Assalamulaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin kalau cerita aku di approve. SPM memang susah untuk sebahagian orang yang tak bersedia atau main-main masa awal tahun form 5. Aku tergolong dalam dua-dua jenis ni jadi aku kena cari jalan yang paling mudah untuk score spm 2016 masa tu. Kalau nak baca buku yang tebal, aku rasa kurang sesuai sebab masa dah suntuk nak cover semua topik untuk 9 subjek yang aku ambil. Lagi pun aku bukan jenis yang mudah faham dan kena baca dua tiga kali dulu baru faham. Maka kalau aku teruskan dengan baca buku rujukan akan double atau triple masa yang normal. Jadi apa yang aku buat?
1. Buat latihan past year.
Benda ni memang cliche tapi sangat efektif. Soalan-soalan past year aku ambil dari internet, beli buku past year atau pinjam dari cikgu aku. Masa jawab soalan past year ni aku tak rujuk buku langsung sebab aku nak tahu tahap kemampuan subjek tertentu. Lepas aku check jawapan, aku akan cari penerangan untuk soalan yang salah dalam buku rujukan. Aku akan hadam betul-betul supaya lepas ni kalau keluar lagi aku dah tahu. Biasanya, aku guna teknik ni dekat paper 1 supaya senang aku boleh cover sikit untuk paper 2. Bila aku buat past year ni aku perasan soalan biasanya akan ulang-ulang je sampai kadang-kadang aku tak perlu baca soalan pun terus jawab je. Tahap kebergantungan aku pada teknik ni agak tinggi iaitu 80% alasan aku adalah sebab bukan semua yang dalam buku rujukan tu masuk exam. Ya, aku belajar untuk exam masa tu dan aku desperate hahaha.
2. Cari kawan yang pandai dan boleh mengajar.
Aku ada seorang kawan yang macam ni dan nama dia Zac. Zac jenis yang cepat pick up dan rajin jadi bila dia dah habis ulang kaji dia akan cari kawan-kawan lain untuk dia ajar supaya dia dapat kukuhkan lagi kefahaman. Aku admire kemampuan Zac tapi aku tak kuat. Aku boleh carry diri sendiri je huhu. Zac akan bercerita dekat aku pasal benda yang aku tak faham jadi aku tak perlu buka buku. Sometimes bila berborak pasal belajar ni akan senang lekat berbanding baca seorang-seorang. Teknik ni aku guna bila aku dah malas nak belek-belek buku.
3. Tingkatkan ibadah.
Siapa lagi yang berhak disembah melainkan Allah sedangkan kita ni hamba dan ilmu yang kita belajar tu milik Nya. Perlahan-lahan dekat kan diri kepada Allah dengan cukup kan 5 waktu dulu dan doa banyak-banyak selepas solat. Lepas tu, boleh tambah ibadah sunat yang lain macam solat dhuha, tahajud, qiam dan sebagainya. Boleh juga dengar ceramah dekat masjid atau youtube sebab bila aku buat macam ni aku rasa keyakinan dalam diri tu meningkat dan buatkan aku mudah faham apa yang aku belajar.
4. Minta restu ibu, ayah dan cikgu.
Minta restu bagi aku sangat penting sebab kita akan dapat keberkatan dalam proses kita belajar. Bagi aku belajar bukan setakat buka dan baca lepas tu jawab exam tapi belajar melibatkan pelbagai aspek dalam kehidupan. Jaga hubungan dengan mereka supaya hati mereka senang dan hati kita pun tenang. Ingat yang ilmu itu ibarat cahaya yang takkan masuk ke dalam hati yang kotor.
Sekian sahaja dari saya. Semoga bermanfaat.
– Mochi
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit