Pengalaman Bersalin Di Selatan Tanah Air

Seperti tajuk di atas, aku juga terasa nak share pengalaman bersalin di hospital kerajaan di selatan tanah air..

Nama aku Aly. Umur 35.. Ibu anak 2.

Aku nak share pengalaman bersalin sewaktu umur 27 (2016)

Waktu sehari sebelum bersalin 27/4 terasa ada air menitis.. Aku time tu noob sebab tak tahu air apa.. Dia jenis menitis jernih.. Aku cium tak ade bau.

So aku pergi klinik desa yang berdekatan rumah mertua untuk kepastian.. Nurse tua cakap bukan air ketuban.. Air ketuban biasa hijau dan berbau.. So aku anggap tak perlu risau.

Pada keesokan hari kebetulan memang ada check up di klinik kesihatan di Daerah P..

Aku sekali lagi tanya pada doctor sama ada air ketuban atau tidak. Doctor pun tak boleh beri kata putus. Hanya boleh tahu jawapan bila buat ujian saringan di wad bersalin di hospitan daerah P.

Apabila buat ujian.. Positive air ketuban.. Disebabkan air ketuban sudah bocor lebih 24 jam. Berkemungkinan ada jangkitan kuman. Aku harus dihantar ke hospital besar..

Waktu itu bukaan sudah 3 cm.. Aku di arahkan menaiki ambulance.. Dengan keadaan sakit dan ambulance yang bawa macam f1. Bukaan jadi 4cm bila tiba di hospitan besar.

Sesudah sampai di sana.. Aku disambut dr pelatih untuk periksa laluan.

Bayangkan lebih 20x aku di seluk untuk periksa laluan.. Perkataan maaf berulang kali di lafazkan. Paling tidak boleh terima. Guna lampu hp untuk periksa laluan kerana lampu bulat di bilik saringan rosak..

Apabila doctor senior datang untuk follow up.. Dr pelatih dimarahi teruk sehingga menangis.. Bila dr senior selesai.. Aku pulak pujuk dr pelatih tu supaya berhenti menangis.. Teruk juga la dia kena marah..

Selepas selesai di bilik saringan. Aku dapat katil.. Aku dah mula bertenang. Doctor beritahu mungkin aku akan dipaksa bersalin 28/4 cuma tak tahu jam berapa.

Aku cuba berfikiran positive.. Ye la pertama kali bersalin.. Tak ada pengalaman. Tak tahu apa akan jadi esok ..

Keesokan hari selesai aku mandi jam 11 pagi. Aku di panggil ke bilik saringan kecil. Nurse cakap nak check laluan sahaja.. Aku pun dengan tenang masuk..

Tiba2 doctor cakap dia akan pecahkan air ketuban dan doc memasukan ubat induce dan akan masuk ke labor room walaupun bukaan baru 4 cm…terus rasa berdebar sebab tak plan secepat itu aku akan bersalin.

Sesudah aku di tolak ke LR.. Mulalah nurse cucuk segala tiub dekat tangan kiri kanan. Sakit sudah bermula.. Perut semakin sakit memulas.. Contraction yang sangat sakit.

Masa tu suami belum dipanggil ke dalam.. Kepala aku dah mula pusing kiri kanan. Nurse ada masuk untuk check bacaan contraction.

Nurse ada tanya jika mahu ubat tahan sakit.. Masa itu aku noob.. Aku tanya adakah ubat tahan sakit itu epidural.. Namun tiada jawapan dari nurse tersebut..

Jadi aku menolak ubat tahan sakit itu kerana menyangka ubat itu adalah epidural.. Nurse bercakap dengan kuat bahawa pesakit menolak ubat tahan sakit.. Maka bermulalah aku menahan sakit yang tidak terhingga.

Suami aku dipanggil masuk untuk menemani aku.. Hanya kami berdua didalam LR tersebut.. Apa bila nurse masuk untuk check bacaan contraction. Aku bertanyakan bila boleh bersalin..

Jawapan yang diterima ialah, “awak punya jalan baru 4 cm, awak ada lagi 6cm untuk bersalin.. Selagi belum cukup 10 cm. Awak tunggulah sampai malam” nurse pun keluar tinggalkan aku dan suami…

Muncul seorang nurse pelatih masuk untuk ambil barang di bilik aku. Aku merintih sakit. Nurse tu tak sampai hati dan tanya jika aku mahu ubat tahan sakit.

Aku ada bertanyakan adakah itu epidural. Nurse cakap bukan. So aku cakap aku nak. Sesudah aku di suntik.. Aku mula rasa mengantuk dan tertidur.. Bila contraction datang.. Aku terjaga.. Jika contraction hilang aku mula tidur semula..

Sehinggalah contraction mula menyerang bertalu2… aku mula meneran. Aku ada minta suami untuk panggil dr untuk memeriksa keadaaan aku.. Terdapat seorang dr pelatih hanya melihat aku dari pintu lalu menghilangkan diri..

Contraction semakin kuat. Kebetulan bilik sebelah sedang bersorak dr dan nurse untuk meminta pesakit untuk meneran. Mereka bersorak 1.. 2.. 3… pushhh..

Aku yang mendengarnya pun ikut teran bertemankan hanya suami di sisi.. Cukup 3 kali teran, aku terasa macam nak terberak.. Dapat rasa kepala sudah keluar.

Aku segera minta suami memanggil nurse.. Suami aku bergegas panggil dan nurse segera datang ke bilikku. Kain selimut di tarik dan menampakkan kepala sudah keluar. Dengan sekali teran, baby terus keluar dengan selamat…

Sempat juga nurse memerli kerana tidak beritahu awal2. Mungkin nurse tersebut lupa akan kata kata sindiran sebelum ini. Namun aku bersyukur semua selamat.. Jam 3.03 petang, aku selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.1kg.

Kisah anak no 2 (2019) lebih kurang sama.. Bersalin tanpa doc dan nurse di sisi. Mungkin ambil berkat dan pengalaman bersalin anak pertama.. Semua ikut pengalaman dulu..

Baby dah keluar kepala baru nurse nak tergopoh- gapah datang nak sambut baby.. Alhamdulillah semua selamat..

Hati tak kental. Rasa memang akan koyak dengan kata-kata dari nurse… kita bersangka baik sahaja. Nurse penat berkerja.. Nurse pun mestilah berperikemanusiaa kepada pesakit.. Sebab situasi sakit seseorang tidak sama..

Semoga pada masa akan datang. Servis semakin bertambah baik insyaaAllah

Ibu anak 2,

– Aly (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *