Terbaca confession First Time Mommy.
Saya juga pertama kali bersalin. Apa saya nak cerita lebih kepada selepas bersalin.
Selepas bersalin anak saya duduk di NICU. Selepas saya bersalin, nurse terus hantar baby masuk NICU. Saya hanya sempat cium anak saya je. Takde macam yang saya dengar skin to skin. Darah anak ada sedikit infection.
Selepas tamat kisah di hospital, masa berpantang dirumah. Emak saya masih bekerja, dan masa dia apply cuti untuk jaga saya. Cuti tu adalah semasa kami anak beranak dalam NICU. Jadi, cuti burn begitu sahaja. Adik-adik ada dirumah. Adik saya ada yang dah ada anak. Saya tengok masa adik dalam pantang senang je. Bagi anak susu, anak akan tidur. Merengek bila lampin basah atau lapar. Jadi, saya membayangkan benda yang sama. Sedangkan, hakikat sebenar lain baby lain ragam.
Anak saya bukan mudah untuk di handle. Bila berjaga mulut dia pun menyanyi (read: menangis) sekali. Hanya tidur dan minum susu je dia senyap. Kembung ke tak sama sahaja. Dan dukung perlu berdiri. Saya tak tahulah kenapa dia yang belum berumur sebulan pun lagi masa tu kenal bagaimana berdiri atau duduk. Jika dukung duduk, tangisan dia tak akan berhenti. Anak saya juga bukan macam baby lain yang tidur 3 4 jam terus menerus. Paling lama dia tidur hanya sejam. Dan malam memang tak akan tidur. Last waktu tidur malam pukul 8 atau 10 malam. Selepas itu dia akan berjaga sambil menangis hingga ke azan subuh. Kami suami isteri ikhtiar jugak jumpa ustaz. Tapi perangai dia tetap sama.
Susu ibu. Semua orang tahu susu ibu adalah terbaik untuk baby. Saya bukan dikalangan ibu bertuah yang dah boleh produce susu even baru melahirkan. Lebih lebih lagi saya mengalami puting buta tahap 4 kalau tak silap nurse beritahu. Anak saya tak nak menyusu direct dengan saya. Lagi pulak, masa dalam NICU diberi susu formula. Guna picagari, dia bukak mulut terus susu ada. Tapi bila dengan saya, dia hisap takde apa pun keluar. Susu ibu di aktifkan dengan hisapan baby. Saya usaha pam. Masa tu suami cuti lagi. Bila anak jaga dia yang dukung. Jadi saya ada masa untuk pam. Tapi bila suami dah start kerja. Saya stress, saya penat sangat. Bila anak tidur masa tu lah saya pun tidur. Nak makan pun tak lalu. Seminggu kemudian saya dah takde susu. Menangis saya meraung macam orang gila. Pulak tu, sekeliling support BF tapi kritik saya sebab tak bagi direct. Bukan saya tak paksa anak saya. Puas paksa tapi dia menangis sampai hilang suara. Cara apa lagi yang saya ada? Mungkin sebab saya takde ilmu breastfeeding yang cukup. Suami buat keputusan bagi je susu formula. Sampai sekarang kalau tengok baby baya anak saya menyusu badan, saya menangis dalam hati. Rasa tak guna jadi emak. Nasib baik saya tak beli pump yang mahal. Bila orang cakap nanti antibodi anak rendah senang kena penyakit. Saya berserah je pada Allah.
Saya bersalin masa minggu terakhir bulan puasa. Jadi masa raya ramai datang melawat anak saya. Tapi tak kurang jugak mulut mulut yang bercakap “apasal anak kau macam ni? anak orang lain dalam hari elok diam tidur je.” atau “susahnya jaga anak kau.” Ibu berpantang punyai emosi yang sangat sensitif. Menangis saya teresak esak mengadu kat suami. Nasib baik suami jenis positif. Dia selalu cakap sebab saya mengandung takde alahan walau sedikit pun, bersalin pun senang. Jadi Allah hadiahkan sedikit ujian selepas bersalin pada kami.
Bila orang tengok kami asyik dukung anak untuk mententeramkan tangisan, ada je cakap. “ajarlah anak berdukung esok esok kau tahulah nasib kau. nak berdukung je 24 jam.” Emak saya sendiri pernah cakap cuba biarkan dia menangis kejap. Kami pun biarkan dalam 20 minit dia menangis non stop sampai bunyi tangisan dah lain. Masa tu usia anak saya dalam 20 hari. Orang cakap anak saya sawan tangis. Ustaz ke 4 kami jumpa dia bagitahu anak kami bukan sawan tangis tapi memang dia dilahirkan dengan perangai suka menangis.
Sehingga anak dah nak masuk 5 bulan ni. Saya masih lagi belum pulih dari trauma berpantang. Syukur alhamdulillah, sekarang anak saya tidur malam. Berjaga hanya nak susu je. Dan dia bukan jenis yang kena dukung 24 jam. Tapi sampai sekarang anak saya bukan jenis tidur berjam jam pada waktu siang. Paling lama dia tidur sejam je waktu siang. Itu pun kena ada yang meneman. Kalau dia lena tanpa berteman, saya jamin hanya 15 minit je dia tidur.
Saya cuma nak pesan, pada mak mak yang dah ada anak 3 4 orang tu. Tolonglah jangan bandingkan anak saya dengan anak awak. Bandingkan masa pantang saya dengan awak. Sebab lain budak lain. Saya percaya budak lahir dengan perangai yang tersendiri. Kena ingat lain orang lain ujian dan dugaan nya. Jadi kalau melawat orang dalam pantang tu, mulut simpan sikit. Emosi ibu berpantang ni halus sangat. Salah cakap sikit boleh sebaldi air mata turun.
Assalammualaikum.
– Ibu Anak 1
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit