Assalāmu’alaikum wa rahmatullāhi wa barakatuhu,
Nama aku Muhammad. Aku berumur 18 tahun, baru memulakan program A-Level di salah satu kolej berasrama penuh berdekatan Kuala Lumpur. Program ni bermula pada Julai lalu, maka aku mempunyai masa selama 7 bulan pasca-SPM sebelum memulakan semester.
7 bulan bukan masa yang pendek, kalau duduk rumah pun, tak buat banyak benda. Mak ayah pun sibuk, kalau asyik keluar dengan kawan, duit macam air keluar. Sebelum aku ambil SPM, aku approach salah satu owner supermarket yang terletak tidak jauh dari rumah aku. Bukan Tesco, AEON, Giant, Cold Storage, et cetera. Supermarket ni menjual barangan dari Timur Tengah dan sangat popular di Facebook. Aku kenal owner supermarket ni, hampir satu family, mereka bukan local. Sejak kedai ni satu lot kecil, aku dah kenal dorang, sebab aku suka bercakap dengan orang. Lagi lagi expats yang ramai tinggal dekat area rumah aku. Maka, before SPM, aku tanya boss dia aku nak kerja lepas habis exam. Dia terus ambil aku. Takda interview, CV bagai. Alhamdulillāh senang. Aku dengar ada kawan aku apply kerja tempat lain, hantar CV pun tak dilayan.
Aku start bulan 12, di kedai kebab mereka, sebelah je supermarket, macam subsidiary dorang la. Entiti lain tapi internal affairs akan merujuk kepada supervisor dekat supermarket tu. Kedai Kebab tu takda pendingin hawa (AC). Aku tak kisah pun mana-mana, nak memilih pun, aku siapa. Aku ambil shift 6pm-12am, memang penat. Faktor sebab kedai tu humid. Aku sarankan lelaki je kerja macam ni, sebab shift ni memerlukan kau untuk tutup account dan kira duit. Pukul 12 tengah malam. Namun colleagues aku yang orang Arab ni pun tutup shutter dulu masa aku nak kira duit. Faktor yang buat aku kurang sabar ialah customer yang takda adab. Aku cashier, bukan pembaca minda. Kau expect aku tahu kau nak makan apa lepas tu buat kerek. Kau beli kebab tu tak sampai RM 50, takkan budi bahasa kau lagi rendah daripada tu. Lepas beberapa hari kerja di kedai kebab tu, aku jatuh sakit mungkin sebab body clock aku distrupted. Mak aku suruh berhenti, start bulan 1.
Start bulan 1, aku dapat tahu position aku dah ada orang ambil, aku pun suka la sebab aku tak beberapa gemar jaga kedai kebab tu. Aku ditempatkan dalam supermarket. Dekat sini la aku jumpa orang yang pelbagai ragam. Dari yang biadap sampai yang buat kau senyum sampai ke telinga.
Antara insiden yang buat aku marah, seorang customer, pakai suit bukan main handsome, beli roti satu plastic bag, aku tanya la dia berapa dia ambil elok elok. Dia jawab “Count” dengan muka kerek dia. Manners maketh man, not suits.
Lagi satu, dua orang laki datang nak bayar dengan barang yang banyak, dengan aku yang scan, aku yang susun dalam plastic bag, kau berpeluk tubuh, itu aku tak kisah, dah kerja aku. Kau boleh pulak cakap suruh cepat sikit. Change is done by the one who demands it. Karang aku lempar semua barang kau lantak la pecah ke rosak, kau jangan marah aku. Aku pun sheepishly grin cakap sorry (customer is always right)?? dan cepat cepat pack barang dia. Nak cepat tu tolong la, ni tahu buat kerek pastu jadi tugul. Not long after that, masuk waktu Isha’ jadi aku pergi la masjid berdekatan nak solat. Bila aku balik daripada solat, ada lagi dua orang tu tepi jalan tersadai. Setahu aku, nak naik flight je yang memerlukan kau 20 minutes before departure.
Ada jugak yang suka buat kecoh. Datang satu family ni, beli barang. Tup tup lepas tu, kecoh sebab barang tu mahal daripada apa yang terpapar dekat tanda harga. Tengok tengok dia yang salah tengok tanda harga. Hat yang ni tak boleh buat apa, sendiri mau fikir la. Masa aku first day kerja, aku masih nak adapt diri dengan setting cashier supermarket. Ada satu laki ni, datang beli roti, aku tanya la dia jenis roti tu sebab aku tak pasti. Dia cakap “it’s your job not mine” dengan angkuhnya. Susah ke nak berbudi bahasa.
Customer memang banyak ragam. Ada seorang laki tu, lepas aku kena maki, dia belakang customer tu, time turn dia, dia cakap dia faham perasaan aku pastu dia nasihat la sikit. Ramai customer yang baik baik, they really make a change to your day.
Customer, dia datang kejap dan dia pergi. Kalau dia biadap pun, kau tahu kau takkan jumpa dia 24/7. Lain dengan colleague yang biadap, sampai kau rasa nak nangis kerja dengan dorang ni. Ada satu tu, suka bertelefon dalam toilet. Dekat tempat kerja ada strictly-no-phone enforcement. Aku faham kenapa. Lagi satu, lebih kurang umur aku dan acah acah rebel. Dia kerja dekat tempat timbang dan kadang-kadang, dia pergi merewang tempat lain sampai kena jerit jerit panggil dia. Baik dengan customer, atau dengan colleague, dia gaduh. Dia la yang tampar aku. Tapi dia ni, bila buat silap, manager tak marah pulak. Aku yang newbie ni, sibuk menolong orang dekat desserts section, dia tuduh aku depan customer tak buat kerja. Dia sendiri cakap kalau customer tak ramai, tolong kat dalam. Cash till ada 3. I suspect favouritism. Benda macam ni yang buat aku jadi tak suka kerja.
Dulu aku berniat nak tolong kedai ni flourish in terms of having a better international communication, better job structure, tapi pada hari-hari terakhir aku, I dragged my feet to work, sebab kena deal dengan orang yang bermasalah setiap hari, 10-6. Adakalanya aku ambil overtime, sebab nak cover up emergency colleague lain. Tu pun kena marah jugak. Salah satu sebab, aku sorang je cashier ada, customer sampai ke belakang, manager tu marah tak panggil dia untuk tolong. Nonsense. Bila aku lari tinggalkan cash till dulu untuk minta assistance, kena marah juga. Benda yang aku tak boleh fathom ialah cara pemikiran dia ni.
Disebabkan aku lah satu satunya local male yang kerja situ, I stuck out like a sore thumb. Aku jadi cashier, telephonist, stock counter bila supplier dan juga .. translator document daripada authority.
Tak lama aku bekerja, dalam 3 minggu bekerja, aku dah tengok perangai dorang ni, pentingkan diri sendiri. Dengan yang acah acah jadi boss, padahal sama je dengan pekerja lain. Dalam 1 bulan 10 hari aku bekerja, aku cakap aku nak resign. Aku dah tak kisah dah. Lagi lama aku stay, lagi cepat aku hilang sabar. Lepas aku resign, yang kerek bekerja panggil aku “best friend” la, “rindu” la, itu ini la. Dalam hati aku hakpuih la. Aku tahu dorang takda orang nak dipijakkan kepala sebab yang lain umur sebaya je. Budak hingusan 18 tahun ni boleh la kau permainkan.
Tak lama lepas tu, aku dapat kerja dekat office supermarket tu. Aku jadi telephonist, tukang email itu ini dan sbg. Bila aku kerja sini aku rasa aman sebab suasana lagi matang dan professional. Maafkan aku kalau ada orang nak kecam cakap aku ni lembik. Aku confident apa yang aku rasa di supermarket tu ialah tidak professional untuk adult working world.
Aku kerja di sini pun kejap je, sebab dah nak masuk bulan puasa dan ada orang nak replace aku dah. Dia graduate Psychology dari Brunei, orang Utara. Aku sedih bila dia cakap gaji dia ialah gaji yang aku mintak. Aku mintak gaji dengan consideration aku takda commitment dan bills to pay. 1500. Duduk KL, tengah KL, memang la semput. Dia bukan tak dapat kerja as psychologist, dia cuma nak rasa tempat lain dulu, tak silap aku. Aku yang lepas SPM ni pulak train dia kerja, dia degree holder. Aku fikir balik, Qadr Allāh. Aku doakan urusan dia dipermudahkan. Yang kelakarnya, time dia masuk tu, ada pekerja baru dari Yemen datang kerja dekat supermarket, as a date (read : kurma bukan dating) consultant, time tu nak start Ramadhan jadi supermarket ada buat Date Market. Baru-baru ni, aku terserempak dengan date consultant tu, dia cakap dia dah tunang dan nak kahwin dah dengan secretary tu. Terkejut beruk aku. Dia sanggup pergi Penang jumpa parents perempuan tu. Aku terfikir balik, Qadr Allāh.
Aku sekarang dah start sekolah dan pengalaman bekerja dengan sebuah f&b company mengajar aku banyak benda. Betul, kerja macam ni gaji memang bukan yang kau idamkan kalau kau belajar pandai, tapi pengalaman dan skills yang kau dapat, tu priceless. Applicable in your daily life, whether to troubleshoot your conundrums or to pick yourself up on tough days. Setakat sini je la confession aku, terima kasih admin sebab postkan dan readers sebab baca.
Assalāmu’alaikum wa rahmatullāhi wa barakatuhu.
– Punching Bag
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit