Pengalaman Beranak Di Musim PKP

Assalamualaikum admin dan pembaca. Terima kasih andai confessionku disiarkan. Pesanan pertama buat mak boyot yang bakal beranak: emosi kene kuat, hati kene kental.

Aku beranak di salah satu hospital kerajaan. Waktu appointment time pregnant, aku banyak kali tanya, kalau masuk ward first class, suami boleh teman ke time PKP ni?

Dan diaorang pon jawab “ye, boleh puan”.  Konpiden betol. Aku pon dah plan dengan husband untuk preparation admission semua, sebab aku dijadualkan untuk beranak secara caesarean section.

Disebabkan aku ni masuk dalam kes elective caesarean, maka dorang plan untuk amik test swab covid before operation since nature kerja aku as a frontliner di klinik yang high risk for covid 19 transmission.

Aku pon tanyalah, lepas ambik test covid tu, kene admit tak? Diaorang cakap tak payah, lepas swab boleh balik, then admit lagi 2 hari. Aku pon take note la pasal benda tu. Penting okey untuk ko estimate berapa banyak barang ko nak packing and prepare untuk admission semua.

Hari pengambilan swab telah tiba. Husband aku drop dulu aku kat PAC sebab dia nak cari parking. Setelah di soal siasat semua oleh doktor dan staf, turned out to be dorang nak admitkan aku terus sampaila aku beranak.

Aku macam errr cukup ke barang aku packing sume. Pastu alamak pagi tadi dah peluk anak sulung tapi tak cium dahi dia pulak wuu air mata berjujuran sekejap. Last aku jumpa husband aku time dia dropkan aku kat PAC tadi. Tidakkkkk.

Yang paling sedihnya, once dah admit, rupa-rupanya hospital dah tak allow any visitor at all, sampailah hari ko discharge (tak kisahla ko admit ward klas 1 ke, 2 ke general ward ke).

Air mata aku berjejer lagi sebab tak sempat drama mintak ampun dengan husband, yela takut plak tertutup mata selama-lamanya time lahirkan bayi.

Lepastu bermula la episod permainan perasaan dan mental kau dalam ward. Kau doa supaya semua dipermudah. Waktu tu kau fikir, sekarang ni antara kau dan Tuhan sahaja.

Kau doa supaya doktor yang operate kau tu doktor yang paling competent di muka bumi, yang GCS tengah full, yang otak tengah tenang, bukannya tengah serabut baru gaduh dengan anak laki bini. Kau doa supaya lepas operate, takde immediate complication yang jadi.

Musuh utama sekarang adalah permainan emosi kau sendiri. So, kau kene kekal tenang dan jangan putus doa.

Semua barang-barang yang husband nak hantar, kene pass kat guard dulu, then guard akan datang ward bagi tros kat kita. Kau kene ingat, bukan takat husband kau sorang yang pass barang, ada lagi 800 juta relatives lain pon nak pass barang jugak.

So bila husband kau mesej kata dah hantar makanan (yela mak buyung kan asik lapar, telan makanan hospital je tak cukup ok), kau estimate makanan tu akan sampai kat kau dalam masa 2 jam lagi.

Aku tak pernah rasa begitu happy nampak mak guard hospital sepanjang hidup aku. Tenkiu mak guard hantarkan makanan aku.

Ok hari pemberanakan pon bermula. Aku whatsapp husband aku mintak maap lagi kali ke seratus. Estimated timing caeasar dalam pukul 10 pagi.

Aku cam cacing kepanasan. Kejap tengok jam, kejap baca quran, nak tido lagi lah tak boleh. Mental kau betul2 goyah time tu. Too many ‘what if?’

Apa jadi kalau tumpah darah? Kalau tiba2 kene buang rahim? Kalau baby jadi apa2? Aduh nyaris murung aku fikirkan semua possibilities tu.

Dan tiba2 nurse datang, “puan, jom siap2, nak tolak puan masuk operation theatre”. Serious jantung rasa nak pecah. Pastu call husband kata dah nk operate. Aku mintak maap lagi buat kali ke 101.

Then, aku pon ditolak masuk ke dewan bedah. Kat dewan bedah, tiba2 aku terdengar houseman dok tanya nurse yang tengah attend aku, “kak, camne nak bancuh antibiotic untuk patient ni?”

Pastu nurse tu rilek je jawab, “cuba u tanya your senior”.

Aku cam weiiii napa kau tak study dari semalam cara2 nak bancuh antibiotic ni. Aku dah terpacak depan mata ni ha baru la ko nak menuntut ilmu bancuhan antibiotik. Aku dah la tengah seram sejuk ni. Yihhhh.

Tapi apakan daya semua ayat tu sekadar monolog dalaman aku sahaje.

Fast forward crita, dorang pon start operate aku. Time diorang cauterize lapisan perut aku, aku siap boleh bau macam daging bakar.

Kau paham tak, kau macam lapar gila sebab semalaman berpuasa sebelum operation, tiba2 kau rasa berselera sebab terbau daging bakar perut kau sendiri. Sedap pulak bau. Aku teringat lamb steak tonyroma.

Ayat yang aku takkan lupa sampai bila2 adalah bila surgeon inform the whole team,

“OK BABY IS OUT! GOOD JOB TEAM!”

Aku dengar tangisan pertama baby aku. Eh harusla yang pertama kan. Kalau baby boleh menangis dari dalam rahim dengar sampai telinga sendiri tak ke seram.

Ko pon gosok2 perot sampai merekah-rekah nak bagi bayi dalam perut tenteram. Nampak tak hikmah kejadian tuhan pasal ni. Tiberr.

Tapi seriously rasa sebak, sebab ko mula nak drama sengsorang flashback pahit getir mengandungkan bayi di waktu covid ni.

Hari-hari pergi kerja ketakutan pastu aku macam perempuan meroyan asik basuh tangan kat klinik, asik sembur alkohol kat work station aku.

Asik terjerit-jerit kat patient sampai nak terkeluar anak tekak sebab patient tak dengar apa aku cakap disebabkan aku pakai faceshield. Sampai pernah kene kuarantin sebab close contact dengan patient covid.

And alhamdulillah finally on 7.8.2020 at 11.55 am, aku dengar anak aku menangis. Doktor bius sebelah aku siap buat 2 thumbs up kat aku. Disebalik mask beliau, aku tau dia memberikan senyuman yang paling lebar untuk aku.

Lega. Sebak. Syukur.

Dan cabaran sebenar bermula lepas kau dah habis operation…

Disebabkan aku dibius separuh badan, so prinsipnya adalah, ko kene lie flat selama 6 jam selepas operation. Maksudnya ko nk angkat kepala pon tak boleh.

Sejurus sampai ke ward, aku call husband aku inform surgery dah selesai and it went smooth. Husband aku sepantas kilat meredah semua onak duri saringan kat pintu masuk hospital dan ward, semangat nak azankan anak aku.

Dan aku?

Aku tersadai atas katil ward macam badak digilis lori.

Aku try mengiring sikit nak susukan anak aku, tapi asyik tak dapat. Nurse ada tolong sekejap, tapi takkan la dia nak tolong pegangkan baby sampai 6 jam.

Kesan bius dari bahagian perut ke bawah still kuat lagi, memang tak rasa apa2. Nak bergerak pon lagi tak boleh, macam lumpuh separuh badan.

Yang sedihnya anak aku terbiar kat sebelah menangis tanpa aku mampu buat apa2. Aku try lagi mengiring sikit kasi susu tapi lekapan takdela bagus sangat. Aku buat apa yang termampu je. Pastu mula nak sedih sorang2. Kan best kalau ada husband datang tolong.

Setelah setengah jam berlalu, husband aku pon sampai. Lengkap ha berbaju melayu bersampin hitam. Semangat nak azankan bayi. Habis je azan, mak guard suruh husband keluar, tak boleh stay lama2. Sedih wei. Azan tak sampai 5 minit, pastu kene kluar cmtu je.

Aku pulak dah start muntah-muntah kesan sampingan dari ubat bius tu. Dalam 6 jam tu aku muntah 13x. Bersepai katil dengan muntah aku.

Nasib baik nurse lalu and bagi aku plastik muntah. Tapi still, ko ingat selesa ke muntah dalam keadaan berbaring flat. Rasa dah nak terburai luka caesar ni. Dengan anak aku menangis lagi. Aduiii memang tragis.

Lepas habis efek bius tu, baru terasa sakit perut kene toreh tu. Peh. Menitik air mata sis. Baby sentiasa ada kat pangkuan. Takde sape nak tolong angkat masuk babycot.

Kalo masuk babycot pon, sape nk tolong dukungkan bagi kat aku kalo baby nak susu. Aku tidur pon sambil pangku baby.

Takde sapa mandikan baby. Aku nak mandi sendiri pon struggle. Every step was very painful, but you have to be strong for the baby.

Baby berak kencing tukar pampers pon sampai rasa meggigil-gigil badan. Polisi no visitor at all untuk mak2 lepas kene operate ni betul2 mencabar kekuatan mental dan fizikal.

Tapi alhamdulillah, aku ada wardmate (istilah baru) yang sangat baik. Sebab dia tengok aku punya condition lepas operation terok sangat, dia pon jadi insaf and slalu tolong aku walaupun dia tengah sarat gila. Dia kata rupa aku lpas operation macam orang kene tembak. Lol hyperbola sangat.

Tapi aku tumpang rasa seram untuk wardmate aku. Sebab dia pon tengah menghitung hari untuk di czer sebab mengandung twins.

Dia asik cakap camnela dia nak jaga anak dia dalam ward after operation. Dia tengok aku pon dah seram. Aku asik doa supaya Allah mudahkan proses persalinan beliau. Serius, aku pon tak dapat bayangkan.

Akhirnya, setelah 3 hari operation, aku boleh discharge.

So kepada mak-mak buyung yang sedang menghitung hari, anda semua kuat. Anda adalah iron lady. Anda lagi hebat dari iron steam generator philips mahupun tefal.

Keep calm and continue teran!

– Ayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *