Kerja saya sebagai bridesmaid assistant tak seindah apa yang dilihat di Instagram.
Di sebalik warna pastel, senyuman manis dan gambar yang indah, saya berada dalam ruang paling dekat dengan pengantin, tempat di mana banyak perkara tak dirancang berlaku.
Tugas saya bukan sekadar bawa bunga atau pastikan veil tak jatuh. Saya jaga masa, jaga emosi, bantu selesaikan benda kecil yang tak terjangka.
Tapi dalam diam, saya juga jadi saksi kepada sisi majlis perkahwinan yang jarang diceritakan: tentang apa yang ditinggalkan demi cantik, dan apa yang diabaikan demi sempurna.
Bab 1: Bila Solat bukan pilihan
Dalam setiap majlis yang saya hadiri, saya cuba pastikan waktu solat diberi ruang. Saya akan bawa telekung sendiri, sejadah sendiri. Letak elok-elok dalam bilik pengantin. Saya percaya, hari yang sepatutnya diberkati mesti bermula dengan perkara yang paling wajib.
Tapi hampir setiap kali, telekung itu tidak berusik sampai ke malam.
Waktu Zohor masuk, pengantin masih di kerusi makeup. Hair stylist tengah buat final touch. Bridesmaid sibuk betulkan tudung, baju, aksesori.
Bila saya hulurkan telekung, reaksi paling biasa ialah senyum dan kata “nanti ya” atau “tengah bersiap ni”. Bila saya ingatkan semula masa Asar, ada yang cakap “belum sempat”, atau lebih terus terang, “saya Qada nanti”.
Mereka tahu. Tapi mereka pilih untuk tinggalkan.
Yang lebih sayu, saya pernah nampak pengantin yang dah siap awal, tapi tetap tak mahu solat sebab tak nak rosakkan makeup. Ada bridesmaid pula boleh tukar outfit berkali-kali untuk OOTD, mekap tebal dua kali, tapi solat tak sempat juga.
Saya tak marah. Tapi saya sedih. Solat cuma lima minit. Tapi kita boleh duduk depan cermin hampir sejam. Boleh tunggu turn ambil gambar dua jam. Tapi kita tak mampu luangkan masa untuk sujud?
Ruang dalam bilik pengantin kadang-kadang terasa sesak. Tapi sebenarnya yang hilang bukan ruang, tapi yang hilang adalah keutamaan.
Bab 2: Bila Malu Tiada Lagi
Satu kejadian yang betul-betul saya takkan lupakan berlaku di dalam tandas dewan.
Pengantin sudah bersiap untuk sesi kedua. Gaunnya sarat, bertingkat dan berat. Dia minta saya temankan ke tandas sebab katanya tak yakin boleh angkat kain sendiri. Saya masuk, bantu pegang hujung kain dari belakang. Itu perkara biasa bagi saya.
Tapi hari itu tak biasa.
Cubicle agak sempit. Dia cuba nak duduk di atas tandas duduk tapi nampak kekok. Kemudian dia cakap dengan nada selamba, “Boleh tak kalau saya kencing je atas lantai?”
Saya belum sempat jawab.
Tiba-tiba dia terus mencangkung dan buang air kecil terus di atas lantai jubin.
Saya masih memegang kainnya waktu itu. Saya nampak dan dengar aliran air kencing mengalir perlahan di atas lantai, membasahi ruang sempit. Tak malu ke kalian mempamerkan segalanya kepada orang luar seperti saya?
Selepas selesai, dia terus menarik seluar dalam betulkan pakaiannya dan keluar. Ya, dia tak basuh kencing. Pengantin cantik bertudung. Tapi… boleh kencing tak basuh dan lantai ditinggalkan begitu sahaja.
Saya berdiri kaku. Takkan saya pula nk jirus?
Saya keluar perlahan-lahan. Dalam diam, saya terfikir:
Seorang perempuan boleh pakai gaun beribu ringgit, bersolek berjam-jam, berdiri megah di pelamin, tapi masih boleh hilang rasa malu di tempat sekecil itu.
Dan saya pula, sebagai bridesmaid assistant, terpaksa jadi saksi kepada bagaimana manusia boleh terlalu selesa, sampai sanggup tinggalkan adab yang paling asas.
Bab 3: Sampah
Selesai majlis, sesi outdoor photoshoot jadi bab terakhir sebelum hari ditutup. Lokasi biasanya cantik, tepi tasik, bawah pokok, tengah padang. Angin sepoi, cahaya matahari cukup sempurna.
Tapi bila sesi berakhir, saya mula nampak sisi lain. Tisu bersepah. Tisu lap peluh, lipstick, air mata, semuanya dibiarkan begitu saja. Plastik straw, pembungkus makanan ringan, semuanya dibiar tanpa rasa bersalah.
Tiada siapa angkat. Tiada siapa rasa perlu peduli. Masing-masing jalan semula ke kereta dengan senyum puas, meninggalkan sisa mereka untuk “orang lain”.
Kadang-kadang saya kutip juga. Sebab tak sanggup tengok tempat cantik dicemarkan begitu saja. Tapi setiap kali saya tunduk kutip tisu yang orang buang tanpa fikir, saya tertanya:
Kenapa susah sangat untuk jaga perkara yang paling asas?
Akhir Kata: Ratu Sehari, Tapi Siapa Kita Bila Tiada Siapa Melihat?
Saya tidak tulis ini untuk membuka aib sesiapa. Saya juga bukan insan sempurna. Tapi saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi realiti.
Dalam keghairahan mencipta majlis sempurna, ramai yang terlupa pada perkara paling penting: Tuhan, malu, dan tanggungjawab.
Kita boleh pakai veil yang paling mahal,
Pegang bunga yang paling wangi,
Berjalan di pelamin yang paling mewah,
Tapi kalau solat ditinggalkan, lantai dikencingkan, dan tisu dibuang merata,
Apa nilai sebenar hari bahagia itu?
Saya bridesmaid assistant.
Saya ada mata, dan saya ada hati.
Dan saya cuma mahu ingatkan,
Jangan sampai kita terlalu sibuk menjadi cantik di mata manusia,
Sampai lupa kita juga sedang diperhatikan oleh Yang Maha Melihat.
– Shahirah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Gelinya yang kencing tak basuh tu…macam takde common sense. Geram dengan orang yang tak boleh jaga benda simple macam tu, lagi2 pasal solat tu.
itu lar harga yang perlu di baya demi untuk kelihatan cantik dan bergaya kan.
Nanti free cerita pulak kisah pengantin yang beradab dan menjaga solat untuk dijadikan pedoman dan teladan bagi pembaca yang belum berkahwin.
Ini lah ‘realiti’ sbenar personaliti seseorang itu, hanya yg tau shj dpt menilainya.. saya terpanggil utk bercerita tentang sebuah majlis resepsi yg pernah saya hadiri, tp ini adalah dari sudut yg positif, dan patut diambil iktibar nya..
Majlis ini adalah perkahwinan anak sulong seorang ustaz d tanahair kita, rse nya x perlu pon disebut nma nya, dan saya juga bkn ‘dibayar’ utk berkongsi cerita.. kbetulan ank ustaz ini adalah ‘rakan sekerja’ saya, atau lebih tepat pegawai atasan saya, tp disebabkn dia sgt ‘humble’ dan baik hati, kami (staf) dah mngnggap nya sbg ‘sahabat’ dan rse hormat kpd nya masih tetap wujud.. dipendekkan cerita, majlis tersebut diadakn slepas kluarga pihak perempuan mnunaikan umrah lbh krg 2 mnggu sbelom nya.. majlisnya agak ‘sederhana’ dan diadakan di perkarangan rumah ustaz tu shj, w/pon dia agak terkenal, dan ramai jemputan di kalangan agamawan.., majlis dimulakan agak awal, dlm pkul 11 pagi macam tu, dgn bacaan qir’an, marhaban dan nasyid.. mkn tengahari dihidangkn dlm pkul 12 tengahari.. pengantin permpuan amat manis dlm jubah putih yg cantik mngerlip, pkaian mnutup aurat dgn sempurna n patuh syari’ah (tidak ketat, jarang atau mngikut bentuk tubuh), makanan yg dihidang pon sgt lazat, dgn nsi arab serta ada kambing panggang.. (tetamu juga diasingkan lelaki n perempuan), dan tepat pkul 1.30 brkumandang azan dari surau yg berdekatan.. semua bunyi2an (marhaban n nasyid) serta sesi fotografi dihentikan buat seketika semasa azan, n kelihatan kedua mempelai masuk ke dlm rumah.. juru acara juga mngumumkan, bhwa ruang solat disediakn di dlm rumah, dan tetamu lelaki boleh solat d surau berdekatan rumah itu.. bila ada tetamu yg baru sampai, bertanya tentang di mana pengantin, ada ahli kluarga yg menjawab, yg keduanya sedang solat di dalam rumah.. lbh kurang pkul 2 ptg, pengantin kluar semula dgn memakai jubah merah maroon yg lbh santai utk memotong kek dan mengedarkan kpd tetamu yg hadir.. majlis berakhir dlm pkul 3 petang, jd x bersambung sehingga waktu solat asar, jadi tetamu yg dekat mngkin boleh solat di rumah shj.. cenderahati kpd tetamu juga terdiri dpd mkanan sunah spt kurma, kekacang dan key-chain serta tasbih yg mngkin dibeli di Mekah dan Madinah ketika kluarga mereka menunaikan umrah.. tpi kesan dari majlis tersebut, sgt tenang dan syukur.. kerana ianya ‘meriah’ dgn cara yg tersendiri, patuh syari’ah dan tiada ‘rasa bersalah’ dari mana2 pihak, kerana terpaksa mninggalkan solat, demi ingin mnjayakan satu majlis yg sepatutnya berkat utk pengantin, kluarga mereka dan juga para tetamu.. sebenarnya tidak mustahil pon utk dilaksanakan, jika kena dgn caranya.. wallahu a’lam bissawab..