Assalamualaikum pembaca IIUM Confession yang dirahm4ti Allah swt. Terima kasih admin kalau sudi siarkan penulisan saya ni.
Memandangkan baru-baru ini banyak luahan berkenaan maruah wanita. Jadi aku di sini nak buat sedikit perkongsian mengenai kisah aku berkawan dan bergaul dengan lelaki.
Aku Lin berumur awal 20an. Pelajar tahun akhir bidang kejuruteraan di salah sebuah IPTA. Memandangkan aku ni pelajar kejuruteraan, jadi bidang aku ni memang majoriti lelaki.
Kalau dalam kelas atau makmal tu katakan ada 20 orang pelajar, pelajar perempuan cumalah 3 atau 4 atau 5 orang. Itu pon kira ramai dah.
Ada pernah aku masuk kelas, aku seorang je pelajar perempuan. Biasa. Ini pemandangan biasa dalam course aku. Perkara ini menyebabkan kehidupan seharian aku terpaksa bekerja dan bergaul dengan ramai lelaki.
Ada je kawan-kawan aku yang muslimah yang jenis segan nak bercampur dengan lelaki, tapi bila buat projek berkumpulan benda tu jadi awkward lah.
And sometimes matlamat kita nak selesaikan projek tu tak achieve due to sikap malu-malu yang ada pada mereka ataupun masa presentation benda tu buat kita macam low confident.
Aku nak cerita dekat sini antara perkara yang aku praktikkan sepanjang berurusan dengan lelaki dengan cara yang professional but at the same time kita tak digelar sombong atau terlalu “bebas”.
Sebab bagi aku kawan-kawan lelaki aku ni macam “aset” dan network aku di masa depan.
Since aku akan bekerja dlm bidang kejuruteraan, mana lah tahu di masa hadapan nanti aku perlukan kawan-kawan aku ni untuk minta tolong.
Alhamdulillah setakat aku menulis hari ini Allah masih “menjaga” maruah aku walau aku terpaksa berurusan dengan ramai lelaki.
1) Berurusan dan berbual bila perlu.
Benda ni terpakai di alam realiti mahupun alam maya.
Contoh macam ada projek berkumpulan atau assignment atau exam, aku perlukan kawan-kawan aku ni untuk sama-sama berganding bahu siapkan kerja atau belajar sama-sama.
Takkan nak study group dalam suasana stress kan, kalau macam tu baik aku study seorang. Kau punya pergaulan dan kemesraan tu cukuplah tertakluk semasa tempoh nak siapkan kerja tu.
Tak perlu meleret-leret sampai chat malam-malam atau pergi keluar lepak mamak malam-malam. Oh topik lepak ni aku jelaskan dalam point seterusnya.
Selesai kerja, balik rumah dan teruskan kehidupan peribadi anda seperti biasa bersama dengan kawan-kawan perempuan yang anda ada.
2) Lepak.
Nak lepak atau keluar makan dengan kawan-kawan bercampur jantina ni bagi aku boleh je. Tapi carilah tempat dan masa yang sesuai.
Cukup sekadar bersua muka dan bertukar-tukar cerita. Tak perlulah lelaki dan perempuan lepak lama-lama. Dia macam tak best.
Sebab lelaki ni bila kau dah terlalu lama duduk dengan mereka, mereka akan tanya soalan-soalan “pelik” yang mungkin melanggar hak privasi kita sebagai wanita.
Dari hormat pada wanita, terus hilang rasa hormat tu. Jadi bila kawan-kawan lelaki kau dah sampai tahap macam ni. You know yourself, you should distance yourself balik rumah dan teruskan kehidupan macam biasa.
Tapi bukan bermaksud esok kau kena tarik muka dengan mereka, just back off je demi menjaga maruah kau sebagai wanita.
3) Berbual dengan lelaki.
Masa berbual dengan lelaki ni lah kita kena memilih topik sikit. Elakkan berkongsi kisah peribadi (kecuali dengan kawan yang betul2 kau percaya).
Sebab lelaki ni kadang tak boleh percaya, time diorang lepak sesama lelaki lah diorang akan buka topik pasal perempuan2 yang dia kenal.
Kedua, elakkan topik-topik yang boleh menjatuhkan maruah kau sendiri sebagai wanita. Jangan bincang benda-benda 18sx atau yang hampir dengannya.
Sebab lelaki ni tunggu je kau buka topik macam tu, masa tu lah dia nak judge kau atau dia bawa kau hanyut sekali.
Ingat pesan aku, masa kau berbual dengan lelaki ni lah dia akan judge segala tindak tanduk kau, hatta kau garu hidung pon dia akan judge kau. So jaga reputasi kau ketika berbual atau bergaul dengan lelaki.
4) Mesra.
Lumrah bila kita dah terlalu rapat atau selalu minta tolong dengan lelaki tu, mesti akan rasa “something” kan.
Benda ni pon aku masih gagal nak kawal sebenarnya sebab aku ada seorang kawan baik lelaki yang aku sayang sangat dekat dia. Cuma dia jelah kot tak tahu.
Dalam kepala dia aku ni mungkin perempuan yang suka gunakan dia untuk kepentingan contoh macam nak minta tolong apa-apa yang memerlukan kudrat lelaki.
Tolonglah doa aku berjodoh dengan kawan baik aku ni haha sebab aku jenis susah nak terbuka hati dengan lelaki yang tak rapat dengan aku.
Tapi tu lah pada perempuan luar sana elakkanlah rapat sangat dengan satu-satu lelaki ni. Kalau dia baik takpe, kalau dia ada niat lain ha nanti dia bawa kita hanyut sekali macam mana.
Doakan aku istiqamah untuk bendung perasaan aku ni sebab aku takut ni mainan syaitan je.
5) Hubungan dengan Pencipta.
Akhir sekali baliklah semula kepada Allah swt. Hanya Dia yang dapat melindungi kita dari segala mar4b4haya.
Buatlah solat taubat dan tahajjud kalau mampu setiap hari. Sebab bagi aku, “me time” terbaik adalah waktu kita berduaan dengan Allah swt.
Masa ni la kita nak reflect and revive balik diri kita. Muahsabah balik aktiviti kita sepanjang hari. Betul ke apa yang aku buat ni, kalau salah cuba berazam esoknya tak nak buat lagi.
Sentiasa mohon dengan Allah swt supaya jaga kita dari orang-orang yang ada niat tak baik pada kita.
Sekian ini sahaja pengalaman dan tips yang aku nak kongsikan. Walaupun aku ramai kawan lelaki tapi aku masih tak boleh letak seratus peratus kepercayaan aku pada mereka.
Nak berurusan untuk kerja boleh la, tapi kalau untuk berkongsi lebih dari itu aku masih sangsi dengan kaum lelaki ni. Pesan aku pada wanita luar sana, jagalah batas pergaulan anda dengan kaum lelaki.
Tapi kalau dapat jaga batas macam muslimah solehah dekat luar sana tu lagi elok. Tips aku ni mungkin terpakai untuk wanita yang banyak berurusan dengan lelaki. Berkawanlah dengan niat yang baik, in shaa Allah hasilnya juga baik nanti.
Bak kata Nik Akmal, percayalah kawan-kawan yang kau ada waktu belajar ni akan bawa banyak advantage untuk kau di masa depan. Sekian, ini hanya pendapat peribadi aku. Terima kasih sudi baca.
– Lin, Cahaya yang lembut (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit