Pengalaman Bekerja Di Jepun

Hai, Hana is back! Terima kasih atas pandangan tentang pengalaman hotel berhantu di Jepun, https://iiumc.com/ini-hotel-ke-versi-jepun/

Sambungan cerita seram itu saya dengan Une chan teruk kena bahan satu department sebab pergi menginap di love hotel (s*ks hotel) berdua perempuan. Mereka siap teka-teki lagi siapa mangsa Unechan yang seterusnya. Saya hanya mampu menangis di bucu katil huhuhu.

Saya bertukar deparment engineering selepas kejadian itu atas sebab berlainan. Let’s get to main point.

Tadi saya membaca luahan tentang seorang perempuan berkerja di bahagian engineering dan telah memusnahkan rumahtangga rakan sekerja di page ni, (https://iiumc.com/tak-sengaja-musnahkan-rumahtangga-orang/).

Saya rasa geram, amarah dan tergamam sebab banyak perkara yang boleh dielakkan.

Untuk latarbelakang syarikat, department saya ialah machine design and production engineering department. Kerja saya melibatkan design machine, overview of machine assembly, production process development, product management, machine maintenance, layout design dan sebagainya.

Saya satu-satunya bunga dan dikelilingi oleh 40 orang lelaki jepun ada bukang ada dah berkahwin (kami dipecahkan dalam beberapa group)

Ada kerani perempuan 2 orang tapi mereka masuk kerja ontime dan balik ontime dan kerja saya kurang berkait dengan mereka. Saya juga perempuan 20an macam TT dan masih lagi solo.

Saya dan coworker berhubung secara professional. Kalau kena email/ ws/ line, kami akan pastikan ws itu padat kemas dan simple. Tak ada love2, emoji ke apa, itu tak professional.

Kalau di jepun, boleh dikenakan hukuman seksual harassment. 100% saye percaya TT akan dipanggil untuk tatatertib.

Kalau coworker saya akan bercuti atau outstation, saya akan minta dia explain kerja apa yang saya kena cover selama ketiadaan dia, siapa yang patut saya rujuk kalau ada masalah.

Sekiranya ada masalah yang saya tak faham, saya akan pergi rujuk ke pihak sales, technician, my manager, pergi melawat onsite dan berbincang problem solving yang paling berkesan dengan pihak management yang ada pada masa itu.

Saya cuma hantar email kepada my coworkers supaya dia boleh baca bila dia datang kerja.

Lepas sahaja coworker datang kerja, saya akan terangkan semua perkara dan dia pula akan buat perkara sama bila saya cuti. Saya sangat tak suka orang kacau masa privacy saya jadi kenapa saya nak kacau masa privacy diorang.

My department sangat-sangat menjaga skinship. Sedikit sentuhan sahaja boleh jadi kes sexual harassment dan boleh dipecat on the spot.

Sebagai contoh coworker nak bagi pen kepada saya, dia akan letak di atas meja dan saya akan ambil dari meja bukan dari tangan atau cara kedua, saya akan hulur tangan di bawah dan dia akan jatuhkan barang dari atas. Tangan kami tak bersentuh, apatah lagi nak hati berpaut.

Kalau ada skinship yang tak disengajakan, dengan segera kami akan minta maaf dan terus jaga jarak. Saya tak rasa akan ada masalah kalau TT be professional.

Setiap kali pergi outstation/menaiki kereta sekali, saya akan bawa beg untuk simpan barang2 peribadi. Tak perlu nak tinggalkan rantai dan simpan dalam kereta.

Untuk pekerja perempuan di onsite, rambut mesti diikat dan disanggulkan (tudung di masukkan dalam baju) untuk mengelakkan rambut/tudung tersangkut dalam machine.

Saya tak rasa rambut akan gugur banyak kalau ikut prosedur yang betul. Tak ada lagi saya jumpe rambut perempuan dalam kereta syarikat. Kalau tertinggal helmet, sarung tangan itu ada lah.

Bila dah jadi bunga dikelilingi kumbang sudah semestinya ada yang berhidung belang. Dahi yang berkawah pon akan nampak licin macam sutera kalau dah tak ada pilihan. Yang datang nak try, saya tepis dengan kiasan.

Kalau datang dengan aggressive, saya bagi amaran mulut dan minta coworker lain perhatikan si hidung belang kalau datang dekat saya.

Kalau nak menggatal jugak, saya report dekat HR dan bawa saksi berserta nota apa yang jadi lengkap dengan tarikh, masa dan tempat cukup maklumat. Kalau dia ws lgi bagus, terus ada bukti.

Alhamdulilah hubungan saya dengan coworker masih baik (tak kena pulau), tapi mereka tahu jangan nak menggatal dengan saya walaupun saya je perempuan kat situ.

Masa outstations, kami akan bersama dalam waktu kerja sahaja habis waktu kerja, kami masuk bilik masing2 dan buat hal sendiri, tak ada nak dating makan sama-sama. Kalau pergi 3/4 orang baru lah kami berkumpul makan sekali itupun hanyalah pilihan bukan wajib.

Walaupun saya menjaga iktilat dengan coworkers, hubungan saya dengan mereka sangat2 baik. Kami boleh main sport sama-sama, bergosip, pergi travel beramai-ramai, malah diorang sibuk nak ikut saya balik Malaysia.

Masak saya kalau bawa mereka balik rumah, confirm mak tak izin balik jepun semula. Kadang2 orang gelak tengok engineering department lelaki besar2 dan muka serious garang tetiba ada perempuan pendek terkedet-kedet di belakang.

Paling saya terharu, diorang jaga saya elok2 masa covid, tiap2 hari bawak makanan, minuman untuk saya. Diorang buat meeting nak beli makanan untuk saya, diskus apa tu halal, makanan ape yang saye makan. My coworker buat giliran hantar makanan sampai penuh peti sejuk di rumah.

Kalau nak cerita pengalaman di jepun memang banyak, tak cukup satu confession. Point saya walaupun bekerja di bahagian dominasi lelaki, kita boleh pilih mahukan hubungan professional atau sebaliknya.

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. take care sis, marah tu mmg marah tp kesian btl kt wife mamat tu,, susah klu org rasa dia “betul” sampai dh sondol rumah tangga org pun xpaham2, kata engineer.. teruskan jd org baik, yg ptg jgn aniaya org.. kot esok berbalik kt kita.. bygkan dh ade laki, tp laki curang, esk hantar confession diri sendiri terainaya.. hahaha.. benda blh elak, kita elak sis, hidup justify pakai otak pun fail, inikan nk ikut hukum agama.. hurmmmmmmmmmmm

  2. tuan rumah sebelah adalah ciri2 org narsistik , dia buat benda salah tapi dia rasa betul , end up wife K jugak disalahkan sbb cemburu , wife mana yg tak cemburu kalau jumpa segala benda dlm kereta husband dia..dah la sengaja post gambar tgh mkn berdua , taktahu malu sungguh.

    dan utk sis HANA , tahniah sbb jadi wanita bermaruah , semoga urusan awk sentiasa dipermudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *