Pengalaman Bekerja Dalam Komuniti Ca Ya Nun Alif

Aku Ladybug, seorang Engineer yang berkerja dalam Company yang owner nye orang ca ya nun alif Malaysia. Company aku kerja ni family business, jadinya orang atas aku semua ahli keluarga.

Bos adalah anak lelaki kepada Big Boss, semua manager adalah anak bos.

Aku kerja sini dah hampir 5 tahun dan alhamdulillah, hubungan aku dengan bos ok dan hubungan dengan staf-staf lain pun ok. Company aku ni kerja ni total staff adalah dalam 120 orang. Majoriti orang ca ya nun alif dalam 70%.

Ceritanya begini waktu aku lepas graduate, aku dalam proses mencari kerja dan aku dapatlah kerja dalam satu company kat damansara ni.

Tapi kerja kat company ni, tak sesuai dengan aku. Sebab kerjanya hanya menghadap computer dan kene selesaikan masalah yang diberi sahaja.

Padahal waktu tu, aku nakkan kerja yang melibatkan orang ramai iaitu perlu arrange orang ke, perlu deal dengan orang ke. So end up, bila seminggu aku kerja kat damansara tu.

Aku terus apply bagai nak rak kerja kat tempat lain. Sebab aku tak nak bazirkan masa aku kat tempat yang aku rasa tak membantu aku dalam meningkatkan skill yang aku cari.

Lepas dalam sebulan aku apply, alhamdulillah. Rezeki dipanggil interview.

Dan lokasinya adalah dipusat bandar kampung aku. Jadinya, aku pun excited sesangatlah untuk pergi interview.

Waktu interview tu, aku dah cuak dan down sebab kat office tu, semua orang ca ya nun alif. Kirenye kalau ak masuk kerja. Aku sorang laa melayu.

Then waktu interview tu, cehh soalannya macam sembang je. Lepas 5 minit, manager yang interview aku ni pun suruh aku balik. Waktu ni, ak tulis kat resume ak.

Gaji aku sekarang RM2300. Memula ada jugak terfikir nak menipu tulis gaji RM2500 kat resume. Tapi waktu tu, aku takut gaji tak berkat pulak kalau aku tipu.

End up, company ni pun offer la aku gaji RM2300 sebulan seminggu lepas interview.

Bermula laa fasa, kerja di company ca ya nun alif. Hari pertama yang malang.

Aku demam tak tahu laa kenapa. Demam teruk, tapi aku gagahkan jugak pergi kerja sebab nak jaga first impression punya pasal.

Ni cerita 5 tahun lepas laa, waktu tu covid pun takda. Jadi nya, takde issue laa kerja time demam. Aku diberi tempat di dalam bilik. Dalam bilik ni, engineering department.

Ada sorang lagi engineer (c*na) dan manager juga orang c*na.

Tiga bulan pertama, Ya Allah tuhan je lah tahu.

Letihnya ya Amat. Aku diberi 5 projek sekali gus untuk handle. Biasa la budak baru start kerja, ramai jugak yang kata aku ni lembab laa, susah ikut arahan la. Projek yang aku kene uruskan ni susah, sebab kena buat dari A to Z.

Kena sebut harga, beli material sendiri, material dah sampai kena arrange kat production sendiri, pasang barang pun sendiri, packing barang sendiri kena pikir, nak arrange lori, dan semua sendiri lah, Cuma kalau projek tu besar sangat, aku mintak laa tolong myanmar 2 orang.

Walaupun aku pompuan, ak tak kisah pegang minyak hitam ke, grease ke, pegang spanar ke, aku buat je. Ni lah aku kena hadap selama 5 tahun ni. Letih nya, 2 tahun pertama je la sebab manager aku selalu buli.

Lepas tahun kedua, dia pun dah tak kerja situ. So lepas tu, aku berurusan terus dengan bos.

Tapi aku still kena buat semua kerja yang aku cakap kat atas tadi. Tapi waktu tahun kedua tu, ak dah pandai sikit. Aku mintak tolong orang production.

Sebab orang production ni otai-otai. Dorang ni dah tua, tapi banyak skill. So, bila aku nak mintak tolong. Aku ayat laa sikit cakap macam ni “You tolong saya sikit, saya tak tahu macam mana nak buat.

You kasi tahu sekali, lepas tu saya buat sendiri”. Haa ala-ala gitu laa. Kena pandai ayat weh dan yang penting tak boleh sombong. Otai-otai ni tak peduli pun engineer ke manager ke.

Dorang ni dah level untouchable dah. So, memang kena communication skill yang tepat untuk mintak tolong diorang. Lepas tu, confirm dorang tolong n ajarkan.

Dan orang-orang production ni, tak minat dengan colleague aku yang cina tu. Sebab sombong dan selalu cucuk orang. Dengan aku, diorang ok. Mintak tolong barang urgent, confirm besok dah settle semua.

Kalau korang berminat dengan cerita aku ni, nanti aku boleh continue macam mana aku tahan kerja dalam comapany ca ya nun alif ni.

So, ape yang aku nak buat kesimpulan kat korang dalam confession ni ialah Jangan Sombong kat pangkat korang. Korang sombong tak kemana weh, at the end lagi susah korang nak buat kerja sebabnya dalam pekerjaan ni adalah satu team.

Korang bergantung dengan orang lain atau department lain untuk deliver the project or product. Keduanya communication skill, haa ni penting untuk handle orang yang berumur.

Sebab apa aku tekankan, sebab majority yang baru nak kerja ni umur 25 macam tu. Dan korang kena handle orang yang berumur lagi tua dari korang.

Korang ingat, orang berumur ni kesah ke korang belajar dapat 4 flat ke apa. Dorang sikit tak heran dengan degree korang tu, bila masuk tempat kerja.

Degree korang tu boleh pendam dalam2 dan digging ilmu dengan orang yang dah kerja lama tu banyak2. Sebab dorang dah expert dengan situasi tempat kerja tu.

Even dekat myanmar yang dah kerja 10 tahun tu pun korang kena digging ilmu.

Yang ketiga nya, jangan malu bertanya. Aku faham, kekadang orang berumur ni. Kita tanya, dorang jawab acuh tak acuh je.

Tapi ko tanya je banyak kali bagi sendiri paham.

Aku kat tempat kerja aku ni, ramai je cakap aku lembap sebab banyak kali tanya. Penah sekali, aku kena sembur dengan orang jaga stor sebab ak buat tak ikut practise diorang, lepas dorang sembur tu.

Ko buat-buat laa sembang ringan2 dulu contohnya. Duduk mana, anak berapa.. Lepas dia dah syok sembang, ko pegi laa kat point ko tanya yang korang nak tanya tu. Memang akan makan masa n hati sikit. Tapi percaya la, tips ni memang mujarab.

So, sekian. Nak cerita sambung, korang inform naaa.

– LADYBUG (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *