Dulu aku pernah tekanan kerja melampau sebab kena buat kerja luar skop kerja, workload manager tapi gaji bukan manager. Overworked and Underpaid lah. Bercampur jugak dengan masalah peribadi buatkan aku jadi sakit perut (GERD) selalu.
Bila pergi klinik doktor ‘check’ perut semua. Dia tanya la selalu ke, aku kata selalu. Lepas tu dia ‘check’ nadi aku. Dia kata ni denyutan tak sekata ni (irregular). “Awak rasa anxious ke?” Aku jawab “Entah”.
Dia pun bagi aku borang Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21). Dalam tu ada 21 soalan.
Soalan dia tanya benda biasa je contohnya “Saya rasa takda apa nak dituju dalam hidup”, “Saya rasa nak tamatkan hidup”, “Saya rasa panik”. Berapa skala untuk statement tu? dari 0 hingga 3. 0-tak rasa langsung, 3-rasa selalu.
Lepas habis jawab, dia pun beri aku Skor. Markah aku 26 Maksudnya mental state aku teruk (severe). Aku rasa terkejut sebab aku tak tau pun aku dalam keadaan teruk. Cuma aku rasa la apa dalam soalan-soalan tu sebut dan jejaskan kualiti hidup lah jugak.
Doktor pun refer aku ke Jabatan Minda Sihat di Klinik Kesihatan Taman Medan. Aku pergi lah dalam 3-4 sesi, rasanya dalam RM5-10 je 1 sesi, murah la, entah la tak ingat sebab dah 7 Tahun lepas.
Lepas tu aku stop pergi sebab aku rasa macam dia judgmental, entah, tak best. Pengalaman aku je lah kut.
Cuma aku faham rangka kerja dia iaitu Therapist ni dia bukan bagi kita solution, kalau beri solution maknanya dia tak bantu kita pun sebab bukan kita yang buat keputusan. Dia cuma bagi kita pilihan. Dia bagi otak aku clear, apa pilihan aku ada.
Aku belajar 2 benda. 1 Dalam rundingan (nego), kita kena selalu bagi orang option sebab orang kebanyakannya malas fikir apa pilihan yang ada. Dia cuma nak memilih je.
Di situ terserlah nya sifat kepimpinan kita. Lepas tu pilihan yang orang tu buat, dia akan bertanggungjawab sendiri dan tak salahkan siapa-siapa sebab dia sendiri yang pilih.
Tapi ‘take home message’ dia ialah, salah satu ‘trigger’ ialah perspektif kita. Aku pecahkan kepada 3. Bila fikir sangat pasal sejarah, kenangan, apa yang dah berlaku, “Patutnya aku dapat macam ni, macam tu”. Kita akan murung (depression).
Bila terlalu fokuskan tentang masa sekarang (present), nak buat apa, nak buat macam mana, “Aku buat ni lebih ke tak, ke sikit sangat, eh betul ke tak” maka kita akan rasa Stress.
Kemudian bila terlalu fokus tentang masa depan pulak, “Apa nak jadi esok”, “Lagi 5 tahun aku dekat mana”, “Eh kalau hari-hari macam ni mampus la aku”. Fikir apa nak jadi apa nak jadi, akhirnya kita gelisah (anxiety).
History creates depression, the present creates stress, and the future creates anxiety.
Sebab tu, budak kecik, dia selalu happy sebab kemahiran berfikir pun tak tinggi lagi, manakala orang-orang bijak pulak, susah nak terhibur. Kajian menunjukkan orang IQ tinggi selalu sedih.
Lawak pun nak kena dengar lawak bijak. Lawak bodoh dia tak gelak. Sebab asyik selalu fikir. Macam-macam falsafah dia fikir, susah nak happy.
Nak keluar dari kesedihan tu ialah kena buang rasa keakuan dalam diri. Awalnya rasa Aku tu ialah hadiah Allah beri untuk kita rasa nikmatnya hidup, rasa boleh mengawal. Itu sebenarnya tipu-daya dunia je, Allah selalu sebut tu. Allah yang miliki segalanya.
Sama macam dalam surah Ali Imran ayat 185 “…Kehidupan di dunia ni tidak ada yang lain melainkan nikmat yang penuh tipu daya”
Kita ni masih belum mampu buang rasa ‘keakuan’ dalam diri. Kita rasa kalau aku buat macam ni, macam tu, mesti keadaan lebih baik. Sebab tu kita rasa tak puas hati dengan banyak benda.
Bila rasa ‘keakuan’ dalam diri tu kita boleh dibuang atau dikawal dan dijinakkan, baru kita faham apa yang berlaku ialah yang terbaik dah sebenarnya. Semua ini hak Allah. Datang dari Allah, kembali kepada Allah.
– Luke (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit