Assalamualaikum kepada semua followers IIUMC. Sedikit pengenalan, aku Cheeta, 25 tahun, seorang kakitangan kerajaan yang masih single. Cukup pengenalan tentang diri aku. Sebelum ni, aku cuma silent reader je dalam page ni. Tapi hari ni aku bertekad nak hantar confession sebab aku taknak pengalaman buruk aku ni berulang lagi kepada gadis gadis yang lain. Nauzubillah.
Ceritanya begini, beberapa minggu lepas, aku dan kawan kawan bercuti ke Langkawi. Disebabkan di kalangan kami masing masing baru bekerja, ada yang masih belum mendapat pekerjaan tetap, jadi kami memilih penginapan yang bajet sahaja. Kami pilih penginapan dekat kawasan Pantai sebab banyak review yang suggest untuk stay dekat kawasan tu.
So kami pon jumpa la satu hotel yang memenuhi kriteria yang kami nak. Aku nak ingatkan kat sini kepada semua kaki kaki travel terutamanya para gadis, sebelum korang booking hotel, please baca dulu review review berkaitan hotel tersebut. Aku pon baca jugak review berkaitan hotel tu, tapi kebanyakan komen tulis worth for money. Komen yang negatif sikit pon ada jugak. Tapi komennya hanya berkaitan air slow, selimut keras, suasana bilik yang old fashion, siling macam nak jatuh n etc.
Bagi aku kalau setakat macam tu ok la kan, sebab dah bayaran pon murah, so kenapa nak expect lelebih. Cuma ada satu je komen yang mengatakan location hotel ni agak creepy sebab dia dapat bilik yang paling belakang. Kalau lalu waktu malam agak sunyi. So walau dah baca review semua tu, kami teruskan jugak untuk menginap kat hotel tu sebab kami rasa kawasan pantai ni ramai orang kan, dan cuba satu je review yang cakap creepy. Kami cuba husnuzzon. Huhu.
Hari yang dinanti tiba, kami sampai kat hotel tersebut. Lokasi dia berdekatan dengan pantai chenang, kat sini memang banyak sangat hotel. Hotel dia bagi aku tak macam hotel sangat,sebab dia bukan satu bangunan macam apartment ,tapi lebih kepada bentuk chalet. Bilik2 dia banyak, setiap bilik berjiran dengan satu bilik lain. Kedudukan bilik dua buah dua buah di kiri dan kanan. Ada lorong kat tengah.
So bilik kami kedudukan paling belakang. Dalam bilik pulak dekorasi biasa biasa saja, tapi semua kemudahan agak lengkap. Keadaan tandas dia luas, di dinding atas ada lubang lubang bata macam kat rumah rumah kampung tu. Dekat lubang lubang bata tu cuma ditutup dengan penghadang jaring2/ dawai halus yang macam net tu, entahla apa nama dia, tak tau nak describe, harap korang dapat bayangkan la, kegunaan benda tu maybe untuk halang nyamuk atau apa2 serangga masuk.
First kami masuk kami perasan yang jaring2 dekat bata tu ada macam terkoyak sikit sikit. Tapi kami biar je, sebab mungkin sebab hotel ni lama. Lain lain semua ok so taknak la jadi cerewet sangat kan. Lagipon kedudukan lubang bata tu kat atas sekali, so rasa macam selamat. Kami tau memang salah kami semua cuai and terlalu husnuzzon, kalau korang nak kecam pon kecam la. Niat aku sekarang cuma nak pembaca yang lain hati hati. Kadang kadang sekecil kecil benda tu la yang akan datangkan masalah.
Ok so back to story, kami pon duduk bilik tu macam biasa dengan gembira tanpa apa2 prsangka. Untuk masuk ke kawasan tu pon ada pak guard yang akan cek semua kereta, hanya penginap je boleh masuk parking dalam kawasan tu. So kami rasa selamat la. Tibala hari terakhir kat situ, selepas subuh kami semua bersiap dah nak check out. Kami mandi ikut giliran. Sampai turn aku untuk mandi dalam pukul 7.30 kot, aku pon mandi macam biasa.
So kat sini la berlakunya pengalaman ngeri tu. Aku tengah cuci muka dan berus gigi kat sinki, elok je aku kalih belakang, aku terpandang lubang atas tandas kami tu, ada handfone yang dimasukkan dalam lubang yang aku cakap awal tadi tu.
Aku tergamam, sekelip mata handphone tu ditarik ke belakang dan hilang. Aku hanya sempat menjerit je. Tapi tak sempat buat apa apa sebab orang tu pon mungkin dah lari, dan kami taktau sapa la manusia yang bertopengkan syaitan tersebut. Rupa rupanya lubang tersebut bukan sekadar lubang biasa, tapi mungkin memang port untuk si perakam tu merakam orang dalam tandas.
Selepas kejadian, kami semua pergi cek ke bahagian luar tandas, memang lubang tersebut taklah setinggi mana rupanya, memang mampu dicapai oleh seorang lelaki yang tinggi tanpa sebarang kerusi pon. Bilik berhadapan dengan kami pon rupanya berlubang jugak bahagian penghadang tu. Motif sangat kan lubang tu. Lepas tu bila kita masuk tandas tu, memang orang dari sebelah luar boleh dengar bunyi air yang kita buka. So no wonder la perakam tu boleh tau kita tengah menggunakan tandas ketika tu .
Sebelum check out kami pon buat report dekat receptionist , dia terkejut dan minta maaf. Katanya ini kali pertama dia mendapat aduan macam ni. Dan dia akan siasat kejadian ni. Harapnya pihak hotel akan ambil inisiatif untuk palam terus lubang bata tu secara kekal lepas ni untuk keselamatan pengunjung.
Selepas kejadian tu, perasaan kami semua bercampur baur, sedih, malu, takut marah semuanya ada. Aurat yang kami usahakan untuk lindung, senang senang je dirakam. Semoga Allah pandang usaha kami jaga aurat selama ni, dan lindung aib kami dari dilihat oleh orang yang berhati kotor.
Sekarang ni kami cuma mampu berdoa je semoga Allah melindungi aib kami semua, sebab semua yang berlaku pon atas izinNYa. Aku sendiri tak putus berdoa, dan aku berusaha untuk baca yassin 7 mubin hari hari dengan niat semoga aib kami ni terjaga. Mohon doa daripada followers semua jugak.
Harapnya lepas ni kita semua lebih berhati hati untuk menginap di mana mana tempat, atau sewaktu kita menggunakan tandas di semua tempat. Sebelum keluar dari rumah, jangan lupa untuk selalu berdoa mohon perlindungan dari Allah. Aku doakan semoga korang semua tak mengalami pengalaman buruk sebagaimana kami lalui ni. Aamiin.
– Cheeta (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit