Pengalaman Bekerja Dengan Bangsa Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lepas grad pada tahun 201X, saya intern di sebuah bank kat KL. Saja la apply intern sebab nak cepat habiskan credit subject je. Saya fikir intern selalunya kerja mudah tapi saya silap.

Saya kena liase dengan CEO companies, startups, jabatan jabatan kerajaan, buat polisi loan, mortgage. Padahal tempoh intern university saya 2 bulan je.

Maka selepas intern tu supervisor saya cari balik sebab nak bagi permanent position kat situ tapi saya tolak sebab hati ni tak tenang kerja direct berkenaan hutang riba, huhu.

Tapi bukan ini la fokus luahan saya ni, saya nak cerita pengalaman selepas daripada intern tu saya banyak bekerja dengan colleagues chinese…

Alhamdulillah saya ada kelayakan untuk kerja gah semegah Megah Holdings hehe tapi saya inginkan kerja yang saya minat, pegi kerja balik kerja tak jammed, toll murah dan dekat dengan rumah. Maka kerja area KL tu memang saya tak apply langsung lah.

Kerja pertama saya lepas grad ialah kerja kilang di bahagian R&D. Alhamdulillah saya seronok dengan bidang kerja saya. Di kilang A ni colleagues saya rata ratanya Melayu, tapi skop kerja saya memerlukan saya direct report to boss (chinese) merangkap founder kepada produk kilang tu.

Ex senior sebelum saya tak payah direct pulak dengan boss, bila turn saya jadi the only senior untuk team tu, saya kena direct report to boss pulak huhu.

Di sini bermula masalah peribadi saya sebab boss mula cuit peha la cuit bahu la pegang tangan la. Suka hantar video lawak yang 18SX. Mula message ajak keluar, bila saya tolak, siap pancing saya kata nanti dia bawak sports car dia pickup saya.

Masa tu memang terfikir pada siapa patut saya report? Nak report HR, takkan HR nak ambil tindakan pada boss pula, sebab dia founder company tu aduhai. Daripada gossip colleagues semua boss ni banyak try amoi amoi sexy je.

Ada la sorang Melayu pernah jadi girlfriend boss tapi dia sexy, yang saya ni dengan hari hari baju kurung tudung bidang 50 tu huhu.

Oleh sebab saya sangat tak selesa dengan boss, saya cerita semua pada manager R&D dan minta manager tu yang liase dengan boss untuk apa apa hal berkaitan kerja saya.

Selain daripada tu, saya juga kena habiskan projek besar company aka cuci tahi yang ditinggalkan oleh ex senior saya haha.

Dah setahun dia terlibat dalam projek tu, by the time projek tu dah nak complete, barulah orang sedar yang satu hape pun part dia tak siap.

Ex senior saya tu chinese yaaa.. Saya rasa pelik sangat sebab bangsa chinese kan generally known sebab diaorang kuat bekerja, rajin, kan? Ni kes rare pada saya.

Maka hari hari lah saya OT sampai 10pm gara gara nak menyiapkan kerja setahun dia tu, dalam masa 2 bulan! Lepas saya berjaya siapkan, saya resign.

Maka bermula lah journey saya di company B dalam bidang finance. Jujurnya bidang ni lari agak jauh daripada kelayakan saya yang asal nya student pure sciences. Tapi saya tekad untuk belajar dari bawah.

Hari pertama saya dibawa ke finance department, saya nampak ada team bahagian depan. Semua chinese, suasana senyap sunyi.

Kemudian saya dibawa ke bahagian belakang, semua melayu, suasana riuh, dalam hati saya berbisik harap harap dapat team belakang. Malangnya saya ditempatkan di team depan! Haha.

Okay takpa, kerja kena professional. Di company B ni saya category kan sebagai kerja yang mencabar sebab pertama, saya kena belajar accounting and finance from zero, kedua ialah language barrier sebab senior saya tak fasih dalam bahasa melayu, bahasa inggeris pula macam tak betul je haha.

Jadi susah saya nak faham dan senior saya ni selalu meradang dengan saya huhu. Saya namakan dia Ms S. Saya sikit pun tak terasa dengan Ms S sebab saya pun meradang dengan diri sendiri bila tak faham faham kan. Ambil masa 3 bulan juga la nak kuasai kerja saya tu.

Lepas 3 bulan baru lah Ms S mula ramah dengan saya, borak borak. Yelah sebab saya dah banyak ringankan beban mengajar dia kan hehe. Kerja pun dah laju, Ms S boleh balik awal hari hari. Ms S selalu nak borak dengan saya tapi dia akan minta maaf dulu kalau apa dia cakap tu tak sesuai.

Kadang kadang dia cuma nak cerita dia bercuti kat Bali, b*bi penyet kat situ sedap gila. Tapi dia takut saya kecam dia haha. Saya layankan je la cerita dia, saya tanya oh apa beza b*bi Malaysia dengan b*bi Indonesia? Borak pasal b*bi lah pulak haritu haha.

Ms S cakap dia takut saya tak suka dia sebab dia makan b*bi. Saya balas, saya tak boleh makan b*bi je, tu bukan bermaksud saya wajib benci orang yang makan b*bi, Islam tak ajar macam tu.

Dari situ saya nampak kenapa chinese dan melayu ni susah nak bergaul, mostly sebab benda benda sensitive yang tak sepatutnya dijadikan isu, jadi isu.

Okaylah lepas beberapa bulan saya kerja situ, Ms S pun resign sebab dia yakin saya dah boleh uruskan from A to Z. Sedihnya, saya nangis macam apa dah pada hari dia bagitau saya tu.

Depan meja saya ni ada sorang mamat chinese ni saya namakan dia Encik M. Muda, dan agak good looking. Selalu kena bahan dengan kakak kakak melayu.

Si M ni pula perangai dia terlalu suka berborak. Random sangat topik dia. Tanya pasal bill air lah, tanya tips bangun awal pagi lah, pasal bunian lah, tanya pasal kenapa takda Instagram lah siap panggil saya alien.

Saya ni dengan kerja bertimbun cuma boleh ha je dengar dia membebel. Sambil tangan laju menaip report. Kalau dilayan memang tak habis kerja. Yang menariknya, si M ni suka tanya berkenaan budaya melayu dan agama Islam dan politik.

Pendek kata, si M ni baru tahu yang parti Islam ni tak sama dengan ajaran Islam sebenar. Pada dia, apa yang dipaparkan pada media tu, itulah yang Islam ajar. Jadi dia banyak bertanya apa yang Islam ajar sebenar benarnya. Dia pun pernah tanya, pada you apa yang penting? Bangsa atau agama.

Wow soalan KBAT. Tapi saya jawab, sebenarnya agama paling penting. Dia balas, oh so you P*S lah? Hahaha saya taknak jawab. Saya cuma cakap, seseorang yang benar benar pentingkan agamanya, dia takkan terlibat dalam politik kebencian ni.

Lama si M tu terdiam memikirkan jawapan saya tu. Ntah lah mungkin saya salah tapi itulah pegangan saya.

Makin lama team chinese ni semua ramah dengan saya. Yelah diaorang ni kerja all out. Siapkan report sebelum tarikh submit. Balik 8pm setiap hari. Takda masa nak mingle around.

Baru ramah kejap lepas tu dah mula gurau ajak makan bak kut teh. Saya cuma balas, haram lah you dah kenape? Haha gitu.

Kalau dulu diaorang mesti takut kena kecam tapi kita sebagai orang Islam kita jaga akhlak kita. Kita acknowledge yang mereka cuma nak bergurau, kita jawab bersahaja je lah.

Dan jawab je benda yang fakta iaitu perkara tu haram etc. Jangan pula diaorang ajak minum alcohol atau pork you gelak gelak je lepas tu join sekaki lagi haru.

Dalam masa yang sama team kakak kakak melayu team lain suka panggil saya ke belakang sebab selalu ada makan makan. Tak kisah la pisang goreng ke cucur udang ke kuih sikit sikit ke mesti panggil.

Selalu saya kalau ada masalah tak faham accounting saya akan lari belakang tanya diaorang sikit sikit. Diaorang ni terlalu lah baik. Terlalu banyak benda nak sebut sorang sorang.

Walaupun team berlainan dan cuma berjumpa time makan makan je, diaorang sangat caring dengan saya. Selalu check kalau saya stress ke kalau saya OT sorang sorang ke. Paling tak boleh lupa 1 hari tu saya tak join lunch sebab nak pegi bengkel kereta.

Kak J tanya la kenapa dengan kereta, saya balas nak buka seat kereta suruh staff bengkel tu buang katak yang melompat masuk dalam kereta. Tak tenang drive ada benda lompat lompat kat kaki. Kak J terus offer teman saya pegi bengkel dan lunch sama sama.

Lepas setahun saya resign sebab saya nak kahwin dan rumah yang suami dah beli tu jauh daripada tempat kerja. Mendengarkan hasrat saya nak resign tu, habis semua cadangan pasal public transport keluar daripada colleagues chinese saya tu hehe.

Macam ada sesi presentation pun ada, semata mata tak nak saya resign aduhai. Bila saya berjumpa dengan HR, HR siasat kenapa nak resign, ada masalah tak dengan colleagues. Saya cakap langsung takda masalah, saya enjoy sangat kerja company B tu. Resign pun sebab rumah baru jauh.

HR sungguh sungguh korek cerita supaya saya tak pendam apa apa sebab dia suspect saya ada masalah dengan colleagues chinese tapi saya memang takda masalah, saya siap cakap one day kalau ada rezeki untuk bekerja, saya nak kerja kat sini lagi haha.

Sebelum resign sempat la saya edar kad kahwin saya pada colleagues semua. Kebetulan sebelum saya resign tu, si mamat kuat sembang M tu dah resign juga atas alasan susah bangun pagi katanya, sia sia saya bagi tips senang bangun awal.

Jadi malam sebelum majlis saya tu dia whatsapp saya dia sedih kenapa tak ajak dia. Aduh mana lah saya tahu dia nak pegi, saya pun ajak. Esoknya diaorang semua datang okay. Ang paw pula dahsyat hehe.

Kesimpulannya, pengalaman saya bekerja ni singkat je tapi boleh tahan juga la ragam colleagues chinese saya dah jumpa. Ada yang okay ada yang tak okay.

Sebenarnya sama je kerja dengan mana mana bangsa pun, takda beza melainkan dipisahkan dengan kemahiran bahasa dan stigma masyarakat mengenai stereotype bangsa masing masing je. Kita salah faham dengan dia, dia pun salah faham dengan kita. Okaylah panjang pulak meleret.

– Puan Singa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. betul, bergantung pada org.. to me, previous company kaw2 bully me.. so i mmg benci gila.. company skrg x toxic, i dh stay 6 years here.. best gila kerja sini.. its the person, klu kerja byk, kita stress bab kerja je.. habis kerja, dh xstress.. tp kalau ada org toxic/environment x best, mmg xleh kerja nyah.. sakit jiwa stay

  2. Love reading your life experience. I pon pernah kerja dng boss Chinese. Simply put, derang baik sangat. My second employment boss Chinese. The best boss ever. Garang tapi pandai ambil hati orang bawahan. Lain department semua takut dng dia, but me, I know how his mind works. Kalau semua kerja I siap awal, dia tak kisah I nk buat apa. Cuti tak payah apply, just finish apa yg sepatutnya you kena buat, than bagi tau esok u cuti. Dia tak kan kacau kalau kita cuti. Heaven kan. Mr Tan Jooi Loong, miss working with you

  3. I ada experience bekrja dgn boss “C” yg mmg ‘kuku besi’.. hari2 ada je ‘isu’ yg dia timbulkn, dan isu itu akn jadi isu ‘besar’ yg dia besar2kan.. nk bergaduh dgn dia, tp dia atasan kita, hari2 mcm dduk ats bara api.. tp, sbg org Islam, kpd Allah shj tempat kita mngadu, minta Allah jauhi org yg tak ‘serasi’ dgn kita.. lama2 bos tu pon ‘bersara’ dari tugas, dan pegawai2 yg dlu nya ‘kaki bodek’ dia pon dah ditukarkan ke tempat lain.. itulah lumrah dunia, x semua nya kekal abadi, hanya Allah shj yg tetap kekal abadi.. sekian

  4. Tu kdg2 aku xfaham kenape org racist sgt. Aku pgg kata2 ni “xsemua cina jahat dan xsemua melayu baik”. Kenape? Sbb 1st job aku dgn company melayu tp urmmm. Aku sampai msk hospital sbb anxiety. 2nd job company melayu juga tp ok. 3rd job company Chinese tp syok giler, aku resign pom sbb nak cri pengalaman lain bkn sbb toxic, company skrg, company chinese sg, bos baik giler tp senior toxic giler. Even Officemate aku skrg yg Chinese pom pernah kene dgn chinese. Ko rasa? So bkn sebab bangsa tp sbb individu itu sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *