Untuk part I, (https://iiumc.com/pengalaman-bride-assistant/).
Terima kasih admin menyiarkan cerita saya tentang pengalaman bride assistant.
Saya tertarik untuk menjawab comment dari pembaca mengenai isu solat. Untuk mengelakkan kekeliruan, bila saya cakap telekung tidak terusik, bukan saya yang tidak solat. Itu adalah telekung khas yang saya bawa untuk pengantin.
Menjadi bride assistant ni, banyak benda kita kena sediakan kerana kadang-kadang ramai terlepas pandang. Antaranya telekung dan sejadah.
Untuk pengetahuan semua, setiap job yang saya attend, saya akan bawa dua telekung dan sejadah. Satu untuk saya dan satu lagi untuk pengantin.
Dan setiap kali lepas majlis, saya akan basuh telekung kegunaan pengantin tadi untuk client saya yang seterusnya (walaupun telekung itu client A tidak gunakan semasa majlis beliau, saya tetap akan basuh untuk kegunaan client B). Ini antara service yang termasuk dalam khidmat saya sebagai bride assistant.
Macam mana saya menjaga solat semasa berkerja? Saya tidak boleh jamak atau qasar kerana kebanyakkan job saya hanyalah disekitar Kuala Lumpur. Saya juga menetap di Kuala Lumpur. Jadi rukhsah jamak dan qasar saya tidak boleh menggunakannya.
Untuk memberikan context, khidmat saya datang dalam pelbagai package. Pakai express, normal dan extended. Saya hanya akan ceritakan untuk package extended kerana package ini yang melibatkan banyak waktu solat.
Untuk package ini, khidmat saya akan bermula seawal 5:30am sehingga 6:00pm. Saya akan keluar rumah seawal 5 pagi dan akan sampai rumah client lebih kurang jam 5:30 pagi.
Untuk subuh, saya akan ambil wuduk siap-siap. Dan kebiasaanya memang akan solat di rumah client. Kalau dapat client yang sama-sama menjaga solat, Alhamdulillah. Kami akan solat sekali. Kalau tidak, hanya saya lah yang akan solat.
Untuk Zohor pula, selalunya saya sudah tidak ada wuduk. Jadi waktu yang sesuai untuk saya solat adalah semasa pengantin tengah makan beradap.
Waktu ni, meja pengantin akan dijaga oleh caterer. Segala keperluan pengantin sudah tersedia. Saya akan meminta izin untuk ke surau dan Alhamdulillah, tidak pernah ada lagi client yang menghalang.
Kadang-kadang, pengantin pun cakap, boleh tak kita pergi sama-sama lepas makan beradab sebab pengantin pun nak solat sekali.
Tapi maaf jika terlalu jujur, jumlah yang begitu boleh dibilang dengan jari tangan kanan sahaja. Kebanyakkan memang akan tinggalkan solat atau hanya pengantin lelaki yang solat. Masa saya solat tak lama. Dalam 15 minit. Cuci makeup dan wuduk. Lepas tu solat dan makeup balik.
Untuk asar, memandangkan khidmat saya akan tamat jam 6:00pm, selalunya memang sempat saya solat lepas event. Saya akan singgah di mana-mana surau station minyak untuk solat.
Untuk isu yang kedua pula, saya minta maaf kalau pembaca terasa geli dengan penceritaan tersebut. Ada juga comment kenapa tak gunakan tisu selepas kencing.
Saya tidak la menceritakan secara detail. Kerana decision untuk tidak basuh itu pilihan beliau bukan saya. Untuk memberikan gambaran secara lebih terbuka, itu adalah yang paling extreme pernah saya lihat.
Secara general, baju pengantin kebiasaannya ketat dan susah kalau pengantin nak kencing secara duduk. Dan toilet di dewan perkahwinan kebiasaanya jarang ada yang jenis cangkung.
Saya faham situasi tersebut dan secara jujurnya saya boleh cakap, setiap kali ada situasi yang memerlukan pengantin perempuan kencing, semua client saya akan memilih untuk kencing cangkung diatas lantai.
Cumanya kebiasaanya pengantin lain, mereka akan menjirus kencing mereka diatas lantai tersebut. Client saya yang saya ceritakan baru-baru ini, langsung tak jirus dan meninggalkan begitu sahaja.
Untuk kebersihan kemaluan, rasanya tidak perlu untuk saya ceritakan secara detail apa yang saya nampak. Tapi saya boleh ringkaskan bahawa, ramai, sangat ramai kencing dan kemudian hanya terus menarik seluar dalam. Tidak basuh dengan air, tidak lap dengan tisu. Hanya segelintir akan lap pakai tisu.
Situasi pelikkan, pakai tudung, ayu cantik bergaya, tapi kencing tak basuh. Hanya kerana kesukaran dan tanak baju pengantin basah.
Saya harap penceritaan saya ini disiarkan oleh admin supaya memberikan gambaran lebih luas tentang pengalaman saya sebagai bride assistant.
– Shahirah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit