Assalamualaikum.
Hari ni teringin pulak nak sharing tentang pengalaman saya ber’ttc’ (trying to conceive). Saya dah berkahwin 6 tahun 2 bulan. Selepas berkahwin pada tahun 2011 dan tak pernah hamil, akhirnya saya mulakan treatment infertility pada tahun 2014. Sekarang masuk tahun ke 4 buat treatment saya masih menunggu giliran untuk teruskan prosedur IVF. Selain rawatan hospital, saya juga buat rawatan tradisional (berurut).
Kes saya doktor pakar kategorikan sebagai ‘unknown cause’. Tiada sebab utama kenapa saya belum hamil. Saya tiada masalah fibroid atau cyst. Period normal setiap bulan dan ontime. Tiada masalah senggugut yang serius. Selepas rawatan di hospital, doktor bagitahu hormon stabil, telur pun ok. Sperma suami pun ok. Kesimpulannya, doktor cakap masih tak ada rezeki.
Still doktor teruskan dengan rawatan. Sebelum prosedur iui, saya kena lalui proses hsg yang menyakitkan. Saya google sebelum prosedur. Baca pengalaman orang di blog blog. Ada yang cakap sakit. Ada yang cakap tak. Pengalaman saya sendiri dengan hsg, sangat sangat menyakitkan. Saya menangis teresak esak semasa prosedur. Doktor yang temankan saya pun nampak sedih. Mungkin kesian kan saya kot.hehe.
Lepas prosedur ada sedikit bleeding dan doktor nasihatkan makan paracetamol incase takut demam dan sebagainya. Then, bermulalah pengalaman saya ulang alik ke hospital untuk prosedur iui.
Saya buat prosedur iui sebanyak 3x. Semua gagal. Setakat nak cucuk ubat hormon ke perut sendiri, dari takut takut, akhirnya benda tu jadi satu hal yang kecil je bagi saya. Bercakap tentang pengalaman iui saya, ada prosedur yang ok tanpa sakit. Ada prosedur yang sakit sampai saya bleeding dan spekulum patah di dalah vagina. Macam2 pengalaman yang terlalu panjang if saya nak share di sini.hehe
Selepas gagal 3x iui, doktor proceed dengan ivf. Saya menunggu hampir setahun untuk dapatkan 1st appointment ivf. Selepas 6 bulan, akhirnya saya berjaya dapatkan giliran untuk proceed ivf. Tapi kita hanya mampu merancang. disebabkan tanggungjawab pada kerja masa tu yang tak boleh dielakkan, saya terpaksa tangguh tarikh rawatan ivf. Sekarang selepas 9 bulan, saya masih menunggu untuk dapat giliran kali kedua. Duit untuk ivf pun dah kering.hehe
Kadang2 rasa menyesal tangguhkan bila dapat peluang, tapi saya percaya Allah sebaik baik perancang. Jadi saya redha dan teruskan hidup macam biasa. Kalau saya boleh survive treatment bertahun tahun, apalah sangat menunggu dan sabar sedikit lagi. Saya positif saya mampu untuk hamil. Secara normal atau dengan bantuan, hanya Allah saja yang tahu.
Kepada semua yang bertuah untuk jadi seorang ibu, hargailah anak anda. Sesungguhnya perjalanan ini tidak mudah. Rezeki saya, tiada tekanan untuk hamil dari suami, keluarga mertua dan keluarga sendiri. Saya pun dapat support yang kuat dari suami, family dan kawan kawan untuk teruskan rawatan infertility. Dapat pulak doktor pakar yang memang friendly dan positif yang sentiasa menenangkan saya walaupun saya belum berjaya dengan apa yang saya rancang dan mahu. Setakat sindiran dan komen dari mulut jahat segelintir orang, tak jadi kudis di hati. In Sha Allah.
Kepada yang masih belum hamil, saya pernah terbaca artikel yang mengatakan bahawa selepas 6 bulan berkahwin dan tidak merancang, tapi masih belum berjaya hamil, cepat cepatlah dapatkan rawatan dari doktor pakar. Jangan bertangguh. Jangan malu orang mengata bila kita start treatment di hospital. Saya pun rasa macam menyesal start buat rawatan selepas 3 tahun berkahwin. tapi apapun, better late than never kan?
Apapun, be positive. “We don’t know what tomorrow holds. But we know who holds tomorrow. Allah does.”
– Bakal Ibu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit