Assalamualaikum,
Aku harini nak kongsikan kisah aku bekerja sebagai “Admin Assistants” di satu syarikat ni. (Aku dah berhenti dah pun) tapi aku tetap nak kongsi juga.
Okay bermulalah kisah aku bekerja dengan “Makcik Meroyan”. Aku ni adalah seorang yang berpewatakan seakan2 lelaki. Memang jenis yang banyak tanya kalau tak faham dan sangat commited dengan kerja. Aku ni lepasan sekolah memang tak pernah kerja mana-mana office kira this is my firstime lah kerja guna komputer apa semua. Even (CTL + C , CTL+ P) pun aku taktahu. AHAHA sedih hidup aku sampai sekarang kena bahan dengan officemate lama aku tu.
Aku ni waktu mula-mula kerja aku dah perasan dah perangai yang menjengkelkan pasal Makcik ni. Tapi aku layan jelah baru mula kerja kan. Aku bukan nak cakap diri aku ni baik sangat tapi kau agak-agak lah masuk kerja 8.30am-5.30pm. Datang office jam 8.30am boleh pulak ajak dia pergi “BREAKFAST”+ dengar dia membebel. Aku ni bukan lah jenis manusia yang suka nak dengar cerita orang even kisah cinta kawan2 aku aku tak suka nak dengar. Kira aku ni bukan pendengar yang bagus lah untuk kawan-kawan aku. Tapi kawan aku semua memahami aku.
Lepastu dah habis lah breakfast dia tu. Around 9++ okay masuk office dia boleh pulak menyinggah melepek dekat tempat duduk aku.Kira macam transit lah sebelum dia duduk tempat dia tu. Dia cerita lah kucing dia anak dia kerja lama dia semua lah. Aku ni mula2 kerja aku ni tatap jelah muka dia. Kang cakap aku biadap pulak tak pandang dia dok buat kerja. Kira lebih kurang 1jam++ dia boleh berdiri depan aku dok menyembang benda yang takde kena mengena dengan hidup aku. Macam aku cakap lah aku ni kan tak suka dengar masalah orang sekali dua boleh lah aku fokus kat muka kau. Ini tiap2 hari nak cerita masalah hidup kau dekat aku. Menanah telinga beb dengar. Aku pun dah start tidak menghiraukan dia.
Aku bukak lah email, pastu acah2 nak buat kerja apa semua. Tapi dia ni kira memang Tak lutt langsung kita buat macam ni . Kira dia macam tak faham bahasa. Dia masih terus bercakap. Sampai aku terpaksa bagi excuse nak ke toilet ataupun Smoking (aku ni perokok tegar dalam usia muda) bapak aku dah bising dah sebenarnya. Tapi tak tahu pahal liat sangat aku ni nak berenti rokok. Okay tak kisahlah bukan pasal rokok aku nak highlight kan pun. Berbalik pada makcik so dalam 1 minggu tu aku dapat kesan 1 perangai dia yang sangat kuat membebel tu. Membebel tahap Hardcore bhai. Kahkahkah.
Lepastu yang aku tak boleh tahan dia ni kaki mengutuk orang. Aku semak kepala nak mendengar sebab yang dia kutuk tu semua orang-orang dalam office tu. Dia ni kira selalu kutuk Ass.Manager aku yang sangat lah baik dengan aku selalu belanja aku makan lepastu sehari tu 3 4 batang rokok dia aku mintak takpernah dia marah ke ape. Maklumlah aku ni isap rokok harga Rm4 je kalau rokok habis kira teragak-agak lah juga nak beli dekat kedai runcit bawah sebab mana ada rokok seludup bhai. HAHAHA. Okay okay berbalik pada makcik tu dia kuat kutuk orang dengan kawan-kawan dia yang aku tengok rapat dengan dia pun dia kutuk gitu je. Aku ni lembut hati weh aku tak sampai hati nak cakap tentang perangai dia yelah sebab aku ni umur baru lah 20tahun dia kira-kira 40++ kalau tak silap.
Pernah lah sehari ni aku tengok dia dengan Manager aku bergaduh. Tekejut juga aku. Aku lupa nak cakap yang kerja dia dari pagi sampai kepetang duduk bukak youtube, tengok resepi kek dia dan main facebook. Aku sedar yang aku ni jadi banyak kerja aku buat since manager aku masuk lah. Dia cerita pasal SOP aku sebagai kerani cabok dan Exec Admin. So aku ni kira dah mengambil tugas dia. Katanya lah. Aku buat bodo jelah sebab bagi aku kerja aku ni tiada bebanya pun. Okay manager aku dengan dia bergaduh pasal manager aku cakap dia tak buat kerja duduk office tu. Memang betul pun biasalah bila seseorang tu dah salah dia akan jadi tak keruan suruh orang semua percaya cakap dia. Lepastu perangai dia ni bergayut dengan orang-orang kat Hq aku tak tahu lah ape perasaan orang tu dengar cerita dia yang sama je tiap2 hari.
Tapi aku kalau pegang telefon tak boleh nak cakap lama2 nanti tiba2 ada suara dari belakang “sembang ape tu ? Apa yang penting sangat tu” kau tahu benda tu annoying gila kau bergayut 2 3 jam aku sikit tak pernah menyampok lantak pergi kau lah kan. Emm sebab tu lah aku ni jadi malas nak bercakap sebab kang kalau aku cakap lebih-lebih ada je suara2 yang memotong cakap aku. Banyak sangat benda yang menjengkelkan pasal makcik ni sebenarnya tapi aku kalau cerita semua tak habis weh. HAHAHAHA contohnya aku datang kerja lambat 5min dia boleh membebel 2jam. Kan dah buang masa juga dia kalau nak suruh aku balik lambat 5min pun aku tak kisah dari dengar dia membebel. Haih aku ni tak pernah sekali pun tegur perangai dia kadang-kadang dia balik awal alasan pening kepala lah ape lah aku ni senyap je dia kata ini antara kita je.
Kira aku dah bersubahat dah haih ampunlah ya allah. Aku ni nak keluar rehat awal pun fikir 2 3 kali. Kadang-kadang dia suruh je aku rehat jelah . Tapi aku taknak lah ikut macam dia kalau ikut apa bezanya aku dengan dia nanti. Dua dua pun tak jujur dan tak amanah. Bukan lah aku ni amanah sangat tapi benda benda macam ni sangkut paut dengan gaji kita nak bagi family tak berkat lah nanti gaji aku. Even aku tahu kadang aku merokok waktu kerja itu dah kira salah gak. Tapi emm tu lah taktahu camana aku nak lari dari smoking. Bak kata ayah aku pokok pangkal hati je . Tapi hati aku tak cukup kental beb. Kahkahkah
Okay ada lagi satu, kira aku ni bertahan kerja dengan situasi yang tak normal tu sampai 9bulan macam tu aku memang dah taktahan nak kerja dalam situasi stress tu. Sebab niat aku sebenarnya nak buat Pjj dekat shah alam tapi bila aku fikir balik tak boleh aku nak buat dua benda dengan keadaan macam tu dalam office. Aku selalu mengadu nasib dekat kawan-kawan baik aku lah. Biasalah dorang akan cakap alahh berenti je banyak lagi kerja lain. Tapi aku sayang kerja ni. Sebab sabtu ahad aku boleh parteyyyy. Aku ni sosial tu boleh tahan juga lah bukan tahap aku g masuk club ke ape semua.
Paling-paling pun aku pergi karaoke pergi main snooker lepak mamak sampai subuh baru jumpa jalan balik rumah tapi rutin tu hari jumaat dan sabtu je. Bukan hari-hari sebab aku taknak lah hidup aku effect kerja aku so aku bataskan waktu enjoy dengan kawan-kawan aku. Lepastu aku ni suka motor aku ada motor kawasaki 250 bapak aku belikan. Okay pasal privacy aku pun si makcik meroyan tu nak pergi menjaja kisah aku. Dia boleh kutuk aku dengan pekerja baru. Dia cakap lah aku ni bangga bapak aku beli motor cash. Aku ni hidup teruk lah kalau kat luar aku nak beli exzos lah macam-macam dia cerita. Aku dapat tahu pun dari pekerja baru tu lah dia baru 2hari masuk kerja makcik tu dah kutuk-kutuk aku. So dia tekejut dia tanya balik kat aku kenapa dia nak cerita life kau dekat orang lain. Aku ni kan macam lelaki aku mudah rapat dengan lelaki so macam nak cerita apa semua diorang lebih selesa bercerita dengan aku. Aku dalam hati sebenarnya dah berapi dah dengar dia kutuk aku sampai menyumpah seranah dah. Tapi aku tetap diam sabar je dan redha jelah nyah. Aku ni dah penat begaduh zaman zaman sekolah so bila dah habis sekolah aku taknak lah perangai sekolah aku nak dibawa sampai ke tempat kerja. So aku penyabar siket kat tempat kerja aku stress siket rasa nak marah ke ape . Aku bakar rokok isap je depan pintu office tu. Tu cara aku lah. Aduhh kira apa benda je yang makcik ni buat semua nya serba tak kena untuk aku. Sampai kan aku masuk office pagi nampak je muka dia aku punya mood terus hancuss bederai dan terus kemurungan. Sampai macam tu sekali dia punya effect dengan diri aku so bayangkan lah macam mana aku nak teruskan bekerja dengan situasi macam tu dan aku ni dah tak ikhlas bekerja tak berkat bhai.
Okay aku ni pernah juga cuba nak mengubah nasib aku. Aku jumpa COO dekat damansara HQ kiteorang lah untuk cerita masalah aku dengan Makcik tu. Aku cerita A-Z . Tipu lah kalau aku cakap tak letak ajinomoto. Mesti aku ada punya untuk menyedapkan cerita aku. Biasalah kau kita ni manusia biasa yang tak lari dari buat dosa. COO tu cakap dekat aku sabar dia akan cuba selesaikan masalah samaada aku ditransfer ke mcm mana. Sebab gais bukan aku sorang je yang tak boleh dengan Makcik tu semua orang dekat dalam tu tak suka dia. Selam aku kerja 2/3/4 kali juga pegawai aku bertukar orang sebab sangat tak tahan dengan perangai Makcik tu yang suka sangat bagi arahan, mengarah buat itu ini , Busy body dll. Aku punya tunggu sampai nak dekat 3 bulan aku tengok takde perubahan dekat office tu malah Makcik tu makin bermaharajalela menjaja memburukkan orang dekat orang Hq seolah2 dia sempurna. Aku tak sanggup beb, Tak sanggup nak mendengar semua coretan dan rintihan dia yang katanya dia stress dengan orang2 dalam office ni sedangkan dia duduk tempat dia buat keje ape je. Itu semua propa beb. Aku punya tak sanggup sampai satu tahap aku duduk rumah aku terfikir pasal benda tu dan muka aku pula semakin naik jerawat sebab fikir masalah office tu sje. Sejak aku dah berhenti kerja muka aku pelolesss you olls. Okay bukan mainpoint pun. Aku hantar surat resigned lepas dia baru habis membebel dekat aku pagi-pagi tu. Macam biasalah dia terus melulu pergi call sini sana cakap aku nak berenti dan sebagainya. Kalau orang tanya aku, aku cakap je aku nak sambung belajar aku malas lah nak panjang cerita. Sampai aku ni sanggup edit surat tawaran belajar letak nama aku. tapi tak kesampaian nak hantar kat HR sebab dia mintak sekali je time tu. So aku pun buat bodoh je.
So, Hari last aku kerja ada farewell untuk aku dekat Damansara. Yang tak boleh belahnya MAKCIK TU!! Dia boleh pulak suruh aku buat skrip untuk cakap nanti kat HQ untuk puji dia melambung2 . Cakap yang dia tu pandai buat kerja , suruh aku cakap yang ass manager aku tak buat ape lah kat office kalau takde MAKCIK tu tak jalan semua kerja. eyyyyy aku sampai ya allah apa jenis manusia kau ni !! Aku ye kan aje je . Tapi atlast siket puji pun aku tak lontar kat dia . Dan muka dia terus berubah lepas aku tak buat ape yang dia suruh. Dalam hati aku mampus lah kau bukan hal aku ini bukan hal aku. HAHAHAHA. Okay bila hari last aku pun tunjuk lah perangai setan aku. So ada lah sekumpulan kakak2 dekat HQ yang boleh kata group gossip la. Dorang ckp kenapa aku nak berenti sebenarnya. Kau rasa aku cakap ape? Memang aku ckp lah faktor dan puncanya even aku rasa berdosa tapi ahhhhh aku dah last day. Saje nak bagi kepuasan pada diri sendiri. Hahahaha
Panjang lagi aku nak cerita tapi aduh aku nak pergi main gym pulak. Macam mana dia terseksa nak buat semua kerja yang dia tak pernah buat sorang-sorang kat office tu semua. Nasib kau lah makcik.
– BOY
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit