Assalamualaikum, alhamdulillah kalau admin dapat share kisah aku ni. Memandangkan harini cuti awal muharam, aku baru lepas tidurkan anak.
Saja teringat momen aku bersalin haritu, masa gov announced yang kita akan start pkp, aku dah susah hati. Sebab jauh dari keluarga, hari2 aku doa semoga pandemik ni cepat berakhir sebelum aku bersalin.
Masa tu aku dah dekat 7 bulan mengandung. Duduk lah kami suami isteri berdua di rumah.
Mengidam nak makan masakan mak, tapi sedih dia tuhan ja yang tau, sebab tak dapat balik, nak masak, loya bila bau minyak. Nak berdiri di dapur lama2 pun kaki dah mula bengkak macam belon.
Kemudian, pkp dilonggarkan tapi masih disambung, menangis lagi aku. Memikirkan duit dalam bank makin susut,
Barang baby alhamdulillah aku memang dah beli sikit2 dari 5 bulan. Cuma masih ada barang yang perlu dibeli. Monotarium yang diambil, aku gunakan untuk beli barang baby.
Suami aku berhenti kerja sebelum pkp sebab dah dijanjikan untuk masuk kerja di satu syarikat ni oleh kawan dia, tapi nasib tak baik, sebab pkp, pengambilan dibekukan.
Aku redha dan masa yang sama bersyukur sebab suami ada menemani aku setiap hari. Kami bergantung pada gaji aku sepanjang pkp dan sedikit duit simpanan kami.
Aku tak larat nak masak jadi kami selalu cod, suami kadang2 masak tapi aku tak da selera nak makan bila ada bau masakan dlm rumah. Dan bos aku annouce bulan 4 gaji dibayar basic sahaja. Aku kira2 duit dan selalu doa minta Dia murahkan rezeki kami.
Bila pkp dilonggarkan lagi, tapi disambung sampai bulan ogos, aku lagi susah hati. Tapi aku nekad untuk balik ke rumah mak. Berbekalkan surat klinik, kami balik ke sana.
4 minggu sebelum tarikh due aku, kami balik. Kami menempuhi roadblock sebanyak 4 kali. Alhmdulillah dipermudahkan bila suami cakap kami nak balik untuk bersalin.
2 hari di rumah mak, bangun tidur pagi tu, aku perasan perut dah turun. Hati aku kuat mengatakan aku dah hampir nak bersalin.
5 hari kemudian, aku bangun pagi macam biasa, mandi dan ketika nak pakai baju, tiba2 air ketuban pecah. Aku terus kejut suami. Kami bersiap dan terus je hospital.
Perjalanan ke hospital ambil masa sejam, san aku dah mula rasa contraction. Sampai di hospital, masuk PAC, doktor suruh baring di atas katil, suami tak boleh masuk sebab pkp kan.
Doktor seluk, sakit tapi aku tahan sebab nak cepat selesai. Suami takda jadi aku kena kuat. Bukaan baru 1cm.
Hampir sejam dalam bilik siasatan, doktor interview sikit dan terangkan risiko.
Kalau dalam 24 jam aku tak bersalin, doktor akan induce maksimum 3 kali, dan kalau still tak boleh bersalin, aku terpaksa bersalin secara czer. Jantung aku laju ja berdegup masa tu.
Kemudian, 11.30 pagi, aku didaftarkan masuk wad. Nurse suruh jumpa suami di luar sebelum masuk wad.
Masa jumpa suami, aku dah pakai baju pink tu. Genggam tangan suami, cium tangan minta doakan supaya semuanya dipermudahkan. Lepastu aku masuk dalam, suami pun balik.
Masuk wad, aku dah start rasa contraction makin kerap. Sedih tapi kena kuat. Sambil pegang perut cakap dengan baby. Duk rasa baby bergerak makin aktif tendang makin kuat sebab nak keluar cepat kot.
Huhu 12.30pm, aku pergi check bukaan. Jalan lah menapak pelan2 sebab tak tertahan sakit tu, bukaan baru 2cm.
Kemudian 1.20pm, pergi check bukaan lagi, baru 5cm. Kemudian pukul 2.15pm, ada nurse perasan aku dah makin tak keruan di katil, dia suruh pi check bukaan, dan 7cm. Doktor terus jerit tolak ke labour room.
Dengan sakit yang makin kerap, aku jalan sorang diri ke katil untuk ambil baju baby dan pampers. Whatsapp suami cakap nak masuk labour room dah.
Suami terus keluar dari rumah untuk datang ke hospital. Aku baring atas katil, dan nurse tolak ke labour room. Jantung mula dupdapdupdap.
Sampai labour room aku tengok jam, 3.01pm. Aku tak makan lagi masa tu dan aku bagitau nurse aku lapar, nurse marah sebab aku tak cakap dari awal yang aku tak makan. Then nurse bagi kurma sebiji.
Aku makan kurma sambil terdiam. Sedih sebab kena marah. Masuk nurse lagi sorang, aku tanya lama lagi ke. Dia cakap ye dik, 1 jam 1 cm. Aku pun diam sambil tahan sakit. Nak menangis pun tak keluar air mata. Asyik teringat dekat suami dgn mak ja.
3.45pm, minta nurse check bukaan, dan 8cm. Sakit rasa macam dah hilang separuh nyawa. Masa tu terfikir semua dosa-dosa dulu. Minta nak baring mengiring, nurse bagi.
Masa mengiring, rasa contraction lepastu teran sikit, tetiba rasa macam nak berak sangat. Panggil nurse cakap baby nak keluar dah. Rasa kepala dekat hujung dah. 3.56pm start teran. 4.01pm selamat melahirkan baby boy seberat 2.73kg semaaa 37w 1d.
Lepas baby keluar, ingat dah habis dah. Rupanya belum. Nurse tarik uri pulak, masa tu rasa macam nak bersalin lagi sekali. Lepas uri keluar, nurse seluk lagi untuk keluarkan darah beku.
Nurse tunjuk darah beku, semuanya sebesar penumbuk dewasa. Kemudian, nurse ambil baby untuk mandikan. Tinggal aku dan nurse dalam labour room, dia jahit pun dah tak rasa sakit walaupun banyak sebab contraction tu sakit sangat. Haha
Keluar labour room, tunggu di lobi tu sebab suami nak masuk untuk azankan dan ambil uri. 10 minit tunggu suami, lepas suami datang, aku senyum ja sebab tak larat sangat. Cakap kat suami, nak balik. Suami suruh tunggu.
Aku ditolak ke wad dan beberapa minit lepastu, nurse datang bawa baby. Masatu aku tengok baby, aku tak berkelip. Sebab tak percaya dah bersalin.
Malam tu tak tidur langsung sebab asyik tengok baby je. Walaupun sedih family tak leh melawat, tengok baby dah rasa happy dah. Esok petang dah discharge dan aku pun mula berpantang.
Sekarang alhamdulillah baby dah 3 bulan, berat pun dah 6.6kg. Sekin coretan aku.
Aku doakan semua pasangan yang sedang mencuba untik hamil, dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. Doakan anak aku jadi manusia yang berguna di masa akan datang.
– Madam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit