang dia bukan yang terbaik untuk aku.
Aku seorang yang bijak dan mempunyai kerjaya yang bagus. Kenapa perlu bazirkan airmata dan hidup aku sebab lelaki curang macam Fakri?
Kita kahwin untuk bahagia. Bukan derita. Aku berbincang dengan Fakri kata nak bercerai secara baik sebab proses lebih mudah. Fakri setuju.
Akhirnya perkahwinan aku dan Fakri tamat pada usia 4 tahun perkahwinan.
Sejak dari tu, aku memang ada masalah ‘trust issue’ dengan lelaki. Dan aku fikir susah nak dapat lelaki yang betul-betul ikhlas sayangkan aku sebab aku tak boleh bagi diorang zuriat.
Kalau korang boleh ke terima pasangan korang tak boleh bagi zuriat? Cakap mulut memang senang boleh terima. Hakikatnya, tak boleh terima, macam Fakri.
Aturan Allah sangat indah. Aku berkenalan dengan seorang lelaki. Mula-mula memang aku tertutup hati. Tapi mungkin Allah nak hadirkan pelangi selepas hujan.
Dia berjaya yakinkan aku dan keluarga aku untuk terima lelaki dalam hidup aku walaupun perkenalan kami singkat. Allah permudahkan jalan untuk kami. Kami baru berkahwin 5 bulan.
Doakan aku bahagia dan perkahwinan aku kalini sampai syurga.
Yang benar,
Isteri yang pernah tersakiti..
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit