Pengalaman Berniaga Online

Assalamualaikum.. nama akak Elle, saja2 nak menulis pasal pengalaman akak dan kawan2 akak berbisnes online. Akak start meniaga online ni lebih kurang tahun 2012, tengah pandai beli barang kat Aliexpress.

Akak jual kat forum, Etsy, dan blog. Masa tu Amazon belum hot sangat kat Malaysia rasanya. EBay je akak tak pandai jual. Pandai bidding je shopping2 heheh. Sekarang korang boleh guna Shopee ngan Lazada je, senang.

Akak banyak buat freelance jugak dekat Fiverr & Freelancer. Seronok sebab dibayar dalam USD. Sekarang anak dah berderet takde dah la.

Akak fokus kerja sendiri je.

Akak nak cerita zaman Instagram naik sebagai tempat business mak2 di Malaysia. Masa tu kawan akak start menjual baju. High grade punya. Baju2 dia jual tu matsaleh punya patterns, kau tau la jenis lukisan simple tapi cantik.

Kalau kita nak beli direct dari US beratus. So kawan anak ni beli kain darı US, dia jahit sendiri. Punya la famous dia masa tu sampai boleh upah tailor buat production. Collab dengan artis, baju masuk butik.

Tapi silap dia kat situ, disebabkan nak jual dengan harga affordable, dia tak buat costing bebetul.

And akak perasan jugak dia mula mempamer lifestyle ada-ada, walhal sebelum tu dia kampung je (maybe husband dia memang kaya la kot). Bukan nak mengutuk tau, just nak share fakta.

Bila China mula buat knockoff, habis. Orang suka pattern je. Kualiti kain diorang tak kisah sangat. Baju harga RM20 dah dapat corak yang şama kalau beli direct China.

Malaysian seller pun berbondong2 menjual. Masa ni cam biasa, bising la macik2 di instagram pertikaikan seller2 yang jual knock off ni. Tapi tak ke mana. Tutup bisnes membe tu. Tapi dia ok je, banyak je duit dia sempat simpan hehe.

Sorang lagi membe akak kenal masa banyak join event zaman2 tengah cergas dulu. Dia jual scandi punya decor. Masa ni tahun 2015 camtu tau, scandi tengah hot (sekarang dah suam2, benda senang dapat). Instagram dia pun hot masa tu.

Tapi Akak pelik. Apesal designer item (barang2 decoration rumah), dia boleh jual harga RM80 sedangkan designer asal menatang tu kat US jual lebih kurang RM200 with shipping.

Bila akak baca2 post kat instagram designer asal tu, diorang tengah bising2 pasal China copy design diorang.

So akak yang memang rajin membeli kat Aliexpress pun cari la knock off tu. Ceh. RM17 je.

Membe akak beli yang knock off rupanya. Dia punya amik gambar bukan main professional cam barang ori. Jual RM80. Margin tinggi. Bijak2. Tapi akak tak jadi support la sebab rasa tak best, huhu.

Tapi bila ramai seller dah start borong dari China and jual harga lebih rendah, membe akak ni pun kena la fikir benda lain yang lebih kreatif.

Diorang pun buat trip pegi China untuk buat satu produk baru. Tak nak beritahu la produk apa hehe. Tapi korang tau la. Kalau dah produce kat sana, quantity bukan main2. Ok kali ni memang design sendiri, produce sendiri. Jual harga RM200+

Bila ada event, akak pun pegi la nak beli. Deng…. Harga RM200 tapi material nipis, tak berkualiti, design pun ada 1-2 pilihan je.. so tak jadi beli.

Bukan tak nak support, tapi memang tak berbaloi. Duit bukan nak ada sangat. Kalau aku beli kena leku ngan laki aku kang.

Yang akak perhatikan, lepas diorang produce that 1 item, takde sales sangat pun. And bisnes pun tutup. Tapi takpe. Membe tu memang kaya.

Takde hal pun.

Kat situ akak nampak bahaya amik barang China. Sekali orang jumpa lubuk, main harga, bye2. Membe tu sempat la kumpul kekayaan masa orang belum start jual murah. Tapi sayang dia labur kat tempat salah. Dia bukan designer, and don’t have the eye for it.

Buat design tak lawa sangat, material pun out. Scandi items ni yang orang US buat, diorang memang group of designer. Sebab tu design sipi2 pun meletup. And they have faithful followers. Orang Malaysia susah sikit. Nak murah and cun hihi. Cam aku la.

Yang akak dok membeli kat Aliexpress ni, bukan beli barang knock off ke? Taklah. akak jual kraftangan. So beli material direct China la. Bendanya buat sendiri. Skang beli lalu Shopee je.

Akak tengok membe2 yang memang buat duit sekarang ni mostly jual baju budak. Sales 30-50k per month. Untung maybe half la sebab diorang jual sekali ganda biasanya (kecuali yang buang harga).

Yang akak share ni kawan2 akak group mak-mak tau. Yang niaga sendiri kat rumah. Bukan geng2 Megah Holdings. Kami picisan saja.

Dulu akak pernah tak berapa setuju ngan diorang kalau ada antara diorang jual barang copy. Kalau copy Adidas aku tak heran sbb tu company besar. Tapi diorang jual baju2 copy design small local business.

Orang tu baru nak naik, design dia cantik dan viral. Tetiba kilang tiru, mass produce, jual kat seller2 lain harga mur2. Meroyan la si designer tu kat FB dan IG memasing. Yang menjual brg2 copy tu, ni la kawan2 akak hadei.

Memula akak tegur gak, tapi kita takde kat tempat diorang. Ada orang perlu buat any means to survive. So akak malas dan rasa not my place to say anything. Kita hidup senyap2 sudah. Akak sambung buat kerja sendiri.

Pasal akak pulak. Mula2 akak impikan nak besar kan business. Nanti anak2 aku warisi la kononnya. hak tui.

Mula2 akak struggle. Drpd part time sampai la full time. Ngan kawan2 ni la kami berkongsi kisah suka duka, bagi each other semangat.

Akak join government punya program macam2. Lagi la bersemangat kan. Siap bukak kedai uolllss.

Pastu tetiba PKP HAHAHAHA. Lingkup aku. Cuma masa PKP tu alhamdulillah dengan kekreatifan akak, berjaya jugak buat sales darı rumah dengan cemerlang. Dan akak rasa tenang ya amat.

Tayah fikir struggle nak produce utk event, utk kedai. Sales tu asal cukup nak makan hari2 dan bayar sewa rumah dah ok sangat dah. Akak tenang sebab apa tau. Bila PKP, you can’t do anything. Bukan salah aku kedai aku lingkup.

Cuba bayangkan dah biasa sales beribu sehari, tiba2 kita sangkut duduk kat rumah. Tapi kita berada dalam keadaan yang satu dunia sengsara. So akak tak blame diri akak. Akak let go. Cuma takde la akak tak buat apa2. Akak fokus online.

Hasilnya, sales memang kurang. Dalam 20k je sebulan. Tapi disebabkan takde bayar sewa, staff, utilities.. Total yang akak dapat

Alhamdulillah lebih kurang je dengan untung bersih masa akak aktif dulu. Dan akak dapat spend lebih banyak masa dengan famili. Sampai sekarang akak kerja sendiri je kat rumah.

Kenapa akak cakap kerja sendiri, bukan business dah? Sebab sales yang akak dapat tak masuk ke company sangat pun. Akak guna untuk makan, bayar komitmen, rolling, bagi mak ayah, shopping sikit2. Alhamdulillah cukup.

Akak suka buka pagar pepagi hantar husband pegi keje. Hantar anak pegi sekolah. Kejut baby bau masam bau pampers suruh minum susu.

Pastu hustle la kejap kerja sambil jaga budak2 tu. Tapi by petang, kemas rumah, lepak ngan anak2 tunggu husband balik. Have dinner together. Itu kebahagiaan buat akak.

Kalau dulu akak berangan nak bina cash reserve company beratus2 ribu, skang akak take it slow je. Satu hari nanti bila akak dah sedia nak go all out again, akak buat lah. For now akak nak bahagia dan tenang2 dengan famili akak.

Akak tengah pelan2 renovate kedai untuk buat office space. Doakan la office akak tu siap ye. Banyak duit nak kena labur. Duit yang hangus tau sobs. Tapi seronok sikit kalau dah boleh cari team untuk kembangkan business satu hari nanti.

Dulu akak buat aim, sales kena 1k per day. Selagi tak capai, akak kerja la sampai pukul 12 malam. Anak tunggang terbalik. Makan tapau hari2.

Sekarang akak buat list komitmen. Ok actually sales kena dalam RM200-300 sehari lebih daripada cukup dah. Biasanya before 12 tengah hari dah dapat, Alhamdulillah.

So akak spend the rest of the time kemas rumah, masak, main ngan budak2, sambil layan customer every now and then.

Before tido, masa nak susun stok untuk pos esok harinya, baru perasan eh banyaknya sales masuk hari ni. Kadang2 lebih daripada target asal. Lebih daripada cukup.

Betul la, asalkan kita rasa cukup, lagi Allah cukupkan. Bila akak spend more time dengan famili and anak2, lagi dilebihkan rezeki untuk akak.

Tapi setiap orang tak sama ok. If you need to hustle, then hustle. If you need to struggle, then do it. Sebab lain orang lain aim dia dalam kehidupan.

Akak doakan adik beradik akak, saudara mara akak, kawan2 akak, dan pembaca2 yang sedang menghadapi kesusahan, moga dimudahkan urusan dan mengecapi kebahagiaan. Aamiin..

– Kak Elle (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *