Untuk part I, (https://iiumc.com/pengalaman-bekerja-dalam-komoniti-ca-ya-nun-alif/).
Hi, jumpa lagi. Ni aku buat sambungan sebab ada jugak orang request. Hehe. Yang positive kita ambik, yang negatif kita ignore je.
Anyway, tajuk tu sebenarnya klik bait je taw. So korang rilex2 sudah.
So first, mestilah aku kena explain pasal kilang dulu. Ok, Kilang aku kerja ni kilang machinery. Kilangnya dimana banyak menggunakan cnc machining untuk machine raw material kepada desired product.
Dan menggunakan welding untuk build structure.
Haa majority raw material yang digunakan dalam kilang aku adalah carbon steel, minor material seperti aluminium, nylon sheet, stainless steel, wood pun ada buat jugak.
Ok, aku nak cerita pasal department yang ada dalam kilang ni.
1- Turning department (cnc n manual).
Turning department ni biasanya mengeluarkan product yang berbentuk cylinder. Dan turning machine ni ada dua jenis, 1 cnc dan 1 lagi adalah menggunakan manual. Kiranya manual ni, takde keyin data dalam dia.
Terus larik ikut dimension. Dan usually cnc turning machine ni memerlukan gcode kalau tak silap aku, untuk keyin dalam machine.
Untuk gcode, aku takda knowledge ni lagi. Tapi berdasarkan code yang dimasukkan ini, cnc turning machine dapat keluarkan produk dengan tolerance 20micron.
Dan sebagai engineer yang kena purchased material untuk dimachinekan, haa korang takleh main sebatkan je beli material. Korang kena discuss dulu dengan machinist.
Sebab diorang perlukan extra size untuk tujuan clamping dan untuk tujuan surface finishing. Haa biasanya untuk clamping turning machine, 6-30mm extra panjang dari required dimension.
Dan untuk diameter, usually kami akan bagi extra dalam 5mm untuk pastikan dalam product yang surface dia lawa.
Ok, sifu turning department ni Chinese. Alhamdulillah. Baik orang nya, banyak beri tunjuk ajar terutamanya bahagian assembly barang. (nanti aku explain pasal assembly ye, sabar).
Tapi cara dia tunjuk ajar, dia tak bagi direct ilmu kat aku. Dia akan biar aku buat silap dulu.. Haha, hampehh betul. Pastu baru dia betulkan aku.
Mungkin dia nak aku betul2 ingat kot. Sifu turning ni suke mcd. Apa2 pasal mcd dia tahu. Haha. Ni aku selalu jugak la sembang dengan dia. Tapi dia lagi rapat dengan colleague aku.
2- Cnc milling.
Milling ni dekat kilang aku bnyk pecahan. Untuk korang punya information, milling machine ni. Function dia adalah drill lubang, gear making, bore drill, buat slot, big chamferring, groove, dan milling surface.
Ok, untuk milling surface ni contoh dia nak flatkan surface untuk dapatkan betul2 rata. Sebab kadang, raw material ni dia punya condition tak cantik. Ada bengkok sikit la, ada karat sikit la, ada dent sikit la. Dan kalau tak rata, susah nak dapatkan master reference.
Yang mana master reference ni digunakan untuk jadikan reference point untuk dapatkan dimension dan location lubang atau slot yang perlu dibuat. So, total pecahan untuk milling department ini ada 4.
2.1- Cnc milling (small machine).
Small machine cnc milling ni untuk capacity raw material dalam 1m lebar x 1.6m panjang. Tinggi tak pun takleh dari 50cm kot. Lebih dari size ni, takleh machine dekat sini. Dia masuk next depatment.
Ok, small machine ni pun boleh achieve tolerance drawing untuk position hole atau slot dalam 20micron. Dan untuk dimension hole and slot ni, kena tengok jenis pisau.
Kalau pakai reamer, usually size hole akan besar dalam 30micrometer dari size reamer. Kalau pakai drill, size hole akan besar dari size drill dalam 0.1mm.
Contoh yang senang, contoh kalau client request hole 10mm plus minus 0.2 ni korang hentam pakai drill pun boleh. Tapi kalau drawing request 10mm plus minus 0.02.ha ni korang confirm2 kena pakai reamer.
Ok, sifu small machine milling umur 40+, chinese jugak. Confirm laa baik, siap penah tumpangkan aku hantar aku kat servis centre kereta aku, sebab waktu tu aku servis kereta kat opposite fly over tempat kerja aku.
Tapi waktu aku first keje setahun, aku ada misunderstanding dengan dia. Sebab first project, aku mana tahu kena discuss dengan dia dulu pasal beli material tak ikut dimension dia.
Aku ikut drafter tempat keje aku je. Dan ada waste material banyak dan lagi worse, material tu special yang mana harga mahal gila. At the end aku dan dia kene dengan bos. Lepas tu, dia wechat aku cakap macam2.
Then aku reply macam ni,” im sorry. Thats my mistake. Anyhow i willing to learn. Anything after this, i will refer you first” .
Haa gitu. Lepas tu, dia mcm serba salah ngan aku sebab dia ada termarah aku sikit. Then lepas tu ok dan terus baik sesgt dgn aku.
2.2- Milling machine (big machine).
Haa ini untuk milling besar punya barang. Size yang maximum dia boleh buat 2m lebar 6m panjang dan 2meter tinggi.
Haa, function dia sama as small machine. Cuma dia ada rotating head yang mana boleh buat lubang atau dari x, y and z. X, y and z tu kalau korang mechanical insyaAllah korang tahu. 3hand rule kan dlu ada belajar kat kelas sains.
Tapi big machine yang rotating head ni, tolerance dia tak berapa cun sebab maintenance subcon team tak maintain sgt machine ni. Such a big loss.
Tapi untuk rough punya tolerance big machine still boleh buat. Dan ada machine lain jugak 2 bijik. 2 bijik ni bukan rotating head. So, dia punya pisau dari satu arah sahaja.
Untuk sifu dia, umur 40 plus. Chinese. Ni kawan baik aku. Haa apa2 aku cerita kat dia. Ada masa, aku tolong laa dia clamping product kat machine dia. Sebab nak clamping barang je pun perlukan penggunaan overhead crane.
So, sorang boleh kawtim tapi makan masa sikit. So, bila ada masa, aku gi tolong dia sikit.
2.3- Milling machine (manual drill hole).
Haa ni biasa punya machine drill hole. Tak perlu pakai gcode, manual kene positioned kan location hole atau slot. Tolerance location boleh achieve cuma 0.1mm sahaja. Sebab screen dia boleh tunjuk takat tu je.
Sifu dia, chinese umur hampir 60 dah. baik gak dengan aku. Ada makanan halal mcm keropok apa semua. Offer jugak kat aku. Tapi bising. Kuat ngular.
Abis kerja dia, dia tidur goyang kaki kat store sana. Walaupun store depan sekali atau depan boss, dia tak heran. Ni level untouchable dah.
2.4- Surface milling.
Macam aku cakap, function dia untuk flatkan surface betul2. Usually clamping pakai magnet untuk carbon steel. Untuk lain material, clamping pakai clamp dekat machine. Clamp dia pakai macam apit G tu tapi advance sikit.
Sifu dia, kawan baik aku. Umur hampir 60. Ada je boleh sembang. Paling otai sekali, ada problem lubang oversize ke pin dimension problem ke. Semua akan refer dia. Sebab dia ni kire banyak skill untuk solve the problem.
3- Logistic department.
Logistic atau store, function dia kan simpan stock material dan stock product. Packing pun diorang jugak. Handle logistic internal termasuk arrangement lorry semua.
Sifu dia dulu aku tak rapat sangat, sekarang ni baru rapat. Haa siap wish anniversary kawen lagi kat aku, sebab kebetulan laki aku hantar orang delivery bunga nmkat kilang.
Sifu store ni melayu. Umur 30plus. Suke memancing. Baik. Boleh bagi tunjuk ajar. Awal2 tu, aku tak paham sgt practise store punya kerja mcm mana.
Kebetulan 2 bulan kebelakangan ni, aku kena handle sorting barang untuk delivery item. So, selalu jugak pegi store. Memula aku takut dengan dia, sekarang ngam dah. Memula kena sembur jugak sombong la macam2, tapi aku tak kesah aih. Janji keje aku settle. Haha.
4- Cutting department.
Cutting department ni ada banyak machine, waterjet machine, plasma cutting machine, oxy cutting machine, laser cutting machine. Nak guna apa jenis machine kena depends on drawing dimension, tolerance, material.
Contoh kalau aluminium, kena guna waterjet. Sebab waterjet tak menggunakan suhu untuk potong. Kalau aluminium pakai plasma confirm2 aluminium tu lebur dlu.
Kalau untuk tight tolerance and thickness material tak tebal, kena guna laser cutting machine. Sebab lebih precise. Tapi kalau untuk plate carbon steel 20mm keatas tu, confirm pakai plasma cutting.
Sifu dia aku tak berapa rapat, chinese umur 40plus.tapi boleh minta tolong buat barang cepat2 jugak. Ni kaki kipas boss n kaki cucuk orang. Bahaya ni. Tapi alhamdulillah tak penah lagi cucuk aku. Ke aku tak penah tahu dia cucuk aku. Ah lantaklah dia.
5- Welding department.
Haa ni aku tahu secara kasar je la. Y aku tahu gtaw, smaw, dan ada lagi y aku tak ingat. Sebab welding department ni dekat plant lain. Dan sifu dia, ko bgi drawing. Dia terus arrange je.
Tak cakap banyak. Senang nak deal. Sifu dia melayu umur 40 plus. Tapi muke dia dengan bini dia awet muda. Baik jugak dengan aku. Kira boleh sembang la. Penah sekali moto aku dengan laki aku rosak, aku mintak tolong dia gak. Sebab rumah dia dekat dengan aku.
Sifu dia ni selalu buat jig untuk menyenangkan proses pemasangan structure. Untuk jig, usually banyak idea dia dengan bis boss.
Dan waktu first aku masuk kerja sini, aku penah belaja welding sikit. Sebab sifu dia ajak. Adalah dalam 2 kali pegang welding torch tu.. Belaja basic2 je. Sanggup ari sabtu petang session aku pegi belaja sekejap. Lepas tu, dah malas dah nak gi. Asal dapat basic ckup lah.
6- Qc department.
Qc department ni biasalah function nya untuk check barang in progress n outgoing item. Usually before packing, akan di cek oleh qc. Dan selalunya qc tak sempat nak cek.
Barang banyak sangat. Dulu aku tak paham. Ni sejak aku kene pegi store jugak, baru aku paham limitationnya. Barang keluar beribu dari satu plant, qc cuma ada dua orang untuk satu plant. Aku ada request dekat top management untuk tambah qc, tapi tu lah kekadang ada yang masuk tak tahan lama.
Penah aku rekemen 1 orang ni. Dia masuk 2 minggu je.hantu betoi, time nak apply keje bukan main ayat. Tolong laah kak, saya nak kerja.
Saya serius ni tak memain. Hantu betoi. Nama aku jugak kene bahan. Nasib baik time dia masuk aku tengah maternity leave.
So, takde kat tempat kejadian. Lepas abis cuti, baru kena bahan. So disebabkan limitation of qc, selalu jugak la ada barang reject. Tapi biasa kalau reply claim barang reject, aku lah tukang reply 5 why nya. Sifu dia melayu umur hampir 40.
Banyak pengalaman dalam cek barang, welding specification. Tapi kekadang suke tukar2 cakap sikit. Pening jugak tambah bila dekat dengan audit.
Haa jenuh, berapa banyak form dia create tak inform document controller. Haa jenuh. Tepuk dahi. Tapi baik jugak. Boleh sembang. Haha.
7- Fitup department.
Fitup department ni, biasa nya dia tukang fitup structure before pass to welding. Fitup ni akan guna tack weld dan ukur dimension ngam atau tak ngam before perfi ke full weld.
Haa ni department paling otai. Ada dua head. Dua2 head ni tak ngam antara satu sama lain. Dua 2 ada kelebihan. Satu head buat kerja sangat teliti.
Satu head lagi buat kerja cepat sgt, tapi selalu ada problem kalau bab tolerance. Tapi korang kena paham. Out of tolerance tu bukan bawah tanggungjawab diorang kalau fitup dimension ok, sebab biasanya fitup dimension ok tapi lepas welding tak ok.
Ni korang tahu sebab apa? Sebab kan distortion yang berlaku waktu welding. Dan distortion ni, kita tak boleh agak pun dia akan lari dari dimension asal berapa banyak.
Unmeasureable. Dan kenapa distortion berlaku adalah disebabkan heat applied on the structure during welding work. Dan biasanya welding head n fitup boleh cover distortion ni sebabkan pengalaman diorang.
8- Haa last sekali, office department.
Haa ni semua jenis paperwork laa. Dari audit, purchasing material, custom, quotation, hr, logistic managent n top management. Aku salah seorang duduk kat office. Tapi salah seorang production jugak.
9- Missing department.
Haha missing department dimaksudkan sebagai department yang aku wish ada di tempat kerja aku. Department y aku harap ada ditempat kerja aku adalah assembly department. Sebab actually assembly punya barang ni banyak jugak.
Tapi mungkin sebulan 2 kali la.
Dan usually satu projek punya assembly usually takes around 1 week. Tapi sekarang takde kan, so kena enjinyor la yang pasang sendiri dengan bantuan foreign worker dari myanmar.
Dan nasib baik lah foreign worker ni baik dan berpengalaman. Banyak bantu aku dan ajar aku.
Tapi usually assembly work ni turning sifu yang rajin gi tengok and tegur kalau ada something wrong. Dan usually lepas assembly work, kami akan proceed to load test procedure dan last sekali baru lah packaging dan transporting.
Tapi mungkin disebabkan satu bulan project nak pasang tu sikit, tu sebab kot bos aku tak form team untuk assembly.
Dan berbalik kepada tugas aku, haa tugas aku adalah termasuk pengiraan cost, sebut harga, purchasing material, scheduler, logistic pun kena buat jugak termasuk laa custom clearance untuk import plate.
Kekadang kena panjat jugak wisma kastam kalau ada benda sangkut, assembly project, reply email berkenaan dengan quality, represent company kalau ada quality issue, dosh audit pun kene take part jugak untuk buat sop, iso audit pun kena jadi dcc jugak.
Application miti pun aku buat jugak.
Dan disebabkan mungkinlah aku ni “rajin” dan jenis korang campak apa kerja kat aku pun, aku buat. Aku penah request mintak naik gaji. Alhamdulillah, dapat. Sekarang ditahap gaji yang selesa sangat dah.
Bab gaji ni tips aku, kalau korang rasa korang layak untuk mintak gaji. Korang mintak, fight for your value orang cakap.
Dan balik pada job scope aku, Nampak macam banyak, tapi ada time busy. Ada masa, boleh menyembang dengan orang production jugak.
Aku tak penah kipas boss, tapi kipas orang production selalu. Haa, sape lagi nak kipas kalau tak sesame kita betul tak.. Baru ada mood nak kerja.
Bila mood kerja syok, baru kerja smooth. Ni pendapat aku lah. Sebab aku still fikir orang production ni mcm gold atau satu aset yang mana kalau tanpa production tanpa product. N ingat tanpa product, boleh ada gaji kee.. Haa, gituu..
Haa bab bangsa pulak, alhamdulillah. Tempat kerja aku tak racist. Ok, perfect lah. Sebab semua dilayan sama tanpa mengira bangsa. Dan aku perasan, even at first ada some of them agak racist, tapi bila kita tak sombong, hormat, show manners. Diorang layan baik punya.
Dan punya bagus kilang aku kerja bila hari raya, alhamdulillah ada bonus siap dapat 2 bulan gaji. Every year ada increment. Even lepas pkp haritu kan ada hari raya.
Still ada bonus. Thanks bos. Love you laa. Dan bila chinese new year. Ada angpaw, kuih raya halal free. Angpaw untuk anak aku pun ada jugak. Bukan main kau. Time annual dinner, usually kilang aku buat kat tempat non halal.
So, untuk malay workers dia akan bagi elaun dalam rm50 sorang. Nak apa lagi kan.
Ni briefing pasal tempat kerja aku. Anyhow, kilang aku ni pandai jugak. Ambil perempuan untuk handle production. Satu kelebihan dia, selalu pompuan dengan laki.
Jarang gaduh. Dan kalau gaduh pun, takde laa sampai bertumbuk. Second, biasanya pompuan akan menang dengan lelaki kalau ada ketegangan isu.
Dan bos pun lelaki kan, kirenye kaum pompuan senang sikit untuk deal apa2 dengan bos. Haa, so untuk ladies engineer. Korang jangan takut, lady engineer banyak kelebihan taw.
So, untuk fresh grad dan lady engineer jgn risau naa. Janji korang tak sombong, eager to learn, insyaAllah. Korang boleh.yang penting, selalu bertanya dan pandai2 bawak diri.
Sebab aku masuk tempat kerja ni dulu, hehe.. Fresh grad jugak. Kena lembab siap. Sampai sekarang aku keep belaja. Ni doakan aku nak belaja lebih mendalam dalam bahagian welding untuk next year. Dengar kata company nak sponsor belajar.
P/s: even sekarang pun ada orang cakap aku lembab lagi. Hahaha. No worry. Tak effect hati i langsung.
Kalau korang nak extra cerita, korang inform. Aku sampai siap jadi wakil syarikat join dinner dengan orang2 besar. Segan weh. Tapi rezeki. Alhamdulillah.
– Ladybug (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit