Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Bermula kisah bersalin aku ni macam ni, tarikh due lahir doktor bagi 28hb july, tapi 25hb tu dah rasa macam sakit sakit perut. Sebab tak pandai kan, sakit tu takde la sakit sangat pun sebenarnya sebab masih boleh berjalan, tapi bila dah ngadu sakit, laki aku terus bawak g hospital, dah kena tahan wad.
Tapi sebab masih belum ada tanda tanda nak bersalin, jadi esoknya 25hb boleh balik rumah.

Tiba tiba pagi 26hb tu sakit perut datang lagi, kali ni macam makin menjadi jadi sakitnya, terus g hospital jugak sebab dah ada tanda sakit sakit. Tapi masih boleh jalan, bergerak sana sini lagi. Kalau di ikutkan sebenarnya ni cuma sakit sikit je belum tahap nak bersalin pun lagi tapi macam aku cakap tadi ni pengalaman pertama memang pengetahuannya zero. Tambahan pulak aku ni penakut, memang terasa sunggunh insecure duduk kat rumah lagi selamat kalau stanby je dalap wad, senang kalau jadi pape dah ada kat hospital.
Nasib la laki aku time ni layan kan aje kehendak bini dia nih.
Lagi sekali check in wad pada pagi 26hb ni. Nurse check jalan bukaan, masih belum ada tanda lagi. Tapi kali ni sakit dia memang kejap datang kejap tak. Tapi kalau dah datang tu memang tak tahu nak buat apa dah, pusing kiri tak kena pusing kanan tak kena, duduk tak kena, baring tak kena..haihhh macam macam cara jugak la aku buat untuk kurangkan rasa sakit tu. Sambil dalam hati duk baca ayat ayat yang aku ingat.
Malam 26hb tu aku memang dah tak boleh tidur, lelap kejap datang sakit tu. Asal lelap kejap datang lagi sakit tu, memang tak selesa. Masa ni nak jalan ke toilet pun dah tak boleh tahan. Tapi gagah kan jugak jalan pelan pelan.
Dan pagi 27hb tu, badan dah memang tak tahan dah. Nurse datang check bukaan. Dah buka 2 cm, nurse mintak balik dekat katil dan rehat rehat, katanya dah tak lama dah tu. Aku terus call laki cakap dah masa nya ni. Dalam pukul 8 atau 9 pagi, laki dah ada kat luar wad tapi tak boleh masuk jumpa sebab bukan waktu melawat kan.
Dekat 9 lebih nurse check jalan dah buka 4 cm, terus dia tolak masuk labor room. Masa tu dah dekat 10 pagi, dapat call dan cakap dengan laki aku.
Dia mintak masuk nak jumpa dengan aku, tapi nurse tak bagi masuk. Suruh dia stanby je dekat ruang menunggu depan labor room.

Tinggal la aku sorang sorang dalam bilik tu, sambil menahan sakit sabil beristifar banyak banyak. Dah la tak sempat nak makan pagi tu, terus je kena tolak masuk labor room. Lepas dekat sejam lebih dalam tu nurse datang check lagi, bukaan masih 4 cm. Tunggu lagi. Dekat luar pulak, laki aku dengan mak aku masih sabar menunggu peluang untuk jumpa dengan aku. Tapi nurse tetap jugak tak bagi.
Siap cakap dengan mak aku, kalau nurse tak panggil nama tu tandanya belum nak bersalin lagi la, jadi tunggu je la kat situ.

Dah pukul 12 tengahari, pun masih sama jugak bukaannya masih 4 cm. Aku dah sakit ni memang tak tahu nak cakap macam mana dah. Dengan tak makan nya, mana la nak ada tenaga. Masa tu dahaga sangat, mintak dengan nurse nak minum air, tapi nurse tak bagi. Dia kata time time macam ni dah tak boleh makan minum lagi dah, kena tahan je rasa dahaga tu.. Ya allah…rasa macam kejam nya nurse ni, minum air sikit pun takkan la tak boleh.
Dah la muka laki aku pun tak sempat nak tengok, nak air pun tak dapat. Sebab tekak ni dah memang haus sangat sangat, dengan perutnya sakit sakit. Rasa macam nak terkencing terberak semua ada, tapi tak ada tempat nak melauh mengadu.
Aku masuk toilet, sakit perut ingat nak membuang tapi tak pun. Dah dahaga yang amat, aku teguk je air paip dalam tandas tu.
Sedih sangat masa tu, menitik air mata aku masa telan air paip tu. Kalau bukan sebab terdesak takde nya aku nak teguk air paip tu.
Aku tak tahu pun memang salah ke kalau minum air time dah dekat dekat nak bersalin ni..

Dah dekat pukul 2 petang, datang nurse dia check kan jalan. Pun sama jugak masih 4 cm, lepas tu terasa air mengalir keluar laju je. Aku tanya nurse tu kenapa, dia cakap dia dah pecah kan air ketuban aku. Kenapa dia pecahkan aku pun tak pasti, tapi dalam sakit tu aku masih sedar yang dia cakap dia pecahkan bukan pecah dengan sendiri.
2.30 petang nurse yang pecahkan air ketuban aku tu dah tamat shift kerja dia. Sekarang nurse lain pulak yang ambik alih uruskan aku.

Bukaan masih sama jugak 4 cm, dengan perut yang sakit dan tenaga dah makin kurang, time ni dah rasa lemah sangat. Dah macam tak ada upaya dan tenaga untuk teruskan. Pukul 4 nurse datang check lagi, aku tanya dia tak boleh ke masukkan ubat ke apa ke tak kan nak duduk macam ni je. Dah la air ketuban dah dipecahkan, nurse tu jawab dia tak ada kuasa nak masukkan ubat atau buat apa apa tanpa arahan dari doktor. Aku tanya mana doktor sebab aku dah tak ada daya dah, tenaga pun dah makin kurang.
Nurse cakap doktor yang ada bertugas tu sedang uruskan ibu dan anak di bilik sebelah yang lahir tak cukup bulan. Aku boleh dengar macam kecoh kecoh kat luar bilik labor room tu, rupanya diorang tengah uruskan baby yang tak cukup bulan tu untuk dihantar ke hospital daerah lain yang ada pakar. Tapi ada masalah sebab tong oxygen di situ tak berfungsi, atau macam ada masalah teknikal. Aku tak fokus sangat dengan kekecohan tu sebab fikiran aku time tu nak cepat cepat selesai kan urusan aku bersalin je.
Dekat pukul 5 doktor baru datang jengok keadaan aku. Nurse terangkan pada doktor, kemudian dia mintak tunggu je jalan terbuka. Langsung tak tanya keadaan aku, perasaan aku atau apa apa pun. Doktor muda.
Dah dekat pukul 6 lebih, nurse datang check bukaan jalan pun masih sama takada perubahan. Dia keluar dan terangkan kepada doktor muda tu. Aku dengar dengan jelas sebab meja diorang bertentangan dengan pintu bilik aku tu.
Doktor tu bagi tahu yang shift dia dah nak habis, siapa yang nak uruskan aku nanti dan bla bla.
Lastnya mintak nurse tanya aku nak dirujuk ke hospital mana sebab dia dah tak boleh handle.
Sebab jalan aku masih tak terbuka duk 4 cm tu je, lepastu air ketuban pun dah tak ada jadi perlu rujuk dengan pakar.
Bayangkan dia macam lepas tangan macam tu je, langsung tak datang terangkan dekat aku atau dekat laki aku yang ada duk menuggu dari pagi lagi kat depan tu.
Lepas macam macam kejadian, lastnya aku dihanta dengan ambulans ke hospital yang ada pakar.
Dalam 730 malam aku sampai hospital tu. Sampai je sana doktor terus check, pasang mesin cucuk jarum semua.
Doktor situ ada cakap, kena tak hanta awal awal case ni. Kenapa macam tak ada buat tindakan apa apa pun pada aku ni, doktor tu pun boleh agak yang aku macam terbiar agak lama sebelum dirujuk kesana.

Sampai hospital ni, doktor terus bagitahu yang dia akan masukkan ubat induce. Tak salah aku dua kali dia masukkan ubat, bukaan cuma buka sampai 6 cm je. Dia nak masukkan ubat lagi tapi oleh sebab air ketuban dah hampir kering, dan baby pun dah hampir nak makan najis kat dalam perut ni jadi terpaksa jugak jalankan pembedahan.
Doktor tu pun cakap sayang kalau nak buat pembedahan sebab aku masih muda dan tak ada sebarang penyakit pun.
Dalam pukul 10 aku ditolak masuk bilik bedah. Sebelum masuk tu sempat la jumpa dengan laki aku, mak dan ahli keluarga yang datang.
11.30 selesai pembedahan dan aku selamat lahirkan baby ammar dengan berat 3.2 kg.
Alhamdulillah
Tapi Ammar terpaksa dimasukkan ke dalam wad untuk pemantauan lanjut, sebab doktor nak cek kalau kalau dia ada jangkitan ke apa ke sebab air ketuban dah kering.

Denagan pelbagai hal yang terjadi tu, aku malas nak fikir banyak. Kalau ikutkan nak je meroyan dan persoal tentang kejadian macam ni. Tapi sebab benda dah berlaku, aku cuma fikir ni bahagian aku rezeki aku untuk lalui semua ni.
Dah ditakdirkan benda nak jadi kan, jadi sebagai kesimpulan nya ambik pengajaran dari pengalaman ni. Kalau kalau diberi rezeki zuriat pada masa akan datang, insha allah dah tahu macam mana tanda tanda dah hampir bersalin, dah tahu cara nak handle, apa yang perlu aku buat.
Dan kadang tak salah pun kalau kita nak persoal kan tindakan nurse atau doktor tu kalau kita dah ada ilmu dan tindakan diorang tu boleh menimbulkan persoalan pada kita.
Doa yang baik baik aja..
Sekiannn…

– mekda

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit